Skip to main content

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12


 
Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni. 

Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.
 
Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm. Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven.

Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Dan yang paling penting sekali time bayar tu tak perlu beratur panjang.

Sebelum ni pernah pergi kul 11am. Mak aii panjang giler kene beratur. Nak bayar pun amik masa lebih 15 minit, line dah la panjang. Sorang plak amik berbakul-bakul termasuk saya..hehe. kadang-kadang kat rak barang pun habis licin di borong peminat kedai Eco.
 

Ini hasil separuh barang yang saya beli pagi tu. Kebanyakan untuk anak-anak. Saya jenis rambang mata tengok buku budak-budak ni. Buku mewarna wajib beli sebab Danish memang gemar mewarna.
 
Alat tulis memang sengaja beli yang Eco punya sebab alat tulis diorang kerap sangat hilang kat sekolah.
 
Ada banyak jenama pensil warna di kedai Eco.  Sebelum ni pernah beli jenama kreati tapi warnanya tak terang. Jenama Faber-Castell pun ada tapi yang pensil warna yang pendek (dah pernah beli juga).
 
Tapi packaging pensil warna ni jenama Unicorn menarik la plak. Untuk boys corak astronaut, untuk girls corak princess. Claim kat belakang kotak pensil warna, warna lebih terang dan tak mudah patah.
 
Buku silangkata. Dua-dua buku ni dah habis Danish buat. Dia suka buat buku aktivit ni. Lagipun kat rumah saya main cikgu-cikgu dengan anak-anak. Diorang jadi anak murid, saya jadi cikgu yang bagi homework. Ayah diorang jadi guru besar (takde peranan apa-apa pun sebenarnya..anak-anak yang saja bagi title)
 
Buku cerita Dinosaur, yang belah kiri tu beli kedai Eco (RM2.12) manakala yang belah kanan beli kat kedai buku RM6.90. Boleh dapat lagi dua buku cerita.
 
 
Yang ni plak buku puzzle nanti bila siap jadi model 3D. Tak perlu gunting, tapi perlu gam. Tak cukup beli sorang satu, anak-anak nak lagi. Seronok diorang main buku puzzle ni. 
 
Terpandang plak bekas comel pink ni. Boleh letak beras atau tepung  atau apa-apa la yang korangnak sebab cup dia ada sukatan. Tapi saya buat tempat simpan cereal jela. Muncung bekas ni agak besar, so kira okay lah.

Anak dah bertambah sorang jadi hanger pun kena tambahla. Nak gantung baju sekolah budak-budak ni lagi. Danish punya baju sekolah 10 pasang termasuk baju sekolah agama. Dania punya 5 pasang. Bila sebut baju sekolah ni mula terasa seksanya oii nak kena iron baju sekolah diorang yang berlambak-lambak tu.

Okay..kedai Eko ni ada nama lain tau. Kat FB kedai Eco ni digelar kedai saka. Namanya barang RM2.12 tapibila nak bayar, berpuluh-puluh ringgit. Hahaha..itu tandanya saka dah merasuk. 
 
Oh ya.. bagi yang jenis kreatif memdeko menggunakan barangan kedai Eko atau Mr DIY, boleh join group kelab deko Eco ye. Serius teruja tengok...rakyat Malaysia ni memang kreatif. Saya tunggu tahun depan la baru beli barang untuk mendeko bila pindah rumah baru. 
 
Jom Like & Follow saya
Instagram: Love Mama Store

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng