Skip to main content

CHIA SEED - Tumbuhan Yang Berkhasiat

Hari ni nak cerita tentang Chia seed. Ala yang tengah viral sekarang. Yang nak berdiet, yang nak turunkan berat badan dan nak sihat pun makan chia seed.

image
 
Apa itu chia seed? Chia seed adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan nutrien seperti omega 3, antioksidan, vitamin, mineral dan fiber.
Hanya 10 gm sahaja anggaran Chia seed yang diperlukan dalam diet harian kita. 10 gm tu ibarat satu sudu besar. Walaupun 1 sudu tapi banyak kelebihan/manfaat chia seed ni.

image

KELEBIHAN CHIA SEEDS.
1) Melawan Diabetes.
Chia Seed telah dikaji sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang berpotensi untuk pesakit diabetes tahap 2 kerana keupayaannya  memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia terbentuk apabila terdedah kepada cecair-boleh juga mengurangkan gula dalam darah.

2) Serat yang banyak.
Hanya 28 gram atau satu auns hidangan chia seed mempunyai 11 gram serat pemakanan – kira-kira satu pertiga daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk orang dewasa. Menambah beberapa chia seed dalam menu diet anda adalah satu cara yang mudah bagi memastikan anda mendapat jumlah fibre yang baik. Dimana ia penting untuk sistem penghadaman.

3) Kekuatan Gusi dan Tulang.
Satu hidangan biji chia seed mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk kalsium, yang berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan tulang, gigi, dan mencegah osteoporosis.

4) Penuh Dengan Protein.
Biji Chia juga adalah salah satu sumber protein buat vegetarian dan ianya  tidak mempunyai kolesterol. Satu 28gram hidangan biji Chia Seed mempunyai 4.4 gram protein.

5) Menstabilkan Gula dalam Darah.
Chia Seed juga berkesan dalam menstabilkan gula dalam darah disamping melawan rintangan insulin yang terikat dalam peningkatan lemak perut (belly fat). Rintangan jenis ini amat berbahaya untuk kesihatan kita secara keseluruhan.

6) Mudah Kenyang.
Tryptophan merupakan sejenis asid amino yang ditemui dalam ayam belanda. Ia juga ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan memberi kesan mengantuk selepas makan (Cthnya Jamuan Hari Raya) namun ia juga berpotensi membantu mengawal selera makan (mudah kenyang), tidur yang selesa dan membantu meningkatkan mood anda sehari-harian.

7) Meningkatkan Kesihatan Jantung.
Kajian Klinik Cleveland menyatakan bahawa biji chia seed telah terbukti dalam peningkatan tekanan darah untuk pesakit kencing manis. Ia juga boleh meningkatkan kolesterol sihat pada masa yang sama mengurangkan jumlah LDL, kolesterol dan trigliserida.

8) -Penuh dengan Omega-3.
Biji Chia adalah penuh dengan asid lemak omega-3, dengan hampir lima gram dalam hidangan satu auns. Lemak adalah penting untuk kesihatan otak.

*Sangat2 lah baik diamalkan ketika bulan puasa sebab chia seeds mengenyangkan. Paling penting kena minum air secukupnya ya, sebab chia seeds juga sifat nya menyerap air, jadi minum air secukupnya ya.

.
image

Pada yang masih tercari2 stok chia seed boleh order dengan saya.
RM55 untuk 500 gram (tidak termasuk pos)

💗 Mas
💗 013-5202707
💗 www.wasap.my/60135202707
💗 Email: lovemama2707@gmail.com
💗 FB: Normasliha Ismail
💗 Page: Love Mama Store
💗 Delivery: Kepong, Selayang & Batu Caves

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Al-Fatihah

RAHSIA AL-FATIHAH​ 1. Al fatihah - ​Seringkali di baca untuk arwah.​ 2. Al fatihah - ​Tanpa membacanya solat kita tidak sah​ 3. Al fatihah - ​Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.​ 4. Al fatihah - ​Jika merindui seseorang, maka bacalah.​ 5. Al fatihah - ​Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.​ 6. Al fatihah - ​Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.​ 7. Al fatihah - ​Terjemahannya indah, hafalnya mudah.​ 8. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.​ 9. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.​ 10. Al fatihah - ​Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.​ ​ FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH​ Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa...

TIBI: Simptom dan Tips Merawat Dengan Cepat

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit. Tanda Penyakit Tibi 1. Batuk berlarutan lebih dua minggu 2. Kahak mengandungi darah 3. Mudah letih 4. Hilang selera makan dan susut berat badan 5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang 6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam TESTIMONI VIVIX. Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix Puan Salasiah mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss b...

Update Terkini Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk makluman semua yang membaca fan mengikuti blog saya, saya masih lagi aktif berbloging sehingga hari ni. Tapi terpaksa bertukar dari blogger ke Wordpress disebabkan setiap kali nak update blog ada je masalah. Daripada buang masa ulang2 update so terpaksa la tukar ke Wordpress. Ini link terbaru blog saya Blog wordpress  atau boleh join telegram