Subhanallah sedih sangat cikgu baca kisah kisah bayi dan kanak kanak meninggal dalam jagaan pengasuh yang kejam dan tak berhati perut .
Ada yang kena cucuh api, ada yang kena sumbat cili dalam mulut, ada yang kena cucuh tangan di saterika dan banyak lagi kes bayi meninggal akibat kekejaman pengasuh.
Yang terbaru kononnya diculik tapi meninggal dalam jagaan pengasuh. Pengasuh letak mayatb bayi yang dibungkus dalam beg hijau didalam peti sejuk beku. Masha Allah.
Sedih sangat baca..ðŸ˜
So Cikgu Ida nak kongsi amalan dan doa sebelum hantar anak ke tempat pengasuh. Moga anak anak kamu dalam peliharaan allah
Di bawah ini cikgu senaraikan cara doa dan amalannya:
DOA SUPAYA DIJAUHKAN DIRI DARI NIAT JAHAT SESEORANG
1.baca ayat kursi 1 kali
2.baca doa supaya dijauhkan niat jahat seseorang.
Baca ayat ni dari surah al qashah ayat 84...ini ertinya je, kalau nak baca arabnya boleh tengok alquran ye. Baca doa ni tiga kali.
"Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan."
Doa ni...InsyaAllah, sesiapa yang berniat jahat kepada anda akan terhalang niatnya dan mungkin dibalas perbuatannya sebelum berlaku kepada kamu. Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya dan memelihara hambaNya yang beriman dari niat jahat orang-orang yang jahat.
3.baca surah Al-Insyirah tiga kali.
4.baca alfatihah tiga kali untuk pengasuh itu.(sebelum baca niat dulu ,contoh namanya aminah, niatnya
"Ya Allah Ya Fattah lembutkan hati aminah ini dalam menjaga anak ku dengan baik hari ini, aku ingin pergi cari rezekiMu yang halal Ya Allah, lindungilah anakku dalam jagaanMu Ya Allah, Amin Ya Allah Ya Mujib.)
5.baca Ya Wakiil atau arabnya
الوكيل
Maknanya Maha Memelihara.
Baca 21 kali, niatkan Allah pelihara kamu dan anak dan keluarga kamu.
Sebelum zikir niat dulu. Ya Allah pelihara aku dan keluarga ku daripada malapetaka dan bencana, selamatkan aku dan keluargaku walau di mana kami berada dan terus baca Ya Wakiil.
Dan boleh baca Ya Wakiil ni beratus. Cikgu Ida suka baca Ya Wakiil ni seribu kali tiap hari dan sebelum cikgu pergi keje cikgu akan baca Ya Wakiil ni 21 kali.
Moga manfaat ilmu ini untuk semua..
Moga kita semua, allah pelihara dan selamat daripada malapetaka bahaya .amin ya allah ya mujib.
Nak lagi tip tip ilmiah,jom folow fb cikgu ida..
Kredit Cikgu Ida
Fb: mahamidah hamdan
Pesanan: sila sebarkan seluaskan. Moga dapat membantu semua ibubapa yang hantar anak kat pengasuh. Ini usaha saya yang kecik untuk ibubapa di luar sana. Sapa yang share saya doakan moga urusan dia allah prmudahkan. Amin Ya Allah Ya Mujib..
Sila tekan butang SHARE
Pertanyaan/pesanan: http://tipsibu.wasap.my
Page: fb.me/tipsibu2u
iG: https://www.instagram.com/tips.ibu
Blog: tipsibu2u.blogspot.com
Join Telegram: t.me/tipsibu
Page: fb.me/tipsibu2u
iG: https://www.instagram.com/tips.ibu
Blog: tipsibu2u.blogspot.com
Join Telegram: t.me/tipsibu
Comments
Post a Comment