Penyusuan susu ibu tidaklah begitu sukar. Tetapi tidak seharusnya dipandang ringan oleh ibu-ibu yang baru pertama kali nak menimang cahaya mata. Sentiasa lengkapkan diri dengan pelbagai bahan bacaan sebelum melahirkan anak.
Pastikan anda tahu yang susu tak semestinya akan terus
keluar sebaik bayi dilahirkan. Bagaimana pun, jangan panik kerana perut bayi
adalah sangat kecil dan ia mempunyai bekalan yang mencukupi sehingga 10-13jam.
Sementara itu, pastikan anda berusaha untuk menyusukan bayi.
Berikut merupakan masalah atau kesukaran yang biasa dialami oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak.
Kurang susu/susu tak
keluar.
Kebanyakan ibu mengalami isu susu keluar lambat ataupun susu takde di peringkat awal penyusuan. Ini adalah mitos semata-mata. Bukannya susu tiada, tapi pada peringkat awal, memang hanya ada kolostrum. Kolostrum ini penting untuk pertahanan antibodi bayi kita. Susu hanya akan keluar selepas 3-4 hari.
Jalan penyelesaian:

- Kerap beri bayi susu badan. Ini adalah supaya bayi kita akan terima kolostrum yang sangat penting untuk imun sistem badan mereka melawan bakteria dan virus.
- Kerapkan mengepam setiap 3 jam jika anak tidur lama sangat.
- Power pumping untuk mengeluarkan dan meningkatkan penghasilan susu.
- Pengambilan Set Menyusu Shaklee boleh membantu untuk meningkatkan penghasilan susu dan menjadikan susu lebih pekat dan berkhasiat.
Bengkak susu
Bengkak susu berlaku terutamanya di fasa awal lepas kelahiran bayi. Ia berlaku apabila susu dalam payudara sudah terlalu penuh sehingga menyebabkan saluran pengeluaran susu itu tersumbat, tapi pada masa yang sama, susu terus menerus terhasil. Ia akan menyebabkan payudara kita terasa seakan membengkak dan amat memedihkan. Kalau teruk sangat, boleh sampai demam.

- Kerap menyusu anak ataupun mengepam untuk pastikan yang payudara sentiasa kosong.
- Urut dengan menggunakan kain panas supaya susu yang mengeras di saluran susu itu boleh cair dan keluar.
- Petua orang dulu2 letak kobis sejuk di atas payudara yang bengkak.
- Amalkan pengambilan Lecithin untuk melancarkan bengkak susu.
Kekeliruan puting