TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.
Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar. Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyat Malaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.
Apa itu darah tinggi (hipertensi)?
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap
pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap
tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.
Contoh: Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang
melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering
berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi,
doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi
menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Darah tinggi boleh diklasifikasikan mengikut tahap tekanan darah (mm Hg) seperti berikut:
KATEGORI Sistolik Diastolik
Optimum - <120<80
Normal - 120-129 80-84
Normal Tinggi - 130-139 - 85-89
Hipertensi Gred 1 (Ringan) - 140-159 - 90-99
Hipertensi Gred 2 (Sederhana) - 160-179 - 100-109
Hipertensi Gred 3 (Teruk) - >/180 - >/110
Hipertensi Sistolik Terpencil - >/140 - <90
Darah tinggi boleh dibezakan di antara sistolik dan diastolik. Biasanya hipertensi sistolik dihadapi oleh pesakit yang berumur 60 tahun ke atas di mana tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik kurang daripada 90 mm Hg.
Sebaliknya pula, pesakit yang lebih muda mengalami tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik juga melebihi 90 mm Hg.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.
Ia dipanggil tekanan sistolik.
Nombor bawah
(80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia
dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah
adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Penyebab-penyebab tekanan darah tinggi
Penyebab tekanan darah tinggi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Kegemukan
- Paras kolesterol tinggi
- Faktor keturunan & Sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
- Pengambilan garam yang tinggi
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Penyakit buah pinggang
- Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
- Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
- Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy).
- Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
- Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.
Rawatan Darah Tinggi
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman atau aktiviti fizikal
- Pemeriksaan tekanan darah secara berkala oleh doktor
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok
- Pengesanan komplikasi terutamanya :
- Jantung
- Ginjal
- Mata
- Amalkan pengambilan makanan tambahan yang membantu mengawal tekanan darah tinggi iaitu Vivix dan OmegaGuard
TESTIMONI VIVIX dan DARAH TINGGI
Nak tahu lebih details atau berminat untuk membuat pesanan?
💗 Mas
💗 013-5202707
💗 Mas
💗 013-5202707
💗 www.wasap.my/60135202707
💗 Email: lovemama2707@gmail.com
💗 FB: Normasliha Ismail
💗 Page: Love Mama Store
💗 Delivery: Kepong, Selayang & Batu Caves
💗 Email: lovemama2707@gmail.com
💗 FB: Normasliha Ismail
💗 Page: Love Mama Store
💗 Delivery: Kepong, Selayang & Batu Caves
Comments
Post a Comment