Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Saya nak berkongsi pengalaman bersalin dan berpantang pertama kali apabila baby disahkan mengalami prolonged jaundice.
Tanda-tanda Bersalin
Tanda-tanda bersalin saya kali ini agak berbeza berbanding dengan dua anak sebelum ini. Kalau anak yang pertama dan kedua tanda bersalinnya pecah ketuban tapi yang ketiga ni plak dapat merasa sakit kontraksi dulu. Tapi timing pergi hospital tetap sama untuk ketiga-tiga anak saya, memang akan gerak ke hospital selepas subuh atau dalam kul 6am lebih.
Sebelum ke hospital sempat juga minum ESP Shaklee campur dengan Sawanah Cocoa since minit-minit akhir ni nak bersarapan pun dah xde selera dah. Namun memikirkan perlu tenaga untuk bersalin karang, pengganti sarapan dan pembekal tenaga berpanjangan semestinya ESP Shaklee.
Baby is coming...soon...very soon
Hampir kul 8am sakit kontraksi makin lama makin kerap, rasa nak buang air kecil, rasa nak meneran pun ada. Saya mengadu pada nurse. Nurse check bukaan pastu jerit pada nurse lain "patient ni dah fully" dah ready untuk bersalin agaknya. Bergegas nurse tolak saya ke Labour Room (LR). Time nak pindah ke Katil di LR tu rasa nak meneran tu semakin kuat. Tak sempat nurse nak ajar posisi untuk meneran, saya dah terteran bayi keluar.
Nur Dhia Imani |
Jaundice & Darah Tinggi
Bersalin kali ni 2 malam tidur kat hospital sebab doktor cakap baby ada kuning/jaundice.Tambahan saya sendiri berdarah O+ so baby memang senang dapat jaundice. Malam yang kedua tu baby kena tidur bawah lampu ungu supaya paras kuning tu menurun. Kesian juga kat baby ni sebab cahaya lampu tu panas sampai muncul ruam kat badan baby.
Baby diuji dengan jaundice, saya pula lepass bersalin aritu tiba-tiba tekanan darah jadi tinggi. Doktor dan nurse pun pelik sebab rekod buku pink saya bacaan tekanan darah okay, takde darah tinggi takde kencing manis. Kena amik ubat darah tinggi dan monitor BP.
Ulang-alik KK Selayang Baru & Hospital Selayang
Bermulalah episod ulang alik amik darah baby untuk cek jaundice kat KK Selayang Baru (isnin-sabtu) dan hospital Selayang (Ahad). Setiap kali jumpa doktor untuk cek jaundice, doktor akan cakap JANGAN makan jamu, air akar herba atau benda-benda panas seperti lada hitam, halia dll.
Nasib baik saya dah ready siap-siap set berpantang Shaklee. Sebenarnya set ni pun set hamil Shaklee tapi yang best boleh diteruskan pengambilan nya semasa berpantang dan menyusu. Doktor dan nurse pun bagi takde halangan saya nak ambil set berpantang Shaklee. Lagi mengujakan bila bidan yang datang mengurut saya pun suggest banyakkan amik Vita-C Shaklee bagus katanya untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh.
Baca selanjutnya di sini: http://mommymas.blogspot.my/2017/10/apa-yang-perlu-dilakukan-bakal-ibu.html.
Set berpantang Shaklee satu-satunya set berpantang yang SELAMAT dan boleh diambil terus oleh ibu selepas bersalin walaupun baby ada jaundice. Kalau jamu kena stop dulu, lepas baby dah sembuh jaundice baru boleh ambil.
Cek jaundice kat KK x makan masa sangat, result pun dapat cepat. Tapi bila cek jaundice kat hospital..masha Allah..3 jam lebih nak tunggu result jaundice. Pergi hospital awal pagi kul 7am tengah hari baru selesai. Selagi bacaan jaundice lebih daripada 100 selagi tu kena cek darah cuma xperlu hari-hari sehingga lah hari ke-14 bayi lahir.
Nasib baik saya dah ready siap-siap set berpantang Shaklee. Sebenarnya set ni pun set hamil Shaklee tapi yang best boleh diteruskan pengambilan nya semasa berpantang dan menyusu. Doktor dan nurse pun bagi takde halangan saya nak ambil set berpantang Shaklee. Lagi mengujakan bila bidan yang datang mengurut saya pun suggest banyakkan amik Vita-C Shaklee bagus katanya untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh.
Baca selanjutnya di sini: http://mommymas.blogspot.my/2017/10/apa-yang-perlu-dilakukan-bakal-ibu.html.
Set berpantang Shaklee satu-satunya set berpantang yang SELAMAT dan boleh diambil terus oleh ibu selepas bersalin walaupun baby ada jaundice. Kalau jamu kena stop dulu, lepas baby dah sembuh jaundice baru boleh ambil.
Prolonged Jaundice
Pada hari ke-14 cek darah, result masih menunjukkan baby masih ada jaundice walapun bacaan jaundice menurun dari paras 308 ke 180. Tapi ada peningkatan untuk berat baby. So doktor classify baby saya ni kategori "Prolonged Jaundice". Selepas hari ke-14 doktor di KK akan rujuk baby ke hospital untuk menjalani ujian darah dan ujian air kencing/urin
- Ujian darah dilakukan untuk melihat samada ada jangkitan kuman @ virus di dalam darah, sekiranya ada masalah G6PD, masalah-masalah yang berkaitan dengan hati seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyst & masalah kelenjar thyroid.
- Ujian air kencing pula untuk melihat sekiranya ada jangkitan kuman di dalam air kencing.
Untuk ujian darah, prosedur ambil darah dibuat di bahagian
tangan. Untuk ujian air kencing / urine pula terdapat 2 kaedah yang disyorkan oleh doktor:
- Mead stream urine: Ibu bapa menadah sendiri urine di dalam botol yang telah disteril. Botol disediakan oleh pihak hospital. Urin yang mula-mula keluar tidak dikehendaki, sebaliknya ibu perlu menadah urine yang di pertengahan kencing. Cara ni agak susah sebab bayi saya kencing sambil berak menyebabkan urin itu tercemar. Disebabkan itu doktor sendiri yang akan mengambil urin bayi dengan keadah kedua.
- Cateter urine: Doktor memasukkan tiub ke dalam salur kencing bayi bagi mendapatkan urin. Proses ini agak meyakitkan. Dijalankan oleh doktor secara tertutup dalam bilik makmal, boleh dengar baby menangis.
Seminggu kemudian baru kedua-dua result tersebut diperolehi. Alhamdulillah semuanya ok. Berat baby pun semakin bertambah. Doktor cuma suruh saya teruskan penyusuaan susu ibu seperti biasa. Semakin kerap menyusu, semakin kerap bayi buang air besar kerana susu ibu mudah dihadam oleh perut bayi.
Imunisasi & Pemeriksaan Di Klinik.
Genap sebulan baby kena jalani imunisasi untuk Dos ke-2 Hepatitis B. Selain itu berat, panjang dan lilitan kepala baby akan direkod. Maklumat kesihatan ibu selepas pantang juga direkod.
Rekod berat bayi:
Berat semasa dilahirkan: 2.96kg
Berat selepas 30 hari: 4.1kg
Naik: 1.14kg
Jaundice: NIL...yes!!!
Alhamdulillah..semuanya sihat walafiat. Cuma baby menangis agak kuat jugalah bila paha bambam dia kena cucuk hari tu. Ibu pun tak sanggup nak tengok bila baby kena cucuk.
Rekod berat ibu:
Berat sebelum bersalin: 76kg
Berat selepas 30 hari bersalin: 61.6kg
Turun: 14.4kg
Tapi saya teruja sangat dengan berat terkini saya. Lagi ringan berbanding sebelum mengandung iaitu 64kg..WOW!
Walaupun pertama kali berpantang tanpa jamu hanya 100% dengan set berpantang Shaklee disebabkan baby prolonged jaundice, saya mampu menurunkan berat badan. Tambahan pula saya asyik ulang alik ke KK/hospital ala-ala macam tak pantang. Percaya tak kalau saya katakan saya berjaya menurunkan berat badan 10.1kg hanya selepas 7 hari bersalin iaitu dari 76kg ke 65.9kg.
Walaubagaimanapun result urin saya tak memuaskan sebab cara pengambilan urin yang salah iaitu perlukan urin pada pertengahan kencing tapi urin pulak terlalu sedikit. Kena repeat urin test pada hari ke-44 pantang pula.
Kelebihan Set Berpantang Shaklee
Apa yang saya kongsikan ini ialah apa yang saya rasakan sendiri sepanjang berpantang dengan Shaklee.
- Boleh diambil oleh ibu-ibu bersalin walapun bayi jaundice.
- Rasa lebih bertenaga walaupun rutin berpantang kali ni agak memenatkan (ulang alik KK/hospital).
- Emosi lebih stabil. Dapat elak meroyan ketika dalam pantang.
- Luka bersalin cepat sembuh.
- Susu badan lebih meriah. Alhamdullilah cukup untuk baby dan dapat fully breastfeed
- Bayi cepat kenyang dan tidur lebiih lena.
- Melawaskan, senang nak buang air besar. Tak perlu meneran dalam toilet.
- Melengkapkan nutrisi untuk ibu-ibu berpantang. Time pantangkan banyak benda tak boleh makan.
- Membantu menurunkan berat badan tanpa menggangu penyusuan susu ibu.
Yang tercari-cari set berpantang, memang saya rekomen sangat set berpantang Shaklee. Tiada istilah membazir sebab selepas habis tempoh berpantang pun anda- anda boleh teruskan ambil set ini seperti biasa.
Bersama set berpantang kesayangan. |
My bambam girl dengan Vivix |
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya.
Puan Normasliha Ismail
Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya.
Puan Normasliha Ismail
Comments
Post a Comment