Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

TIPS Mendidik Anak Tak Reti Duduk Diam Menjadi Insan Hebat!

Kita mudah sangat rasa geram dan marah pada kanak-kanak yang tak reti duduk diam, tak kiralah sama ada anak sendiri atau anak orang lain. “Hishh budak ni terlompat sana, terlompat sini. Baru duduk sekejap dah berlari. Mak dia ni tak tau ajar ke anak duduk diam.” marah kita dalam hati bila ada kanak-kanak yang tak reti duduk diam di tempat awam. Kalau anak sendiri yang berperangai sedemikian, kita pun akan tegur dan marah mereka supaya duduk diam seketika. Namun ia bagaikan bercakap di angin lalu sebab anak tetap dengan karektornya yang lasak dan aktif. Aduh pening kepala! Jangan marah atau cepat melabel anak jenis tak reti duduk diam ini sebagai nakal dan tak makan saman tapi fahami dulu karektor mereka dan sebenarnya mengapa mereka tak reti duduk diam.   Semoga penerangan dari Dr.Taufiq Razif dapat membuka minda ibu ayah dan masyarakt sekeliling terhadap kanak-kanak yang aktif, lasak dan tak tahu duduk diam. Mereka bukan tak boleh berjaya cuma perlukan cara didikan yang b

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem

Tips Dari Pakar Sakit Puan untuk WANITA

Wanita adalah insan yang paling istimewa. Wanita dijadikan sebagai penyambung keturunan. Wanita selalunya diklasifikasikan sebagai insan yang lemah namun tubuh wanita itulah yang mengandung, selama 9 bulan, bertarung nyawa saat melahirkan zuriat mereka dan menyusukan anak-anak mereka. Walaupun wanita bukan ketua keluarga, namun peranan wanita dalam institusi kekeluargaan sangatlah besar. Menjaga makan-minum seisi keluarga, memasak, mengemas dan mendidik anak dan banyak lagi tugas mereka. Tak kisah wanita berkerjaya atau surirumah, tugas mereka tak pernah berhenti 24/7 (biasa dengar kan?) Wanita tunjang dalam keluarga. Kalau mereka bahagia...bahagia la seisi keluarga dan sebaliknya. Disebabkan peranan wanita yang besar ini, jadi sangat penting seorang wanita menjaga kesihatan tubuh badannya. Dari seorang isteri yang perlu sentiasa kelihatan menarik di mata suami, kepada seorang ibu yang perlu sentiasa sihat dan bertenaga untuk anak-anaknya. Seorang wanita yang PRIHATIN, buk

Terkena Jangkitan Rahim Akibat Suntikan Perancang Keluarga

Info Tentang Suntikan Perancang Keluarga Suntikan perancang keluarga adalah salah satu kaedah perancang yang digunakan untuk menjarakkan kehamilan. Walaupun suntikan perancang keluarga secara amnya adalah kaedah perancang yang selamat, wanita haruslah sedar terdapat beberapa kesan sampingan apabila menggunakan kaedah ini.   Kesan Sampingan Yang Biasa Akibat Suntikan Perancang Kitaran haid yang tidak menentu Mengalami sakit kepala Rasa berdebar-debar Pening (berpusing) Jerawat Perubahan selera makan, sama ada rasa cepat lapar atau lambat lapar Penambahan berat badan Pertumbuhan berlebihan bulu pada muka dan badan Keguguran rambut Kereputan pada tulang. Kebanyakan wanita boleh menggunakan suntikan ini tanpa masalah. Namun bagi sesetengah wanita tidak dibenarkan mengambil suntikan ini jika;  Mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat diketahui puncanya Mengalami masalah berkaitan dengan fungsi organ hati Mengalami masalah kanser payudara atau baru menjal