Skip to main content

Posts

BAHAYA Radikal Bebas Penyebab Kanser

Apa Itu Proses Oksidatif Perasan tak buah-buahan terutama sekali buah epal bila dipotong dan dibiarkan lama-lama permukaan buah tersebut berubah warna kepada coklat. Ini disebabkan oleh proses oksidatif. Besi berkarat juga merupakan proses oksidatif. Tau tak proses oksidatif ini berlaku kepada manusia? Ia disebut sebagai Proses Oksidatif (Oxidative Stress ) . Secara detailnya oksidatif stress ini terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pengeluaran radikal bebas dengan sistem pertahanan antioksidan dalam badan. Ketidakseimbangan radikal bebas bukan sahaja penyebab oksidatif stress malah ia juga penyebab pelbagai jenis penyakit yang berbahaya  Dari mana datangnya Radikal Bebas ni? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor, iaitu: Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dgn terlalu banyak minyak dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar). Makanan terlalu banyak gula atau terlalu m...

GEMPAR!!! Lelaki Di Sangka HAMIL Akibat Sembelit Teruk

Gempar..gempar!!! Jangan buat main-main kalau sembelit. Kisah benar kejadian di China, gara-gara sembelit 1 tahun seorang lelaki berusia 22 tahun mengidap penyakit sembelit melampau yang dikenali sebagai Hirschsprung's Disease . Yang dikatakan berpunca daripada masaalah urat saraf kehilangan daya kawalan untuk pelepasan buangan air besar secara normal. Akibat menderita kesakitan yang tidak tertanggung lagi beliau membuat keputusan untuk berjumpa doktor pakar setelah ubat-ubatan anti sembelit tidak banyak membantu beliau. Doktor mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan keatasnya setelah pemeriksaan terhadap perut lelaki tersebut yang kelihatan seperti sarat mengandung seolah bom akan meletup bila-bila masa. Lihat lah setelah pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya 30 inci usus besar lelaki tersebut terpaksa dibuang sumber: anonymous Kenali Hirschsprung's Disease Penyakit Hirschsprung  (HD) adalah penyakit usus besar yang me...

MOTIVASI - Dahsyatnya Berdoa Sebelum Berbuka Puasa

  Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjel ang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya. Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras. Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.   N abi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada do...

PARENTING - Tips Mendidik Anak

  Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "Iyyakana'budu waiyyakanasta'in" ("Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan."), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan.."Ibu mau (nama anak) jadi anak yang sholeh, sayang" Cuba amalkan (seperti kata Ustadz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya)  dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Bangun shalat malam, shalat lah disisinya. Maksudnya kita shalat dalam kamar dia dan dekat dengan ananda. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bahwa kita sering doakan dia,...

Nak Cantik Macam Orang Korea? Ketahui Manfaat Bawang Putih

Mesti ramai para gadis dan wanita di luar sana nak cantik macam orang Korea kan? Nak tahu salah satu rahsia kecantikan dan kesihatan orang-orang Korea ialah bawang putih. Orang Korea sememangnya sukar dipisahkan dengan bawang putih, apa-apa jenis hidangan mereka mesti ada bawang putih. Jika anda melangkah ke restoran makanan Korea, hidangan utama yang akan disajikan untuk anda ialah bawang putih dan sayur-sayuran segar. Ini hidangan WAJIB di restoran makanan Korea. Kebiasaaanya bagi orang Korea, bawang putih akan dimakan secara mentah dengan sajian Bulgogi, Ttakgagi dan lain-lain. Mitos Korea Tentang Bawang Putih Terdapat mitos mengaitkan bawang putih dan orang Korea iaitu Mitos Dangun . Mitos ini menceritakan tentang seekor beruang yang ingin menjadi manusia. Dan keinginan beruang tersebut untuk menjadi manusia tercapai setelah memakan bawang putih yang diberikan oleh Hwanung anak kepada "Lord of Heaven" Khasiat Bawang Putih Namun disebalik mitos t...

Tips Bersihkan Dapur Dan Bilik Air Tanpa Perlu SENTAL

Selamat berhujung minggu! Bilik air siapa macam kat atas tu? Huish tak lalu nak melepas hajat kan? Nak cerita saya dulu xsuka sangat nak mencuci ni tapi sejak terjebak dengan set Get Clean Home Shaklee terutama Basic H. Tak perlu tunggu weekend, kalau nampak lantai bilik air kotor sikit atau dapur berminyak..zup..zap terus cuci.  Bilik air & toilet ni memang kena cuci kerap sikit rumah saya ni. Kalau orang lain ada sesetengah tu cuci sebulan sekali. Tapi tak bagi family saya sebabnya kami masing-masing heavy user. Tiap-tiap hari kami membuang dengan jayanya...opps..hehe. Penangan Shaklee juga ni. Semua lawas dengan jayanya. Yang BESTNYA semua kerja-kerja berikut jadi mudah bagi saya. Cara saya senang je. Saya hanya gunakan campuran Basic H2 bersama air (nisbah 1: 7 ).    Letak dalam botol spray pastu spray je mana-mana tempat yang saya nak cuci. Biarkan seketika baru gosok. Gosok pun bukan tahap sampai lengan jadi sado, xperlu se...

Risiko Buta, Kudung, Sakit Jantung Dan Kerosakan Ginjal Akibat Diabetes.

Diabetes (Kencing Manis) merupakan salah satu penyakit kritikal yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Dianggarkan setiap seorang daripada tujuh orang dewasa menghidapi Diabetes. Walaupun begitu Diabetes menyerang pesakit tanpa mengira umur. Diabetes dikesan pada pesakit yang lebih muda, pada ibu mengandung malah ada juga kes pesakit Diabetes dihidapi oleh kanak-kanak.     Apa itu Diabetes? Diabetes atau lebih tepat Diabetes Mellitus (Kencing Manis) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia iaitu tinggi kandungan glukosa dalam darah . Hiperglisemia disebabkan oleh masalah apabila tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilan insulin, atau insulin yang dihasilkan oleh tubuh tidak mencukupi atau juga insulin yang dihasilkan tidak bekerja dengan baik. Diabetes terdapat beberapa jenis dan yang utamanya ialah : Mellitus Jenis l : Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)   Diabetes jenis ini ...