Skip to main content

BAHAYA Apabila Ibu Meroyan


Sekiranya suami peka dan ambil tahu tentang tanda-tanda meroyan, berkemungkinan sesuatu yang buruk tidak akan berlaku kepada isteri.

Secara logiknya, adakah seorang ibu sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anak sendiri sedangkan dia telah mengandungkan bayinya selama 9 bulan?

 Adakah seorang ibu yang normal mentalnya sanggup mendera atau menampar anaknya sendiri?

Ibu berkenaan tentunya seorang yang berpendidikan dan juga datang daripada keluarga yang mementingkan kasih sayang. Persoalannya, mengapa seorang ibu sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya seorang ibu lakukan kepada anak sendiri?

Sebenarnya, masyarakat kita hari ini terutama Melayu amat menyedari dan tahu akan penyakit meroyan ini akan menyerang seorang ibu selepas bersalin iaitu hilang pertimbangan atau mengalami gangguan mental.

Sebutan gila meroyan bunyinya sangat kejam dan seolah-olah menghina, namun itulah nama sebenar penyakit ini yang akan menyerang para ibu selepas melahirkan anak.

Keprihatinan seorang suami terhadap seorang isteri adalah amat penting kerana hanya suami orang yang paling terdekat dan akan menyedari akan tanda-tanda meroyan sebelum ianya berlaku dengan lebih teruk lagi.

Tetapi adakah semua lelaki yang bergelar suami memahami akan situasi dan tanda meroyan ini? Jadi, semua lelaki wajib mengambil tahu serba sedikit tentang ini agar perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada isteri.

Postnatal depression adalah suatu penyakit yang harus dirawat dengan segera. Lelaki dan masyarakat keseluruhannya seharusnya lebih memahami tentang penyakit ini.

Keadaan meroyan ini biasanya menyerang ibu yang pertama kali melahirkan. Ingat, dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang. Jadi amat bahaya jika ibu ini dibiarkan menjaga bayi.

Istilah psikologinya: psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar Negara, penyakit ini menyerang kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran. Istilah perubatan pula postnatal depression yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

Tanda-Tanda Awal Meroyan Boleh Dilihat Selepas Dua Hari Bersalin

1) gangguan tidur

2) keresahan

3) sensitif

4) rendah diri

5) kurang selera makan

6) selalu bersedih.

7) Sikapnya juga berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia
realiti akan hilang.

Biasanya pesakit akan bersikap luar biasa seperti fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi, kononnya melihat lembaga menakutkan atau mendengar suara ghaib yang menyuruh melakukan sesuatu.

Delusi pula apabila dia merasa yang ada orang merancang untuk memusnahkannya. Keadaan itu menyebabkan dia berasa waswas dan syak wasangka dengan orang. Sering berhadapan halusinasi dan delusi, si ibu tidak akan kisah kebajikan anak yang baru dilahirkan. Dia akan terdorong melakukan jenayah, seperti membunuh anaknya.




Faktor Menyebabkan Meroyan

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental ini:

1. Faktor genetik atau baka

2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak

3. Tekanan emosi ketika dalam pantang

4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir

Suami Biasanya Tidak Faham Akan Emosi Dan Tekanan Si Isteri

- Sebenarnya tekanan emosi wanita baru bersalin berbeza. Tidak dinafikan anak merupakan pengikat kasih antara pasangan suami isteri dan kebanggaan keluarga keseluruhannya. Tetapi bagaimana jika anak yang dilahirkan tidak dikehendaki? Contohnya pasangan yang belum bersedia menambah ahli keluarga atau tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

- Emosi semakin tertekan apabila wanita itu sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya atau mentua.

- Sakit bersalin. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Namun suami menganggap isteri telah biasa.

Langsung tidak mahu membantu menjaga anak yang menangis saban malam. Isteri tidak dapat berehat dengan secukupnya dan ini membuatkan tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya membosankan.

Lagi teruk, suami masih beranggapan isteri akan pulih selepas dua tiga hari dan mahu makan minumnya terhidang seperti biasa dan marah melihat rumah masih bersepah.

Rawatan Meroyan
Sokongan daripada suami adalah yang terpenting dan dikatakan penawar yang paling mujarab dalam membendung penyakit meroyan ini. Sokongan emosi daripada orang atau ahli keluarga terdekat adalah perlu. Pesakit disarankan mendapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya keluarga tidak lagi dapat mengawalnya.

Selain itu, kaunseling hubungan suami isteri harus dilakukan kerana wanita yang mempunyai penyakit ini didapati amat membenci hubungan seksual. Kaunseling harus dilakukan segera demi meyelamatkan rumahtangga.

Persediaan Sebelum Mempunyai Anak

- Bersedia dari segi mental, fizikal dan material.

- Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat persediaan menghadapi kelahiran.

- Jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling perkahwinan supaya berbincang tentang aspek persediaan emosi dan persediaan menimang cahaya mata.

- Dapatkan ilmu tentang sebelum dan selepas kelahiran anak.

Sumber: Forum Mesra.net

Perlukan nutrisi dan tenaga extra ketika berpantang?

Dapatkan set berpantang Shaklee.
Set berpantang Shaklee bukan sahaja membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu bepantang tetapi membantu memberikan tenaga kepada ibu berpantang dan membaikpulih badan ibu2 berpantang.


Image may contain: 2 people 


Apa yg ada dalam set berpantang Shaklee?
✔Vita-lea
Membekalkan multivitamin utk ibu2 berpantang
✔B-Complex
Membantu menstabilkan emosi dan menukarkan makanan kepada tenaga
✔Vita-C
Untuk kesihatan kulit, kuku & rambut. Juga menguatkan sistem pertahanan badan
✔OmegaGuard
Baik untuk jantung, peredaran darah dan juga untuk otak.
✔OsteMatrix
Mengantikan kalsium yang berkurangan semasa hamil. Membantu ibu2 berpantang dari masalah sembelit.
✔ESP
Minuman yg kaya dgn protein. Protein baik untuk memulihkan sel2, tisu dan otot.

Tahu tak set berpantang shaklee ni juga boleh dijadikan set kehamilan (omegaguard ketika trimester ke3) dan juga diteruskan walaupun selepas tamat proses berpantang.

Nak tahu lebih details atau berminat untuk membuat pesanan?

💗 Mas
💗 013-5202707
💗 Email: lovemama2707@gmail.com
💗 FB: Normasliha Ismail
💗 Page: Love Mama Store

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kit...

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? L...

JOM SHAKLEE: Promosi STARTER PACK Khas Untuk Ahli Baru. JIMAT HEBAT!

DAFTAR AHLI SHAKLEE PERCUMA DENGAN MANA2  PEMBELIAN STARTER PACK!!! Mulai 15 Disember 2018- 28 Februari 2019 ini Shaklee telah menawarkan Jom Shaklee Starter pack khas untuk anda. Selalunya hanya bayar  RM75 atau buat belian lebih 200Uv anda layak jadi ahli kan, kali ni anda boleh pilih set yang kami sediakan, dapat lebih potongan dan hadiah percuma! 😍 Siapa yang layak? Hanya ahli baru yang register dalam tempoh promosi sahaja. Diluar waktu promosi tak dapatlah Starter Pack ni dan harga pun jadi harga asal. Ahli lama pun tak layak lah ya 😍 Apa yang ahli baru dapat? Shaklee sediakan 3 Starter Pack dengan diskaun hebat. Boleh pilih set kegemaran atau idaman kalbu ya. 1. Wellness Starter Pack 2. Youth Starter Pack 3. Vivix Twin Starter Pack 😍 Apa yang kelebihan Promosi ini? Ahli baru akan dapat penjimatan berganda 1. Diskaun 10% hanya untuk produk Starter Pack sahaja 2. Boleh dapat cash rebate sehingga 11% 3. Percuma keahlian bernilai RM6...