Skip to main content

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

 

Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu.

Antara tujuan berpantang selepas bersalin:
  • Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak.
  • Memberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya.
  • Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin.
  • Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat.
  • Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang.
Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan.
Namun begitu ada sesetengah wanita memandang remeh akan proses berpantang ini. Ada setengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambil jamu atau vitamin atau ubat hospital selepas bersalin,. Ada juga yang tak nak berurut atau bertungku atau berbengkung. mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka.

Ada yang tak boleh dinasihat atau ditegur, alasannya bila tua nanti semua orang akan sakit. Ada yang beranggapan badan mereka sihat saja.

Paling menyedihkan dan biasa terjadi apabila ibu-ibu berpantang ni belum cukup 44 hari sudah mula menjejakkan kaki ke shopping mall, langsung tidak memikirkan kesan buruk pada masa akan datang

Kesan Buruk Akibat Tidak Berpantang

RAHIM JATUH/PROLAPSE
Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah & kadangkala terkeluar dari aluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament & otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan & kelahiran, justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj 
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat:
  1. Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
  2. Peringkat kedua dimana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj.
  3. Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran & permukaan faraj,keadaan ini yang biasa di gelar 'TOMBONG'.
 
GANGGUAN KENCING
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
  • Kerap kencing
  • Sakit ketika nak kencing
  • Kencing yang tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini dipanggil Stress Incontincence
 



Keadaan ini menyusahkan & mengaggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.
 
GANGGUAN HUBUNGAN KELAMIN
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil pelvic floor muscle, maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu.
Ini menyebabkan kepuasan & kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.
Ramai wanita serta suami mengadu tentang kurang nikmat & tidak puas ketika melakukan hubungan seks,terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi di antaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot di sekeliling faraj.
 
SAKIT PINGGANG DAN TIDAK SELESA DI BAHAGIAN SULIT WANITA
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa di bahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat di bahagian pinggang juga akan tertarik menyebabkan ramai wanita mengadu sakit pinggang.
 
GANGGUAN KESIHATAN
Dalam kes proplapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar,sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam & menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman & menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.
Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.
 
Oleh sebab itu, jangan ambil mudah tentang berpantang, Jangan tinggalkan amalan-amalan yang WAJIB dilakukan ketika berpantang
 
SUMBER: Lieyna Lina
 
 
Pengalaman Berpantang dengan SHAKLEE
  • Set Berpantang Shaklee
Ada sesetengah wanita mengelat untuk amalkan jamu ketika berpantang kerana disebabkan oleh faktor jamu itu yang menyebabkan kesan panas dan juga disebabkan oleh jaundice pada bayi. Alternatif lain set berpantang tanpa jamu ialah dengan mengamalkan set berpantang Shaklee.

Kandungan set hamil Shaklee
  • Vitalea: multivitamin, baik utk mereka yg ada masalah HB rendah atau anemia
  • B-Complex: menukarkan mknn kpd tenaga serta membekalkan asid folik utk pertumbuhan bayi
  • SR Vita-C: untuk memperkuatkan sistem imun, baik utk kulit.
  • OsteMatrix: membekalkan kalsium kpd ibu. Mengelakkan cramp, kejang, tarik mengkarung.
  • ESP: membekalkan protein utk ibu.
  • OmegaGuard: membekalkan DHA untuk perkembangan minda bayi
***Tambahan
  • Alfalfa: sbg perapat, merawat keputihan dan membantu dalam penyusuan susu ibu.

Ianya berbeza seperti tidak memberikan kesan ke atas ibu dan bayi malah boleh diambil terus sejurus selepas bersalin. Pengambilan vitamin ini juga disarankan oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat untuk diambil selepas bersalin hingga ke akhir hayat


  • Berpantang Dengan Vivix 
Vivix merupakan produk premium Shaklee. Ia merupakan supplemen anti-oksidan yang kaya dengan reservatrol dan polifenol. Kelebihan Vivix Shaklee membantu ibu berpantang kerana ia:
  • Memulihkan sel-sel yang rosak
  • Mengembalikan tenaga pada sel
  • Memelihara sel yang masih sihat. 
 

BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?


Cara 1 - Anda boleh terus klik  BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng