Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Tanda-tanda Ketidakkeseimbangan Hormon Dan Rawatan Tanpa Pil Hormon Beracun

    Kita melihat bahawa ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan beberapa simptom seperti pertumbuhan rambut yang tidak diingini di bahagian muka, jerawat, berat badan berlebihan dan keadaan yang lebih serius termasuk sindrom ovari polisistik (PCOS). Hormon tidak semuanya memudaratkan – ia merupakan bahagian penting yang menyumbang kepada kesejahteraan bagi tahap tenaga, penghadaman, perubahan emosi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, apabila hormon berada dalam keadaan yang tidak stabil, ia boleh memberi kesan   yang negatif kepada kita seperti jerawat hormon, keletihan serta ingatan yang kabur.     Tanda-tanda Ketidakseimbangan Hormon Berat Badan yang Meningkat secara Mendadak atau Berterusan Apabila berat badan meningkat secara mendadak atau berterusan walaupun anda bersenam dan makan secara sihat, kemungkinan disebabkan oleh hormon. Estrogen yang berlebihan, hormon tiroid yang rendah dan rintangan insulin adalah penyebab biasa yang menyukarkan pengurangan b

NECROSIS - Kaitan Penyakit Gangren Dengan Merokok.

NECROSIS : PEMBUNUHAN SEL BERAMAI-RAMAI Hahaha,pembunuhan sel beramai-ramai nih, hahaha, apa benda ni necrosis ? korang pernah dengar ? kalau aku kata gangren pernah dengar ? Hhahah, ok, kalau ko tengok luka orang yang kena kencing manis pernah ? Hahha ok, yang ni ramai confirm confirm pernah, paling sedih, tengok family sendiri pernah kena luka jenis nih. BUkan kencing manis je, tapi macam-macam pernyakit. Tapi nak tahu itulah kerja NECROSIS,hanya kematian yang sel yang ko kata sangat kecil tuh, tapi kalau tak dihalang, jawabnya kau akan hilang anggota badan !!!! KEMATIAN SEL SECARA BAIK : APOPTOSIS Nak diceritakan badan kita nih, Allah dah jadikan sangat istimewa. Sel pun ada kematiannya. Ada yang mati secara mulia, ye mati sebab diri sendiri nak mati. Kenapa ye ? sebab sel biasalah, dah makin tua, jadi nak selamat, kena matikan diri sendiri. jadi dia mati dalam perancangan. Mati sel macam nih, badan kita dah tahu, kena disalurkan ketempat pengkebumian yang s

KESIHATAN: Toksin Berlebihan Penyebab Sel Mati

Dalam sebuah komputer canggih didalamnya ada beribu cip cip yang bekerja. 1 cip rosak habis 1 komputer boleh "hang" atau "haywire" Begitu juga dengan badan kita. dalam badan kita ada berbilion bilion atau lebih lagi kot 1 benda yang sangat sangat kecil tetapi super power iaitu sel.  Sel badan kita akan membahagi , bergerak dan ianya juga akan MATI.  Penting ke sel mati? Kalau sel mati kita pun mati la kan?  Hebatnya kuasa ALLAH. Sel mana nampak dengan mata kasarkan.  Penting ke sel mati? kalau tak mati boleh tak? mesti lagi banyak sel dalam badan kita kannn.. lagi la kita ni kuat ye dok  Kematian sel adalah satu proses yang penting dalam badan kerana ia menggalakkan penyingkiran sel-sel yang tidak diingini.  Kegagalan sel-sel mati, atau sel-sel mati apabila mereka tidak perlu, boleh membawa kepada atau memburukkan lagi pelbagai penyakit. Nampak tak pentingnya sel sel badan kita mati. Ada 2 jenis kematian sel iaitu Apoptosis & Nec

CHIA SEED - Tumbuhan Yang Berkhasiat

Hari ni nak cerita tentang Chia seed. Ala yang tengah viral sekarang. Yang nak berdiet, yang nak turunkan berat badan dan nak sihat pun makan chia seed.   Apa itu chia seed? Chia seed adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan nutrien seperti omega 3, antioksidan, vitamin, mineral dan fiber. Hanya 10 gm sahaja anggaran Chia seed yang diperlukan dalam diet harian kita. 10 gm tu ibarat satu sudu besar. Walaupun 1 sudu tapi banyak kelebihan/manfaat chia seed ni. KELEBIHAN CHIA SEEDS. 1) Melawan Diabetes. Chia Seed telah dikaji sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang berpotensi untuk pesakit diabetes tahap 2 kerana keupayaannya  memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia terbentuk apabila terdedah kepada cecair-boleh juga mengurangkan gula dalam darah. 2) Serat yang banyak. Hanya 28 gram atau satu auns hidangan chia seed mempunyai 11 gram serat pemakanan – kira-kira satu pertiga daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk orang dewasa. Menambah beberap

HIJAB - Rahsia Hijab Senang Bentuk.

Assalamualaikum Arini saya nak share skt rahsia tudung saya keras helok jer terbentuk. Ni…ha Power Max ironing aid dari cosway. Saya memang guna yg ni tiap kali iron tudung. Mmg recommended sgt utk korang yg pakai tudung bawal/instant/shawl jenis Chiffon. Senang bentuk dan wangi. Korang pernah x alami kes cmni…dah pakai baju cantik2 dah, sekali tudung pulak buat hal. Adjust punya adjust pun xmenjadik gak. Memang rasa nak carut je kan? Tambah-tambah bila dah lambat nak ke tempat kerja atau suami dah mula tarik muncung panjang sebab penat menunggu korang adjust tudung. Btw ironing aid bukan setakat untu tudung saja, apa-apa jenis pakaian pun boleh. Kalau sebelum ni korang bila nak iron kena spray dengan air, cuba korang try iron guna ironing aid. Dahla wangi, memang memudahkan kerja iron korang, kerja meng iron pun lebih cepat. Harganya xdela mahal mana pun. RM9 jer. Berminat wassap saya ye. 💗 Mas 💗 013-5202707 💗 www.wasap.my/60135202707 💗 Email: lovemama2707@gmail.com

DIABETES - Rintangan Insulin Punca Diabetes?

Bila sebut diabetes mesti ada yang kaitkan dengan cucuk insulin. Tau x kenapa kena cucuk insulin? Ok..sebelum tu kita baca ketahui dulu jenis2 diabetes Diabetes ni sebenarnya ada 2 jenis: • Diabetes I disebabkan oleh genetik atau keturunan. Namun bilangan pesakit Diabetes I ni hanyalah 5%. • Diabetes II pula diabetes yang paling kerap kita jumpa hampir 95% pesakit diabetes adalah daripada diabetes II. Kalau dulu warga emas seringkali dikaitkan dengan diabetes II tapi statistik terkini menunjukkan ada juga pesakit diabetes ni dari usia yang muda. Diabetes II ni terjadi apabila paras glukosa dalam darah menjadi tinggi. Ini berpunca daripada rintangan insulin @ insulin resistance.  Insulin berfungsi untuk menyeimbangkan gula dalam dengan bertindak sebagai laluan untuk glukosa disimpan atau digunakan oleh organ. Rintangan insulin menyebabkan kurang glukosa disimpan atau digunakan organ menyebabkan glukosa ini terkumpul dalam salur darah seterusnya menjadi tinggi iaitu Diabetes (lih

NECROSIS- Bahaya Necrosis Pada Manusia.

Sel merupakan struktur asas bagi setiap organisma yang bernyawa termasuk manusia. Penyatuan sel - sel dalam manusia membentuk pelbagai jenis struktur iaitu organ, jaringan kapilari darah dan saraf. Setiap sel dalam badan manusia mempunyai fungsi khusus dan menjalani proses tertentu antaranya pembahagian sel dan penggantian sel. Pembahagian sel pernah dibincangkan sebelum ni, di mana proses kehidupan manusia bermula dari usia bayi sehingga dewasa merupakan contoh terbaik pembahagian sel. Proses kematian sel disebabkan oleh 2 faktor iaitu Necrosis dan Apoptosis. Ini boleh diumpamakan macam daun-daun pokok yang berguguran. Daun pokok yang gugur akibat dirosakkan seperti di cabut/dipotong (necrosis) atau daun pokok yang gugur apabila tiba waktunya seperti musim luruh (apoptosis)     Beza Apoptosis dan Necrosis Apoptosis Sel mati akibat proses semulajadi/terancang seperti tersebut membunuh dirinya sendiri apabila tiba tempohnya  (degradasi sel) Ketika proses degradas

KANSER RAHIM: Awas! Kanser Rahim Dapat Dikesan Seawal 26 Tahun

    Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim. Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah Tanda Tanda Kanser Ovari atau Kanser rahim 1. Haid Selepas Menopaus Kanser rahim mudah dikesan disebabkan tanda yang sangat jelas terutama selepas wanita itu menopaus iaitu selepas ketiadaan darah haid. Antaranya, pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula. Ramai mengambil mudah kerana menyang

HAID - Kenali Warna Darah Haid dan Maksud Sebaliknya

Warna Darah Haid Mendedahkan Semua Perubahan Yang Merbahaya Dalam Badan. Kitaran haid berlaku setiap bulan untuk tempoh 6-7 hari. Pada hari ini, seorang wanita mungkin mempunyai senggugut yang luar biasa bersama-sama dengan beberapa kecil masalah lain, seperti sakit kepala dan gangguan perut.  Apabila darah haid mengalir dengan cepat dari badan, warna yang akan menjadi merah atau pink. Kadang-kadang, kebanyakan kaum wanita boleh perasan darah hitam atau coklat semasa tempoh haid dan kemudian risau. Menurut pakar, darah yang gelap menunjukkan bahawa ia perlahan-lahan mengalir keluar dari badan. Sudah tentu sepanjang kitaran haid diperhatikan kerana warna darah adalah kadang-kadang lebih cerah, kadang-kadang lebih gelap, dan ramai wanita berhadapan dengan membingitkan pendarahan di luar kitaran. Apa kadang-kadang boleh menjadi tanda kebimbangan adalah warna darah haid dan ia adalah penting untuk tahu apa warna-warna tertentu nyatakan bila anda perlu menghubungi gynecologist yang.

KESUBURAN - Sentap Asyik Ditanya Tentang Zuriat.

Jangan suka2 tanya pasangan yg baru kahwin "Bila nak dpt baby?" dan jgn suka2 tanya pasangan yg dah ada anak "Bila nak tambah anak"   Ada banyak kemungkinan org yg ty soalan2 cepumas tu xtahu atau buat2 xtahu 1. Kerja Allah...kalau ada rezeki adalah dan sebaliknya 2. Merancang kehamilan  3. Masalah kesuburan Kalau sebut masalah kesuburan, mesti nak tuding dekat si isteri je. Lelaki pun ada masalah kesuburan. Teringat time belajar topik pembiakkan kat UM dulu. Lecturer saya Prof. Ramli bagitau selain mati pucuk (teratai layu di tasik madu), masalah kesuburan lain bagi lelaki ialah masalah peluru kosong dan sperma yg tak berkualiti. Peluru kosong ini bila berlaku proses ejakulasi, semen yg dihasilkan itu air money semata2, xde pun sperma dalam tu. Sperma yang xberkualiti pulak ialah sperma tersebut tidak mampu berenang sehingga ke ovum. Berenang separuh jalan dah pancit. Lelaki yg ada masalah camni disarankan mengamalkan vitamin E da