Wanita adalah insan yang paling istimewa. Wanita dijadikan sebagai penyambung keturunan. Wanita selalunya diklasifikasikan sebagai insan yang lemah namun tubuh wanita itulah yang mengandung, selama 9 bulan, bertarung nyawa saat melahirkan zuriat mereka dan menyusukan anak-anak mereka.
Walaupun wanita bukan ketua keluarga, namun peranan wanita dalam institusi kekeluargaan sangatlah besar. Menjaga makan-minum seisi keluarga, memasak, mengemas dan mendidik anak dan banyak lagi tugas mereka. Tak kisah wanita berkerjaya atau surirumah, tugas mereka tak pernah berhenti 24/7 (biasa dengar kan?)
Wanita tunjang dalam keluarga. Kalau mereka bahagia...bahagia la seisi keluarga dan sebaliknya. Disebabkan peranan wanita yang besar ini, jadi sangat penting seorang wanita menjaga kesihatan tubuh badannya. Dari seorang isteri yang perlu sentiasa kelihatan menarik di mata suami, kepada seorang ibu yang perlu sentiasa sihat dan bertenaga untuk anak-anaknya.
Seorang wanita yang PRIHATIN, bukan sahaja menjaga kecantikan luaran, malah kesihatan dalaman termasuk kesucian rohani. Berikut boleh dijadikan panduan untuk wanita yang prihatin tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Pesanan Pakar Sakit Puan Iaitu Dr Hamid Arhsat Untuk WanitaWalaupun wanita bukan ketua keluarga, namun peranan wanita dalam institusi kekeluargaan sangatlah besar. Menjaga makan-minum seisi keluarga, memasak, mengemas dan mendidik anak dan banyak lagi tugas mereka. Tak kisah wanita berkerjaya atau surirumah, tugas mereka tak pernah berhenti 24/7 (biasa dengar kan?)
Wanita tunjang dalam keluarga. Kalau mereka bahagia...bahagia la seisi keluarga dan sebaliknya. Disebabkan peranan wanita yang besar ini, jadi sangat penting seorang wanita menjaga kesihatan tubuh badannya. Dari seorang isteri yang perlu sentiasa kelihatan menarik di mata suami, kepada seorang ibu yang perlu sentiasa sihat dan bertenaga untuk anak-anaknya.
Seorang wanita yang PRIHATIN, bukan sahaja menjaga kecantikan luaran, malah kesihatan dalaman termasuk kesucian rohani. Berikut boleh dijadikan panduan untuk wanita yang prihatin tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka.
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih digabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara gaya, budaya dan tabiat hidup ke arah sihat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca seperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Gula dan karbohidrat berlebihan. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan-makanan tersebut dan juga makanan-makanan segera/junk food serta minuman manis dan bergas.
Pilih sumber makanan yang mentah dan segar dan perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Pilih sumber makanan yang mentah dan segar dan perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan (over cooking khususnya sayur-sayur kerna menyebabkan zatnya hilang)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Ini sunnah Nabi kita. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang-ulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protein) dan sayur-sayur jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break), sebaiknya ganti dengan kekacang seperti badam, kacang tanah, gajus atau walnut berserta kismis atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, sunflower, labu adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
Waktu selingan (tea dan coffee break), sebaiknya ganti dengan kekacang seperti badam, kacang tanah, gajus atau walnut berserta kismis atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, sunflower, labu adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah-buahan segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum jus cranberry, lemon, limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan memakan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai-bagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakkan wanita capai menopous atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Banyakkan sayur-sayur, bijirin dan kekacang seperti soya yang mengandungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopous sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh seperti berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau di rumah; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer.
Duduk di kerursi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopous. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam kitaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan. http://www.jabalnur.net/376648669
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baikpulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Supplements. Makanan-makanan tambahan yang mengandungi berbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds (mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”
Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Cadangan Supplemen Yang TERBAIK untuk Wanita
- Keperluan Harian: Vita-lea + B-Complex + SR Vita-C + OmegaGuard + ESP
- Masalah kulit, jerawat, berminyak, kusam, jeragat dll: Vivix/ESP/B-Complex/SR Vita-C/Vita-E/GLA Complex
- Masalah Resdung:
- Masalah Haid dan Hormon: Vivix atau GLA Complex
- Masalah Tekanan/Migrain/Sakit Kepala: B-Complex/OsteMatrix
- Masalah Keputihan: Alfalfa Complex + Garlic Complex
- Masalah Kesuburan: Vivix
- Masalah Endometriosis, Cyst, Fibroid: Vivix + GLA Complex
Nutrisi Untuk Si Ibu
- Ibu Hamil: Vita-lea + B-Complex + SR Vita-C + OsteMatrix + OmegaGuard + ESP
- Ibu Berpantang: Vivix/Vita-lea + B-Complex + SR Vita-C + OsteMatrix + OmegaGuard + ESP
- Ibu Menyusu: Vita-lea + B-Complex + SR Vita-C + OsteMatrix + OmegaGuard + ESP + Alfalfa Complex
- Rawatan Bengkak Susu: Lecithin
Nutrisi Untuk Warga Emas
- Keperluan Harian: Vita-lea + B-Complex + SR Vita-C + OmegaGuard + ESP
- Cegah Osteoporosis: OsteMatrix
- Menghadapi Menopous: GLA Complex
- Antioksidan dan Anti Penuaan: Vivix
Testimoni Wanita-wanita Yang Mengamalkan SHAKLEE
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Email: lovemama2707@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Instagram: Welcome Motherhood
Comments
Post a Comment