Skip to main content

MASALAH KEBAS DAN SARAF: Akibat Kemalangan Tidak Boleh Berjalan Akhirnya Pulih



TIDAK BOLEH BERJALAN DENGAN SEMPURNA AKIBAT KEMALANGAN PULIH SELEPAS KONSISTEN MENGAMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

Nama saya Wan Noor Hidayah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Saya ingin kongsikan bagaimana kaki saya pulih sepenuhnya selepas mengamalkan suplemen Shaklee.

Pada tahun 2015 saya mengalami kemalangan kereta yang teruk. Tetapi alhamdulillah, saya masih hidup walaupun tidak dapat berjalan dengan sempurna selama beberapa bulan. Pada mulanya saya mencuba 2 jenama suplemen ternama dipasaran untuk mengurangkan kesakitan di kaki saya.

Saya terpaksa mengambil suplemen memandangkan tiada ubat selain ubat tahan sakit sahaja yang diberikan oleh pihak hospital kepada saya. Menurut mereka, keputusan x-ray saya tidak menunjukkan sebarang masalah kecederaan pada tulang walaupun mereka sendiri berasa pelik mengapa saya langsung tidak boleh berjalan.

Sejak dari kemalangan tersebut saya tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga setiap kali hendak ke mana-mana. Paling menyedihkan adalah apabila saya terpaksa mengesot perlahan-perlahan ke bilik air apabila hendak berwuduk ketika ahli keluarga tiada di rumah. Sakitnya kaki saya ketika mengesot hanya Allah sahaja yang tahu.

Kemudian ibu saya mendapatkan sepasang tongkat dan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan saya. Saya menggunakan tongkat selama hampir 3 bulan untuk ke pejabat setiap hari. Walaupun kesakitan kaki saya telah mengambil masa yang agak lama untuk berkurangan, namun saya masih berasa amat sakit apabila berjalan tanpa tongkat.

Pada suatu hari saya telah ditakdirkan oleh Allah SWT dapat kembali bekerja di lokasi yang berhampiran dengan cawangan Shaklee. Peluang ini saya ambil untuk mendaftar sebagai ahli dan membeli beberapa jenis suplemen. Omega Guard menjadi suplemen kegemaran saya apabila kesakitan kaki saya hilang setelah konsisten mengamalkannya.

Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur apabila kaki saya tidak lagi sakit. Omega Guard telah membantu saya untuk sembuh. Saya juga turut merasakan Shaklee Effect yang lain iaitu mood saya semakin baik, saya menjadi lebih tenang dan tidak cepat marah. Penglihatan mata saya juga semakin baik dan saya tidak lagi mengalami masalah silau apabila memandu di waktu malam.

Selain Omega Guard, saya juga mengambil B-Complex untuk mengurangkan rasa sedih akibat tidak dapat berjalan dengan sempurna. Tetapi selepas istiqamah mengamalkannya, bahagian kaki saya yang kebas kerana banyak saraf mati akibat hentakan kuat semasa kemalangan lalu juga telah pulih dan kulit wajah saya menjadi semakin berseri-seri.

Kini saya hanya percayakan suplemen Shaklee sahaja. Selain semakin sihat, bertenaga, cergas dan cantik berseri, saya juga mendapat bonus setiap bulan. Marilah sertai Shaklee bersama saya. Anda juga boleh merasai Shaklee effect yang tidak disangka-sangka.

Selamat tinggal tongkat. Saya cintakan Shaklee sampai bila-bila 😍😍😍.


Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng