Skip to main content

MUKA ROSAK - BAHANA Akibat Memakai PRODUK TERLARANG

Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman.

Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini?

"Maaflah doktor, saya malu sebenarnya." ujarnya lemah. Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai.

Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya. Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat.

"Produk apa, yang cik pakai?" soalku spontan. Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini.

"********", jawabnya ringkas. Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan media terbaru dari Datuk Ketua Pengarah Kesihatan.

Aku mengeluarkan telefonku dan aku membuka website KPK. Aku tunjukkan kepadanya gambar produk berkenaan.

https://kpkesihatan.com/2017/04/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-april-2017-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/

"Yang ini ke, cik?"
"Ya, kedua-duanya!" 

Aku bertanya lebih lanjut beberapa soalan kepadanya. Sudah berapa lama guna. Di mana dia membelinya. 

"Dah dekat dua minggu guna. Beli di pasar malam."

"Saya ada jumpa penjual tersebut semalam. Penjual tu kata muka saya jadi begini kerana badan mengeluarkan toksik sebab sebelum ini banyak pakai pencuci muka yang ada bahan kimia."

"Healing crisis?" aku bertanya.

"Ya, betul doktor, itu yang dia bagitahu. Betul ke?"

"Cik, ini bukan healing crisis. Tidak ada apa yang disebutkan sebagai healing crisis. Sebaliknya ini adalah kesan penggunaan bahan terlarang didalam produk tersebut." aku menjelaskan.

Tampak hiba di wajahnya.

"Cik, sudah berkahwin?" aku bertanya lagi. Beliau tersenyum-senyum sengih. Mungkin ingat aku cuba mengoratnya. Lantas menggelengkan kepala.

"Maaflah kerana bertanya. Maksudnya cik bukannya pregnant atau sedang cuba pregnant lah kan?" aku sengaja bertanya lagi. Kerana aku perlukan kepastian.

"Eh mestilah tak. Kenapa, doktor?" gadis itu pun cuba mendapatkan penjelasan.

"Bukan apa, cik. Kerana dalam salah satu produk tersebut, pihak KKM mengesahkan ada bahan bernama tretinoin."

Bundar mata beliau mendengar aku menyebut nama bahan kimia tersebut.

"Tretinoin, adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi, ianya sangat kuat. Kuat dari segi kata, kesan sampingannya.

Kesan sampingan yang saya maksudkan, adalah jika seseorang itu mengandung sama ada sedar atau tidak, khususnya pada trimester pertama, janin beliau berisiko untuk mengalami kecacatan!"

Wajah gadis tersebut berubah pucat.

"Kesan tretinoin yang cukup kuat ini, menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit. Saya sendiri tidak dibenarkan memberi ubat ini kepada pesakit, kerana saya bukan pakar kulit. 

Dan pakar kulit sendiri pun, apabila beliau mahu memulakan rawatan dengan ubat ini, pesakit perlu menandatangi persetujuan (consent) bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan. Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegahan kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini!"

Gadis tersebut menunduk. Terdengar perlahan dia menyebut..

"Astaghfirullah....

Sebenarnya doktor...kakak saya pun ada menggunakan produk ini juga. Tapi dia tidak mengalami masalah kulit seperti yang berlaku kepada saya. Kakak saya tersebut, sedang mengandung anak sulung, baru dua bulan!"

Aku menarik nafas panjang.

"Saya sarankan cik nasihatkan kakak cik untuk berhenti menggunakan produk ini, dan maklumkan perkara tersebut kepada doktor klinik tempat beliau check up. Dikhuatiri beliau perlu menjalani scan yang terperinci (detailed scan) untuk mengenalpasti adakah ada masalah pada janin beliau."

Mata gadis tersebut bergenang.

"Kenapa produk dengan bahan berbahaya sebegini dijual di pasar-pasar malam, doktor..." tanyanya. Aku pula yang serba salah. Namun aku menjawab dengan tuntas,

"Kerana ada orang yang membelinya."

Lantas gadis tersebut diam. Sentap, agaknya.

"Awak, taknak ambil apa-apa tindakan ke kepada syarikat produk ini? Bukti sudah ada." aku cuba menghasutnya.

Beliau hanya mendiamkan diri seketika, sebelum berkata - "Tak apalah, doktor, benda dah jadi, saya taknak tutup periuk nasi orang."

Maka aku pun menjawab dengan senyuman,

"Kes sebegini, kalau jadi di hospital-hospital kerajaan, berduyun-duyunlah orang akan memarahi doktor dan hospital. Viral di media sosial, katanya doktor cuai memberikan ubat. Silap haribulan kena saman berjuta-juta. Tapi yelah. Itu kalau berlaku di hospital kerajaan."

Sengaja aku cuba "membakar" beliau. 

Tapi sejujurnya, memang aku sudah bosan dengan produk-produk sebegini yang melambak di pasaran. Produk-produk yang mengandungi bahan terkawal dan berbahaya, namun dijual secara berleluasa. Dengan testimoni-testimoni yang indah-indah, "babi pun boleh terbang". Kanser pun boleh sembuh. Kencing Manis pun jadi tawar. 

Padahal mengandungi bahan seperti steroid, yang penggunaan secara kronik dan tidak terkawal dosnya menyebabkan kerosakan buah pinggang. Akhirnya datang ke hospital juga, dan kami juga yang perlu merawat pesakit-pesakit yang menjadi mangsa kepada kapitalis tidak beretika seperti ini.

Aku menghabiskan sesi pada petang ini dengan menerangkan rawatan yang aku berikan kepada gadis tersebut. Aku meminta izin untuk mengambil gambar mukanya untuk tujuan laporan advers dan aku berjanji akan melindungi identitinya. 


Gambar yang dipaparkan ini, bukan gambar gadis tersebut. Ianya hasil dari carian google, namun inilah yang berlaku pada wajah gadis itu.

Dan aku harap masyarakat lebih bijak mengetahui bahawa nombor notifikasi, bukanlah nombor kelulusan.

Dan sijil paten harta intelek, bukanlah sijil "KKM Approval".

Dr. Mohd Syamirulah Rahim
11 April 2017

 
Tolonglah saban hari ada je viral tentang produk dengan bahan terlarang. Kesian pada pengguna. hajat nak tampil cantik tapi jadi sebaliknya. 

Pengguna pleaselah BIJAK...jangan sebab nak murah semata-mata..awak main beli je. Pengeluar tolonglah berniaga dengan IKHLAS. Jangan kerana nak untung semata-mata, produk yang dihasilkan tu produk yang membahayakan. 

Penjual kalau dah tahu produk awak tu berisiko atau produk yang tersenarai sebagai produk yang ada bahan terlarang..seboleh-bolehnya hentikanlah menjual. Jujur dengan customer awak.
 

Kecewa! Malu! Sedih! Rasa Rendah Diri! Macam mana nak dapatkan semula wajah yang bersih tanpa cela?

Untuk mangsa-mangsa akibat produk yang mengandungi bahan terlarang disarankan merawat kulit anda dari dalaman. Ini kerana bahan-bahan kimia ini sudah terbenam dalam kulit anda. Shaklee mempunyai rangkaian supplement yang membantu MERAWAT kulit yang rosak dan bermasalah antaranya VIVIX, ESP, Collagen Powder, Vita-C dan Vita-E.

Shaklee juga mempunyai rangkaian skincare khusus untuk kulit Asia. Iaitu NUTRIWHITE dan ENFUSELLE

Jangan khuatir, jaminan saya Shaklee adalah produk 100% semulajadi, selamat dan berkesan.
Setiap produk dihasilkan melalui kajian dan dibuktikan kebersanannya.

Untuk mengetahui produk yang bersesuaian boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA

www.wasap.my/60135202707


Impian untuk memiliki kulit yang bersih tanpa cela tercapai juga akhirnya. Yes!




 
 
 
 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY SHAKLEE ONLINE dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
 
Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
 
Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng