Skip to main content

TIPS Mendidik Anak Tak Reti Duduk Diam Menjadi Insan Hebat!



Kita mudah sangat rasa geram dan marah pada kanak-kanak yang tak reti duduk diam, tak kiralah sama ada anak sendiri atau anak orang lain.
“Hishh budak ni terlompat sana, terlompat sini. Baru duduk sekejap dah berlari. Mak dia ni tak tau ajar ke anak duduk diam.” marah kita dalam hati bila ada kanak-kanak yang tak reti duduk diam di tempat awam.

Kalau anak sendiri yang berperangai sedemikian, kita pun akan tegur dan marah mereka supaya duduk diam seketika. Namun ia bagaikan bercakap di angin lalu sebab anak tetap dengan karektornya yang lasak dan aktif. Aduh pening kepala!

Jangan marah atau cepat melabel anak jenis tak reti duduk diam ini sebagai nakal dan tak makan saman tapi fahami dulu karektor mereka dan sebenarnya mengapa mereka tak reti duduk diam. 
Semoga penerangan dari Dr.Taufiq Razif dapat membuka minda ibu ayah dan masyarakt sekeliling terhadap kanak-kanak yang aktif, lasak dan tak tahu duduk diam. Mereka bukan tak boleh berjaya cuma perlukan cara didikan yang betul dan kena dengan caranya, InsyaAllah mereka akan cemerlang dunia dan akhirat. 
APA ITU KECERDESAN KINESTETIK?
 
Kecerdasan kinestetik ataupun biasa disebut Body Smart ni adalah kemahiran dan bakat yang sangat istimewa. Cuma yang sedihnya ramai anak dengan bakat ni disebut sebagai anak nakal dan juga anak yang tak reti duduk diam.Bukan!!!

Anak yang ada kecerdasan kinestetik ni memang belajar dan meneroka dunia melalui pergerakan tubuh dan anggota badan. Anak yang tinggi Kinestethic Intelligence ni disebut dengan Tactile Learners.

Si comel kita yang tak reti duduk diam tu kemungkinan seorang Tactile Learners yang mana mereka perlu melompat, belari, berjoget dan berguling-guling untuk menukarkan informasi dan ilmu tu kepada memori yang tertanam kukuh dalam otak mereka.

SUSAH FOKUS KALAU KENA DUDUK DIAM JE
Ibu bapa dan cikgu pun perlu faham yang seorang anak yang mempunyai kecerdasan Kinestetik yang tinggi ni memang susah nak belajar hanya melalui kuliah,ceramah dan demonstrasi yang mana mereka terpaksa duduk diam je.
Mereka memang tak boleh!
Mereka jadi bosan dan muram!
Jadi kalau nak mereka belajar, kena bagi mereka aktiviti yang membuatkan mereka bergerak.

Banyak ciri-ciri anak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi ni antaranya mereka suka aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berenang, naik basikal, melempar bola, tangkap bola dan berlari.
Mereka jenis yang sensitif dengan persekitaran mereka, mereka menghargai tekstur benda yang dipegang, mereka tak takut pun tangan mereka kotor dengan debu dan tanah dan juga mereka suka sangat cabaran fizikal bila buat sesuatu.
Nak senang, tengok je anak kita ni jenis camne. Kalau jenis tak reti duduk diam kalau belajar, suka panjat-panjat kerusi, suka berlari sana sini, suka naik dan panjat tangga dan suka menari tu ada kemungkinan besar anak kita tu jenis yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi la tu.
Jangan main-main dengan anak yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi ni. Kalau digilap dengan cermat suatu hari nanti mereka berpotensi untuk menjadi seorang atlet sukan yang tangkas hingga la kepada pekerja yang cekap dan mahir.
Jangan pandang rendah pada bakat dan kecerdasan terpendam anak kita ye.

Sumber: taufiqrazif.com









Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Al-Fatihah

RAHSIA AL-FATIHAH​ 1. Al fatihah - ​Seringkali di baca untuk arwah.​ 2. Al fatihah - ​Tanpa membacanya solat kita tidak sah​ 3. Al fatihah - ​Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.​ 4. Al fatihah - ​Jika merindui seseorang, maka bacalah.​ 5. Al fatihah - ​Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.​ 6. Al fatihah - ​Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.​ 7. Al fatihah - ​Terjemahannya indah, hafalnya mudah.​ 8. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.​ 9. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.​ 10. Al fatihah - ​Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.​ ​ FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH​ Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa...

TIBI: Simptom dan Tips Merawat Dengan Cepat

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit. Tanda Penyakit Tibi 1. Batuk berlarutan lebih dua minggu 2. Kahak mengandungi darah 3. Mudah letih 4. Hilang selera makan dan susut berat badan 5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang 6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam TESTIMONI VIVIX. Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix Puan Salasiah mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss b...

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? L...