Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

KESIHATAN - Hati Dan Buah Pinggang Rosak Sebab Supplemen?

Makan supplement nanti buah pinggang rosak? Makan supplement nanti hati pun rosak? Saya consume supplement (Shaklee lebih tepat) hampir 9 tahun lamanya. Dan saya consume konsisten. Bukan bulan ni ambik, bulan depan tak ambik. Tapi hari-hari ambik! Yang saya nak cerita, makan supplement bukan penjamin kita sihat walafiat kalah Superman. Masa Shaklee Academy haritu, saya share sebenarnya bukan supplement semata-mata buat kami lebih sihat, but it’s a LIFESTYLE. Sejak berShaklee, saya mula belajar makanan yang nampak bagus tak semestinya bagus pun. Contoh ayam. Siapa cakap makan ayam tak bagus? Sumber protien yang memang kita perlukan. Tapi tahu tak ayam sekarang tak macam dulu?  Sekarang ayam cuma ambil masa sebulan setengah dah sesuai di makan. Kalau zaman toknek  yang bela belakang rumah tu ambil masa 3-4bulan tau.  Ini kerana ayam-ayam telah di suntik macam-macam untuk tujuan jualan. Siapa nak tunggu 3 bulan baru dapat jual? Lambat la kaya 😂 Saya belaja

NUTRISI - Siapa Perlukan Lebih PROTEIN?

  Peranan Protein Protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda. ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA?   AHLI BINA BADAN Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. Protein diperlukan untuk:  Membina semula dan memperbaiki otot. Membina otot tanpa lemak untuk tubuh   badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas. TIP: Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman. BAKAL IBU Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Protein diperlukan untuk:  Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat. Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga   di mana bayi mengala

MOTIVASI - Tukar Cara Berdoa

  TUKAR CARA BERDOA . Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah.. FORMULA_1 Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham? Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, "Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ". FORMULA_KE_2 Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu, "Ya Allah KURNIAKANLAH aku..." Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah. FORMULA_KE_3 Satu lagi, selalu saya dengar

PROTEIN - Tips Memilih Serbuk PROTEIN Yang TERBAIK

  Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan padabila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudahuntuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari.   Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenamadan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda? CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA SERBUK PROTEIN   T IP 1: DAPATKAN SOYA Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa. Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol. Pengambilan 25g protein soya setiap hari memberi kesan penurunan kolesterol Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopous menangani sindrom menopous seperti kepanasan badan. 100% berasaskan tumbuhan dansesuai untuk individu vegetarian. TIP 2: TIADA GULA PASIR TAMBAHAN Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbukprotein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakantidak

PARUT JERAWAT: Tips Merawat Parut Jerawat Dan Wajah Berlubang

Masalah jerawat biasa dialami oleh kita tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan. Jerawat wujud disebabkan oleh perubahan hormon, persekitaran atau pemakanan. Namun tahukah anda jika tersilap langkah dalam merawat masalah jerawat akan membawa kepada masalah yang lebih besar dan sukar dirawat iaitu parut jerawat berlubang. Pasti ada di antara kita yang gemar memicit jerawat apatah lagi bila puncak jerawat tersebut mula kelihatan putih. Tindakan ini salah sebenarnya, ia bukan sahaja menyebabkan semakin banyak jerawat tumbuh disebabkan faktor kebersihan malah merosakkan struktur kulit wajah sekaligus menyebabkan kulit wajah berlubang akibat daripada parut jerawat. Masalah parut jerawat yang berlubang-lubang pada wajah adalah masalah yang sangat merungsingkan. Ia bukan sahaja menyebabkan kulit wajah menjadi hodoh dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan malah menjadikan seseorang itu kurang keyakinan diri. Kalau masalah kulit wajah yang lain seperti gelap pada bawah mata