Skip to main content

Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Dengan Bayi Prolonged Jaundice


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya nak berkongsi pengalaman bersalin dan berpantang pertama kali apabila baby disahkan mengalami prolonged jaundice.

Tanda-tanda Bersalin
Tanda-tanda bersalin saya kali ini agak berbeza berbanding dengan dua anak sebelum ini. Kalau anak yang pertama dan kedua tanda bersalinnya pecah ketuban tapi yang ketiga ni plak dapat merasa sakit kontraksi dulu. Tapi timing pergi hospital tetap sama untuk ketiga-tiga anak saya, memang akan gerak ke hospital selepas subuh atau dalam kul 6am lebih.

Sebelum ke hospital sempat juga minum ESP Shaklee campur dengan Sawanah Cocoa since  minit-minit akhir ni nak bersarapan pun dah xde selera dah. Namun memikirkan perlu tenaga untuk bersalin karang, pengganti sarapan dan pembekal tenaga berpanjangan semestinya ESP Shaklee.

Baby is coming...soon...very soon
Hampir kul 8am sakit kontraksi makin lama makin kerap, rasa nak buang air kecil, rasa nak meneran pun ada. Saya mengadu pada nurse. Nurse check bukaan pastu jerit pada nurse lain "patient ni dah fully" dah ready untuk bersalin agaknya. Bergegas nurse tolak saya ke Labour Room (LR). Time nak pindah ke Katil di LR tu rasa nak meneran tu semakin kuat. Tak sempat nurse nak ajar posisi untuk meneran, saya dah terteran bayi keluar.



Alhamdulillah...bertempat di Hospital Selayang, bayi perempuan seberat 2.96kg dilahirkan secara normal dengan 1st tear degree pada pukul 8:05am, OMG!!! xsampai 5 minit kat LR, encik suami pun tak sempat pun nak teman ketika proses nak bersalin kali ni. Syukur sangat-sangat urusan bersalin dipermudahkan dan dipercepatkan. Perkenalkan anak ketiga saya Nur Dhia Imani.

Nur Dhia Imani
Jaundice & Darah Tinggi
Bersalin kali ni 2 malam tidur kat hospital sebab doktor cakap baby ada kuning/jaundice.Tambahan saya sendiri berdarah O+ so baby memang senang dapat jaundice. Malam yang kedua tu baby kena tidur bawah lampu ungu supaya paras kuning tu menurun. Kesian juga kat baby ni sebab cahaya lampu tu panas sampai muncul ruam kat badan baby.

Baby diuji dengan jaundice, saya pula lepass bersalin aritu tiba-tiba tekanan darah jadi tinggi. Doktor dan nurse pun pelik sebab rekod buku pink saya bacaan tekanan darah okay, takde darah tinggi takde kencing manis. Kena amik ubat darah tinggi dan monitor BP.
  
 
Ulang-alik KK Selayang Baru & Hospital Selayang
Bermulalah episod ulang alik amik darah baby untuk cek jaundice kat KK Selayang Baru (isnin-sabtu) dan hospital Selayang (Ahad). Setiap kali jumpa doktor untuk cek jaundice, doktor akan cakap JANGAN makan jamu, air akar herba atau benda-benda panas seperti lada hitam, halia dll. 

Nasib baik saya dah ready siap-siap set berpantang Shaklee. Sebenarnya set ni pun set hamil Shaklee tapi yang best boleh diteruskan pengambilan nya semasa berpantang dan menyusu. Doktor dan nurse pun bagi takde halangan saya nak ambil set berpantang Shaklee. Lagi mengujakan bila bidan yang datang mengurut saya pun suggest banyakkan amik Vita-C Shaklee bagus katanya untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh.
Baca selanjutnya di sini: http://mommymas.blogspot.my/2017/10/apa-yang-perlu-dilakukan-bakal-ibu.html.

Set berpantang Shaklee satu-satunya set berpantang yang SELAMAT dan boleh diambil terus oleh ibu selepas bersalin walaupun baby ada jaundice. Kalau jamu kena stop dulu, lepas baby dah sembuh jaundice baru boleh ambil.

Cek jaundice kat KK x makan masa sangat, result pun dapat cepat. Tapi bila cek jaundice kat hospital..masha Allah..3 jam lebih nak tunggu result jaundice. Pergi hospital awal pagi kul 7am tengah hari baru selesai. Selagi bacaan jaundice lebih daripada 100 selagi tu kena cek darah cuma xperlu hari-hari sehingga lah hari ke-14 bayi lahir.

Prolonged Jaundice
Pada hari ke-14 cek darah, result masih menunjukkan baby masih ada jaundice walapun bacaan jaundice menurun dari paras 308 ke 180. Tapi ada peningkatan untuk berat baby. So doktor classify baby saya ni kategori "Prolonged Jaundice". Selepas hari ke-14 doktor di KK akan rujuk baby ke hospital untuk menjalani ujian darah dan ujian air kencing/urin
  •   Ujian darah dilakukan untuk melihat samada ada jangkitan kuman @ virus di dalam darah, sekiranya ada masalah G6PD, masalah-masalah yang berkaitan dengan hati seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyst & masalah kelenjar thyroid.
  • Ujian air kencing pula untuk melihat sekiranya ada jangkitan kuman di dalam air kencing.
Untuk ujian darah, prosedur ambil darah dibuat di bahagian tangan. Untuk ujian air kencing / urine pula terdapat 2 kaedah yang disyorkan oleh doktor:
  1. Mead stream urine: Ibu bapa menadah sendiri urine di dalam botol yang telah disteril. Botol disediakan oleh pihak hospital. Urin yang mula-mula keluar tidak dikehendaki, sebaliknya ibu perlu menadah urine yang di pertengahan kencing. Cara ni agak susah sebab bayi saya kencing sambil berak menyebabkan urin itu tercemar. Disebabkan itu doktor sendiri yang akan mengambil urin bayi dengan keadah kedua. 
  2. Cateter urine: Doktor memasukkan tiub ke dalam salur kencing bayi bagi mendapatkan urin. Proses ini agak meyakitkan. Dijalankan oleh doktor secara tertutup dalam bilik makmal, boleh dengar baby menangis.

Seminggu kemudian baru kedua-dua result tersebut diperolehi. Alhamdulillah semuanya ok. Berat baby pun semakin bertambah. Doktor cuma suruh saya teruskan penyusuaan susu ibu seperti biasa.  Semakin kerap menyusu, semakin kerap bayi buang air besar kerana susu ibu mudah dihadam oleh perut bayi.
Kalau baby tidur pun kena kejut juga bangun menyusu, jangan biarkan. Macam saya automatik breast bengkak setiap 3 jam. Kejut juga baby bangun tapi bila buat macam-macam pun xnak bangun kena la pam kalau tak nak bengkak susu. Kalau dibiarkan nanti lama-lama susu pun kering. Konsep pertama untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah "demand and supply".

Imunisasi & Pemeriksaan Di Klinik.
Genap sebulan baby kena jalani imunisasi untuk Dos ke-2 Hepatitis B. Selain itu berat, panjang dan lilitan kepala baby akan direkod. Maklumat kesihatan ibu selepas pantang juga direkod.



 Rekod berat bayi:
Berat semasa dilahirkan: 2.96kg
Berat selepas 30 hari: 4.1kg
Naik: 1.14kg
Jaundice: NIL...yes!!!
Alhamdulillah..semuanya sihat walafiat. Cuma baby menangis agak kuat jugalah bila paha bambam dia kena cucuk hari tu. Ibu pun tak sanggup nak tengok bila baby kena cucuk.


Rekod berat ibu:
Berat sebelum bersalin: 76kg
Berat selepas 30 hari bersalin: 61.6kg
Turun: 14.4kg
Tapi saya teruja sangat dengan berat terkini saya. Lagi ringan berbanding sebelum mengandung iaitu 64kg..WOW!

Walaupun pertama kali berpantang tanpa jamu hanya 100% dengan set berpantang Shaklee disebabkan baby prolonged jaundice, saya mampu menurunkan berat badan. Tambahan pula saya asyik ulang alik ke KK/hospital ala-ala macam tak pantang. Percaya tak kalau saya katakan saya berjaya menurunkan berat badan 10.1kg hanya selepas 7 hari bersalin iaitu dari 76kg ke 65.9kg.

Walaubagaimanapun result urin saya tak memuaskan sebab cara pengambilan urin yang salah iaitu perlukan urin pada pertengahan kencing tapi urin pulak terlalu sedikit. Kena repeat urin test pada hari ke-44 pantang pula.

Kelebihan Set Berpantang Shaklee
Apa yang saya kongsikan ini ialah apa yang saya rasakan sendiri sepanjang berpantang dengan Shaklee.
  • Boleh diambil oleh ibu-ibu bersalin walapun bayi jaundice.
  • Rasa lebih bertenaga walaupun rutin berpantang kali ni agak memenatkan (ulang alik KK/hospital).
  • Emosi lebih stabil. Dapat elak meroyan ketika dalam pantang.
  • Luka bersalin cepat sembuh.
  • Susu badan lebih meriah. Alhamdullilah cukup untuk baby dan dapat fully breastfeed
  • Bayi cepat kenyang dan tidur lebiih lena.
  • Melawaskan, senang nak buang air besar. Tak perlu meneran dalam toilet.
  • Melengkapkan nutrisi untuk ibu-ibu berpantang. Time pantangkan banyak benda tak boleh makan.
  • Membantu menurunkan berat badan tanpa menggangu penyusuan susu ibu.

Yang tercari-cari set berpantang, memang saya rekomen sangat set berpantang Shaklee. Tiada istilah membazir sebab selepas habis tempoh berpantang pun anda- anda boleh teruskan ambil set ini seperti biasa.
Bersama set berpantang kesayangan.
Yang bersalin czer nak luka czer cepat sembuh kena try Vivix, baca selanjutnya: http://mommymas.blogspot.my/2017/05/bekas-luka-czer-gatal-gatal-lambat.html
 
My bambam girl dengan Vivix
   
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya.

Puan Normasliha Ismail
Email: lovemama2707@gmail.com
Call/SMS: 013-520 2707
WhatsApp: www.wasap.my/60135202707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Love Mama Store

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem