Skip to main content

Apa Yang Perlu Dilakukan Bakal Ibu Ketika Trimester Ke-3?


Trimester ke-3 merupakan peringkat terakhir atau kemuncak dalam proses kehamilan. Trimester ke-3 bermula dari minggu 28 hingga 40. Bermulanya trimester ke-3 ibu-ibu hamil dinasihatkan melakukan beberapa persediaan atau amalan.. Berikut saya share sikit apa yang saya lakukan di saat kehamilan memasuki trimester ke-3.

  • Pengambilan Minyak Ikan/Omega-3
  
Berdasarkan pengalaman kehamilan saya sebelum ini apabila masuknya trimester ke-3, doktor yang monitor kandungan saya mula menyarankan saya mengamalkan minyak ikan atau Omega-3, ketika itu doktor tersebut bekalkan saya NeuroGain. Kehamilan saya sebelum ni saya hanya mengamalkan ubat-ubat dari klinik swasta. Tapi untuk kehamilan yang ketiga ini saya mengamalkan 100% vitamin dari Shaklee. Dan semestinya minyak ikan/Omega-3 pilihan saya tentulah OmegaGuard.

Tapi OmegaGuard ni sebenarnya boleh je diambil di awal kehamilan sebab ia membantu ibu-ibu hamil mengurangkan risiko komplikasi ketika hamil.

Keistimewaan OmegaGuard Shaklee

  1. Minyak Ikan Berpekatan Tinggi: OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
  2. Penyulingan Molekul Berganda: Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.
  3. Sahabat Laut: Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.
     
     
Faktor lain OmegaGuard menjadi pilihan saya kerana peratusan kandungan minyak ikannya lebih tinggi dari jenama lain dan harganya lebih murah dari NeuroGain yang dibekalkan oleh doktor klinik swasta sebelum ini.
  • Amalan Meminum Air Kelapa

Air kelapa sememangnya bagus untuk kesihatan. Tapi jangan pulak minum air kelapa ketika di awal kehamilan atau trimester pertama kerana dikhuatiri akan menyebabkan keguguran bayi.

Amalan saya apabila masuk je trimester ke-3 baru saya start minum air kelapa. Petua orang-orang tua minum air kelapa menjadikan kulit bayi bersih selain rambut bayi jadi lebat. Memang dua-dua anak (lelaki dan perempuan) sebelum ni keluar-keluar je rambut hitam lebat. Nampak...lebat kan rambut diorang?


Saya juga ada history bersalin overdue untuk dua-dua anak. Bila overdue, saya mesti minum air kelapa supaya bayi keluar sebelum ibu dia ni kena induce. Alhamdullillah...walaupun overdue tapi bersalin juga sebelum tarikh kena induce. Takut dengar pengalaman ibu-ibu yang bersalin induce, diorang cakap sakit sangat.

  • Persediaan Barang Bayi


Bagi pasangan yang baru kali pertama bakal menimang cahaya mata mungkin sedikit teruja dan tak sabar-sabar nak beli baju dan aksesori bayi. Paling awal persediaan barang bayi boleh dilakukan ialah di saat usia kandungan mencecah 5 bulan kerana pada waktu jantina bayi sudah terbentuk/terlihat apabila melakukan ujian ultrasound.

Tapi bagi saya pulak mungkin sebab ini anak ketiga rasa teruja tu kurang sikit. Barang-barang bayi pun tak banyak yang nak kena beli sebab dah ada barang-barang abang dan kakak dia sebelum ni.

Cuma nak cari balik je dalam storage box baju-baju bayi barut, lampin bayi, pam susu dan lain-lain barang bayi yang dah sedia ada. Tapi dalam masa beli juga sikit pakaian, barut, aksesori baby yang baru termasuk botol susu. Takdelah 100% recycle barang abang & kakak dia...hehe

  • Penyusuan Susu Ibu dan Alatan Menyusu
Ibu-ibu yang merancang untuk menyusukan sendiri bayi memang kena sediakan siap-siap pam susu, botol ebm (susu perahan) atau ziplock milk storage dan beg untuk menyimpan susu (terutama bagi ibu yang berkerjaya)

Ini merupakan koleksi pam susu saya. Ada 3 jenis semuanya
  1. Spectra 3: Pam susu elektrik untuk single/double
  2. Unimom: Pam susu elektrik untuk single/double juga boleh convert kepada manual pump tapi kena beli manual kit.
  3. Avent: Pam susu manual
Semuanya berusia lebih dari 5 tahun. Waktu anak pertama saya guna pam susu spectra. Tapi time anak pertama ni saya tak mampu lagi nak fully breastfeed. Lepas 3 bulan dah campur dengan susu formula faktor kurang pengetahuan ditambah dengan desakan orang sekeliling. Memang time tu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu saya sangat-sangat kurang. So ibu-ibu memang yang nak menyusukan anak kena banyakkan membaca ilmu-ilmu tentang penyusuan susu ibu and be firm, jangan dengar cakap-cakap orang baby x kenyang menyusu badan dll,


 
Untuk anak kedua saya memang dah ready sangat-sangat nak menyusu badan sepenuhnya. Pada waktu pantang saya guna pam susu spectra untuk pam susu dan buat stok susu. Tapi bila dah nak masuk kerja saya, saya beli pam susu unimom sebab saiznya yang kecik, comel dan built in battery means boleh cas siap-siap pastu guna.

Pam susu spectra agak besar, berat dan kena guna plug yang memang sangat limited kat nursing room office.



Dalam masa sama saya beli pam avent yang manual untuk digunakan bila nak kena pam dalam kereta atau bila pergi jalan-jalan atau ikut suami outstation.

Memang puas hati sangat-sangat kali sebab saya berjaya menyusu badan anak kedua saya lebih dari setahun. Siap kena beli freezer untuk simpan stok susu.

 


Untuk coming soon yang ketiga ni saya cuma beli Philips Avent Classic + Newborn Starter Set sebab nak padankan dengan pam susu avent saya. Lagipun time tu ada sale kat Shopee, 1 set ni hanya RM88 (termasuk pos). Harga Retail RM218. Kalau kat seller online lain pun semuanya harga lebih dari RM100.


  • Set Berpantang
Set berpantang atau set bersalin ini paling penting ye. Ini untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, memberikan tenaga ketika berpantang dan membantu ibu-ibu menyusukan bayi.
Ada pelbagai jenis set berpantang di pasaran sama ada dari jenis jamu, moden, terapi, dalaman atau luaran.

Dalaman
Untuk dalaman saya memilih set berpantang Shaklee, sebabnya kandungan set berpantang Shaklee sama saja dengan set hamil Shaklee yang saya tengah amalkan sekarang cuma ada tambahan alfalfa sebagai milkbooster untuk breastfeed. Boleh refer sini: Perihal Penyusuan Susu Ibu
Untung...supplemen time hamil boleh terus je makan sampai lepas bersalin. Jimatkan?

 
Untuk ibu-ibu yang mnegalami masalah bengkak susu, tambahkan Lecithin dalam set berpantang Shaklee. Lecithin berfungsi sebagai emulsifier untuk memecahkan lemak dan dalam masa melancarkan saluran susu dan membantu mengatasi masalah bengkak susu.
 
 
Luaran
Set bersalin SariAyu ini menjadi pilihan untuk rawatan luaran sebab semuanya jenis krim/losyen. Senang nak guna. Memang set ini untuk di bawa ke hospital nanti.
Ada 4 item semuanya:
  1. Param: losyen untuk memulihkan badan,
  2. Tapel: losyen untuk sapuan pada perut
  3. Pilis: krim untuk diletakkan pada dahi
  4. Minyak Telon: minyak sapuan untuk bayi
 
Set bersalin SariAyu ni juga ada FREE bengkung. Bengkung lilit 5 meter. Tapi macam susah nak pakai je. Nasib dah ready bengkung moden. Oh ya..harga set bersalin SariAyu ni hanya RM55..pun beli kat Shopee..hehe
 
 
Set Berpantang Afiat plak hadiah daripada GMIL (Grandma-In-Law). Dia memang suggest amik yang ni. Kata my GMIL set berpantang ni dah lama di pasaran dari zaman dia lagi. Tapi menarik juga set Afiat ni sebab kandungan dia macam lengkap dan harga pun agak menjimatkan RM105 sahaja.

Mandian dia dalam bentuk gel, x renyah, tak perlu rebus/masak atau rendam air panas. Boleh guna terus termasuk feminine wash Afiat. Jamu Afiat plak kena makan 20 hari selepas bersalin. Kira okla saya amik Set Berpantang Shaklee dulu yang jamu Afiat ni makan kemudian.


  • Bengkung
Sekarang ni ada pelbagai jenis bengkung, ada yang jenis ikat zig-zag, zip, ada yang jenis pelekat, ada yang jenis berzip. Senang cerita...semua jenis ada.

Saya ada tanya juga mak bidan yang nak mengurut saya nanti time saya berpantang, bengkung macam mana yang sesuai. Kata mak bidan tu seeloknya bengkung zaman dulu yang zig zag. Tapi bengkung macam tu perlukan bantuan seseorang untuk ikat bengkung dan kebiasaannya digunakan hanya dalam waktu pantang sahaja. Lepas tu dah tak guna dah sebab kalau sorang-sorang memang payah juga nak pakai bengkung zig zag ni.

 
Mak bidan tu nasihatkan saya guna moden 3 in 1 macam kat bawah ni. Katanya bengkung macam ni senang nak pakai sendiri, tak perlu bantuan orang lain. Kalau nak pergi toilet pun senang je nak buka atau pakai balik. Katanya lagi lepas habis berpantang pun boleh pakai macam biasa sebab mudah nak pakai.

Saya pun beli la bengkung ni sebab jumpa kat Shopee harganya tak sampai RM30 pun. Review pengguna lain pun cakap bagus bengkung ni. Eh kaki Shopee juga saya ni..hehe


  • Beg Hospital Untuk Ibu & Bayi

Beg hospital ini penting, nurse kat KK pun dah nasihat suruh prepare siap-siap bila dah masuk 7 bulan kerana ada kes emergency ibu-ibu yang bersalin awal iaitu ketika usia kandungan 7 bulan.

Beg hospital dan buku pink (buku check up) tu kena sentiasa bersama ibu kalau ke mana-mana pun. Boleh rujuk list di bawah untuk barang-barang yang perlu dalam beg hospital ni
.


 
Set berpantang Shaklee ni pulak saya isi dalam bekas bertingkat Shaklee. Senang sikit nak bawa, tak perlu nak angkut semua botol-botol vitamin Shaklee tu. Kalau ikut pengalaman bersalin sebelum-sebelum ni, dua hari je warded kat hospital sebab dua2 kali bersalin normal. So vitamin ni saya isi cukup-cukup 2 hari dengan harapan anak ketiga ini pun bersalin normal juga la.
 
 
Set berpantang Shaklee ni boleh amik terus lepas bersalin. Macam kes saya kena amik OsteMatrix juga sebelum bersalin sebab dua kali pengalaman bersalin kaki jadi kejang yang sakit amat (time tu x kenal Shaklee lagi). 
 
ESP tu boleh juga diambil sebelum bersalin untuk memberikan tenaga kepada si ibu saat melahirkan bayi macam akak ni.
 
 

 
Beg-beg untuk ke hospital ni kena sediakan siap-siap dan letak dalam bonet kereta terus tau. Kalau emergency takdelah kelam-kabut sangat, boleh terus ke hospital.

  • Menu Makanan Berpantang
Memandangkan ini kali pertama berpantang sendiri dengan bantuan MIL (jauh-jauh datang dari Kuala Terengganu). So saya ingat nak prepare siap-siap makanan WAJIB time berpantang iaitu bawang putih crispy, serunding halia dengan lada hitam. Prepare tu maknanya beli siap-siap tau, bukan buat sendiri. Kalau saya buat sendiri rasanya bawang putih saya tu xjadi dah crispy garlic, jadi black garlic kot sebab hangit.



Selain itu kena survey-survey juga menu berpantang, ikan apa yang boleh makan, ikan apa yang bisa untuk ibu berpantang dengan sayur-sayur yang sesuai. Kat FB banyak orang share pasal ni cuma kena rajin cari dan list siap-siap stok barang basah yang perlu dibeli.

  • Doa Untuk Kesejahteraan Bayi & Memudahkan Proses Bersalin
Di penghujung kehamilan ini, ibu-ibu memang kena banyak berdoa, berzikir dan melakukan amalan rohani agar urusan bersalin kelak dipermudahkan dan bayi berada dalam keadaan selamat. Ibu-ibu boleh amalkan doa berikut:





Harap-harap bakal ibu semua dah ada idea apa yang nak kena buat apabila masuk trimester ke 3 nanti. Apa yang saya share ni berdasarkan 2 kali pengalaman saya sendiri sebelum ni dan persediaan untuk menimang cahaya mata ke-3.

Set berpantang Shaklee sesuai untuk yang bersalin czer atau normal. Boleh diambil terus selepas bersalin. Dan yang paling BEST tiada kesan panas seperti jamu. Kalau baby jaundice pun x perlu stop makan. Makan macam biasa je.
Berminat dengan set berpantang Shaklee boleh klik di bawah ye.



 
 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?


Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng