Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem

Tips Dari Pakar Sakit Puan untuk WANITA

Wanita adalah insan yang paling istimewa. Wanita dijadikan sebagai penyambung keturunan. Wanita selalunya diklasifikasikan sebagai insan yang lemah namun tubuh wanita itulah yang mengandung, selama 9 bulan, bertarung nyawa saat melahirkan zuriat mereka dan menyusukan anak-anak mereka. Walaupun wanita bukan ketua keluarga, namun peranan wanita dalam institusi kekeluargaan sangatlah besar. Menjaga makan-minum seisi keluarga, memasak, mengemas dan mendidik anak dan banyak lagi tugas mereka. Tak kisah wanita berkerjaya atau surirumah, tugas mereka tak pernah berhenti 24/7 (biasa dengar kan?) Wanita tunjang dalam keluarga. Kalau mereka bahagia...bahagia la seisi keluarga dan sebaliknya. Disebabkan peranan wanita yang besar ini, jadi sangat penting seorang wanita menjaga kesihatan tubuh badannya. Dari seorang isteri yang perlu sentiasa kelihatan menarik di mata suami, kepada seorang ibu yang perlu sentiasa sihat dan bertenaga untuk anak-anaknya. Seorang wanita yang PRIHATIN, buk

Terkena Jangkitan Rahim Akibat Suntikan Perancang Keluarga

Info Tentang Suntikan Perancang Keluarga Suntikan perancang keluarga adalah salah satu kaedah perancang yang digunakan untuk menjarakkan kehamilan. Walaupun suntikan perancang keluarga secara amnya adalah kaedah perancang yang selamat, wanita haruslah sedar terdapat beberapa kesan sampingan apabila menggunakan kaedah ini.   Kesan Sampingan Yang Biasa Akibat Suntikan Perancang Kitaran haid yang tidak menentu Mengalami sakit kepala Rasa berdebar-debar Pening (berpusing) Jerawat Perubahan selera makan, sama ada rasa cepat lapar atau lambat lapar Penambahan berat badan Pertumbuhan berlebihan bulu pada muka dan badan Keguguran rambut Kereputan pada tulang. Kebanyakan wanita boleh menggunakan suntikan ini tanpa masalah. Namun bagi sesetengah wanita tidak dibenarkan mengambil suntikan ini jika;  Mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat diketahui puncanya Mengalami masalah berkaitan dengan fungsi organ hati Mengalami masalah kanser payudara atau baru menjal

Apa Yang Perlu Dilakukan Bakal Ibu Ketika Trimester Ke-3?

Trimester ke-3 merupakan peringkat terakhir atau kemuncak dalam proses kehamilan. Trimester ke-3 bermula dari minggu 28 hingga 40. Bermulanya trimester ke-3 ibu-ibu hamil dinasihatkan melakukan beberapa persediaan atau amalan.. Berikut saya share sikit apa yang saya lakukan di saat kehamilan memasuki trimester ke-3. Pengambilan Minyak Ikan/Omega-3    Berdasarkan pengalaman kehamilan saya sebelum ini apabila masuknya trimester ke-3, doktor yang monitor kandungan saya mula menyarankan saya mengamalkan minyak ikan atau Omega-3, ketika itu doktor tersebut bekalkan saya NeuroGain. Kehamilan saya sebelum ni saya hanya mengamalkan ubat-ubat dari klinik swasta. Tapi untuk kehamilan yang ketiga ini saya mengamalkan 100% vitamin dari Shaklee. Dan semestinya minyak ikan/Omega-3 pilihan saya tentulah OmegaGuard. Tapi OmegaGuard ni sebenarnya boleh je diambil di awal kehamilan sebab ia membantu ibu-ibu hamil mengurangkan risiko komplikasi ketika hamil. Keistimewaan OmegaGuard Shak