Salah satu masalah kulit yang paling ditakuti wanita ialah jeragat. Jeragat bukan sahaja menjadikan wajah dipenuhi bintik-bintik hitam malah ianya juga menjadikan tona kulit tidak sekata. Masalah jeragat ini menyebabkan wanita menjadi menjadi murung dan tidak berkeyakinan kerana malu untuk berdepan dengan pasangan,keluarga serta teman-teman. Jeragat adalah masalah yang serius kerana tidak kira bagaimana anda cuba menutupnya, ia masih kelihatan dan sukar untuk dihilangkan. Apa Itu Jeragat? Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya
Informasi dan tips berkaitan kesihatan, kecantikan, keibubapaan, motivasi dan lain-lain. Surirumah bekerjaya. Pengedar Shaklee Sepang. Peluang untuk menjana income dengan Shaklee. Hubungi 013-5202707