Skip to main content

Terkena Jangkitan Rahim Akibat Suntikan Perancang Keluarga


Info Tentang Suntikan Perancang Keluarga
Suntikan perancang keluarga adalah salah satu kaedah perancang yang digunakan untuk menjarakkan kehamilan.
Walaupun suntikan perancang keluarga secara amnya adalah kaedah perancang yang selamat, wanita haruslah sedar terdapat beberapa kesan sampingan apabila menggunakan kaedah ini.
 
Kesan Sampingan Yang Biasa Akibat Suntikan Perancang
  1. Kitaran haid yang tidak menentu
  2. Mengalami sakit kepala
  3. Rasa berdebar-debar
  4. Pening (berpusing)
  5. Jerawat
  6. Perubahan selera makan, sama ada rasa cepat lapar atau lambat lapar
  7. Penambahan berat badan
  8. Pertumbuhan berlebihan bulu pada muka dan badan
  9. Keguguran rambut
  10. Kereputan pada tulang.
Kebanyakan wanita boleh menggunakan suntikan ini tanpa masalah. Namun bagi sesetengah wanita tidak dibenarkan mengambil suntikan ini jika; 
  1. Mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat diketahui puncanya
  2. Mengalami masalah berkaitan dengan fungsi organ hati
  3. Mengalami masalah kanser payudara atau baru menjalani rawatan kanser payudara
  4. Mengalami masalah darah beku

Salah satu kesan sampingan menggunakan suntikan perancang adalah risiko jangkitan rahim, seperti yang di alami oleh Mey Erlyn.

Mey Erlyn, seorang ibu yang telah berkongsi pengalamannya di Facebook setelah mendapat jangkitan rahim akibat suntikan perancang keluarga.
 

 
Mey Erlin adalah ibu kepada seorang anak yang telah dilahirkan secara pembedahan Caeser pada bulan Mei 2014. Mey selesai rawatan selepas bersalin pada bulan Jun 2014 dan telah memilih untuk menggunakan suntikan perancang keluarga 1 kali sebulan. Pada masa itu Mey masih datang haid dengan lancar setiap bulan.

Selepas itu Mey telah memilih untuk menggunakan suntikan perancang yang lebih kuat. Kali ini bidannya telah mencadangkan suntikan 3 bulan sekali kerana ini adalah kaedah perancang yang sesuai untuk ibu menyusu.

Tetapi yang paling mengejutkan, semasa menggunakan kaedah ini Mey tidak datang haid sehingga anaknya berusia 3 tahun. 

Pada awal bulan Februari 2017, Mey memutuskan untuk hamil lagi dan berhenti menggunakan perancang. Sebulan selepas berhenti menggunakan suntikan perancang, Mey masih tidak datang haid. Mey tidak rasa bimbang pada masa itu kerana ramai yang memberitahunya bahawa selepas berhenti suntikan, wanita akan mengambil masa yang lama untuk datang haid. Dia ingat ini cuma kesan sampingan kecil yang menyebabkan hormonnya tidak stabil.

Pada akhir bulan Ogos 2017 Mey masih tidak datang haid walaupun sudah 8 bulan berhenti menggunakan perancang.Kegelisahan Mey semakin bertambah apabila dia tiba-tiba mengalami keputihan yang sangat banyak.

Dia tidak pernah mengalami masalah ini ketika masih menggunakan suntikan perancang. Tambahan pula, dia juga mengalami kesakitan pada bahagian bawah abdomen selama 3 hari berturut-turut. 

Akhirnya, Mey pergi berjumpa pakar obstetrik pada awal September untuk mengetahui punca kesakitan yang dialami. Hasil pemeriksaan ultrasound menunjukkan terdapat bengkak dan jangkitan pada rahim Mey akibat suntikan perancang keluarga itu. Doktor juga memberitahu Mey perlu menjalani pembedahan D&C (cuci rahim) untuk membersihkan rahimnya. 

Darah haid yang tidak keluar selama 3 tahun telah menyebabkan rahim menjadi bengkak. Jika dibiarkan, Mey akan menghadapi masalah untuk hamil. Apabila mendengar berita ini, Mey berasa terkejut dan sedih.
Pada 4 September lalu, Mey menjalani proses D&C untuk membersihkan rahimnya dari darah kotor yang terkumpul di dalam sehingga menyebabkan keradangan. Semoga Mey segera pulih supaya boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Kami juga berharap keadaan Mey boleh kembali normal dan dia akan mendapatkan bayi yang dia inginkan. 
Biar kisah ini menjadi pengajaran supaya kita tahu risiko dan kesan sampingan menggunakan suntikan perancang keluarga.
 
Mey juga memberi amaran kepada ibu-ibu lain untuk meneliti semua kaedah perancang yang ada serta risiko kesan sampingannya sebelum membuat pilihan.
Sumber: The Asian Parent
  
Cadangan Supplemen Semulajadi Berkaitan Masalah Kesihatan Rahim.

 
VIVIX™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


 
4 MEKANISME VIVIX SHAKLEE 
  1. Membantu melindungi dan membaiki DNA – Kandungan Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA. Setiap hari, sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita. Ia mampu merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan ‘typo’ (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh mengganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis anti-oksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari terus rosak. Pada masa yang sama membetulkan sel-sel yang telah rosak.
  2. Pengawalaturan gen – Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya,Vivix membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.
  3. Biogenesis Mitokondria – Mitokondria sangat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh. Apabila jumlah mitokondria berkurangan, kecekapan sel badan dalam menghasilkan tenaga juga berkurangan. Salah satu kelebihanVivix adalah ia menggalakkan biogenesis (penghasilan baru) bagi memastikan penghasilan tenaga sentiasa mencukupi seperti yang diperlukan oleh sel.
  4. Melambatkan pembentukan protein AGE – Pembentukan dan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang mengganggu kekuatan dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix yang mengandungi 10x ganda resveratoral (kandungan unik dalam Anggur Muscadine) sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE itu tadi.

 
 

 BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?

Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

 
Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Al-Fatihah

RAHSIA AL-FATIHAH​ 1. Al fatihah - ​Seringkali di baca untuk arwah.​ 2. Al fatihah - ​Tanpa membacanya solat kita tidak sah​ 3. Al fatihah - ​Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.​ 4. Al fatihah - ​Jika merindui seseorang, maka bacalah.​ 5. Al fatihah - ​Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.​ 6. Al fatihah - ​Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.​ 7. Al fatihah - ​Terjemahannya indah, hafalnya mudah.​ 8. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.​ 9. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.​ 10. Al fatihah - ​Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.​ ​ FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH​ Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa...

TIBI: Simptom dan Tips Merawat Dengan Cepat

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit. Tanda Penyakit Tibi 1. Batuk berlarutan lebih dua minggu 2. Kahak mengandungi darah 3. Mudah letih 4. Hilang selera makan dan susut berat badan 5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang 6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam TESTIMONI VIVIX. Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix Puan Salasiah mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss b...

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? L...