Skip to main content

BREASTFEEDING - Happy Breastfeeding Week!

World Breastfeeding Week (WBW) merupakan acara sambutan tahunan meraikan ibu2 yang menyusu badan. Ianya disambut pada 1-7 Ogos setiap tahun. Diasaskan oleh organisasi World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), World Health Organization (WHO) & United Nation Children's Fund (UNICEF), WBW pertama kali dianjurkan pada tahun 1991. 

Tujuannya WBW adalah untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk bayi. Sekurang2nya 6 bulan pertama bayi. 

Bayi memperolehi banyak manfaat dari susu ibu antaranya membekalkan nutrien penting untuk si bayi, perlindungan daripada penyakit yang berbahaya seperti pneumonia dan menggalakan pertumbuhan dan perkembangan bayi.


Ibu tetiba nak tulis tentang breastfeeding week sebab ibu setuju sangat statement bayi yang diberi susu badan ni antibodinya kuat. Petang semalam ibu terasa badan baby Dhia macam panas sikit. Dhia pulak merengek pastu memang nak menempel jela kejanya xnak lepas2. Kalau tarik je, mesti nangis. Ingatkan bangun pagi ni Dhia akan demam tapi Alhamdulillah sihat walafiat. Cergas macam biasa, kerja nak memanjat je. 

Dan seingat ibu lah sepanjang 9 bulan Dhia fully breastfeed tak pernah lagi Dhia kena batuk atau demam. Ibu tengok anak-anak kawan ibu..ada yang sebaya Dhia dah pernah demam dan ada yang kena neb. Syukur sangat-sangat Dhia masih lagi sihat. 

Jangan ingat ibu condemn ibu2 yang bagi formula milk plak. Bukan tau. Ini berdasarkan pengalaman ibu sendiri..perbezaan bila fully bf dengan bagi anak fm. Anak pertama ibu terpaksa mix dgn fm start dari umur 3 bulan lagi. Patutlah asyik xsihat. Pastu berak sembelit. Salah ibu sebab x cukup ilmu tentang penyusuan susu ibu dan sebab ibu terpengaruh dengan org sekeliling yang cakap baby xkenyang..😢.  

Anak yang ketiga ni memang banyakkan ilmu tentang breastfeeding dan kuatkan azam untuk fully bf Dhia sampai umur 2 tahun. Bila orang komen susu badan tak cukup. Ibu buat power-pumping..dalam masa yang sama ibu amik set milkbooster Shaklee (ESP + Alfalfa). Guna pam susu yang 6 tahun lepas je pun. Amik kau sekali pam dapat 2 botol penuh...😏

Orang yang komen2 negatif tak tahu stok ebm berlambak lagi dalam fridge. Baby Dhia tak nak minum. Dia nak susu badan fresh..direct feed. Nak melekap..nak menempel 24 jam. Haa..ini dugaan untuk ibu2 menyusu, kadang nak pergi toilet pun kena postponed. Orang kata kalau breasfeed ni bonding baby dengan ibu kuat. Betul sangat!.

Yang surirumah nak kena direct feed. Yang bekerjaya nak kena pam susu. Usung pam susu ke sana ke sini. Kadang2 sambil lunch sambil pam susu. Kadang2 sanggup x turun lunch sebab nak pam susu. Ibu paham sangat sebab ibu pun macam tu waktu kerja & bf anak kedua. Ibu amik ESP je time lunch..asal kenyang..asal susu byk..ok dah. Berjaya jugalah fully bf anak kedua setahun lebih. 

So untuk ibu2 menyusu diluar sana. Happy Breastfeeding Week...😘 Last day baru nak wish.

Nak tambah ilmu tentang bf boleh baca ni: https://tipsibu2u.blogspot.com/2017/09/kesukaran-penyusuan-susu-ibu-dan-tips.html

Jom banyakkan susu ibu dengan Set Milkbooster Shaklee



BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Cara 1 - Belian sendiri di website Shaklee. Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Pilihan pembayaran sama ada kad kredit/kad debit. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
Cara 2 - Belian terus dengan saya di http://tipsibu.wasap.my untuk mendapatkan konsultasi supplemen yang tepat dan bersesuaian  dengan keperluan anda, tips dan cara pengambilan yang betul. Pilihan pembayaran adalah melalui pemindahan wang (bank transfer)
Cara 3 - Belian sendiri/walk in di cawangan Shaklee yang berdekatan menggunakan ID saya; 886980. Pilihan pembayaran di kaunter ialah cash atau kad kredit/kad debit. Sila hubungi saya http://tipsibu.wasap.my untuk mengetahui lokasi cawangan Shaklee yang berdekatan dengan tempat anda dan langkah-langkah pembelian.
Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Selayang, Batu Caves dan berdekatan. Penghantaran bagi kawasan-kawasan ini adalah PERCUMA. Pengeposan seluruh Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng