Skip to main content

SEMBELIT: Punca Dan Cara Elak Sembelit.

 
Tabiat membuang air besar adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang membuang air besar dua kali sehari dan ada juga membuang air besar setiap tiga hari. Ini kerana aktiviti membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan bergantung kepada beberapa faktor.
 
Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.
 
Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
 
Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.
  
Adakah sembelit itu normal?
Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:
  • Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.
  • Pengambilan ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambilan suplemen ini secara berkala boleh menyebabkan usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabkan kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayakan kesihatan.
  • Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.
  • Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.
  • Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.
  • Ada biji/ kulit yang keluar dari pangkal dubur semasa membuang air besar. Tidak semua biji atau kulit itu adalah buasir kerana kanser pangkal dubur juga boleh bersifat sedemikian. Selain itu ‘rectal prolapse’ (usus besar terkeluar dari pangkal dubur) juga boleh menyebabkan sembelit. 
Pertukaran tabiat membuang air besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Jika tabiat membuang air besar selalunya setiap dua hari dan sekarang berubah kepada empat hari sekali atau sekali seminggu dan keadaan itu berterusan selama beberapa minggu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Pengambilan ubat atau makanan tambahan (suplemen) untuk menyelesaikan masalah sembelit tanpa nasihat doktor adalah memudaratkan.
 
Pemeriksaan awal akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sembelit. Ini dapat dikenal pasti melalui sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal pesakit.
 
Beberapa jenis ujian darah akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sembelit. Sesetengah pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani prosedur kolonoskopi (memasukkan kamera ke dalam usus besar melalui dubur).
 
Prosedur ‘anal manometry’ (tekanan anus) untuk melihat ‘pressure’ di dalam dubur dan ‘defecating proctogram’ (x-ray aktiviti membuang air besar) akan disarankan jika pesakit menunjukkan tanda-tanda kelemahan otot pelvis atau ‘obstructive defecating syndrome’.
 
Sumber: Dr Ruhi Fadzlyana (The Malaysian Medical Gazette)
 
Cara Elak Sembelit.
  • Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi serat dan dapat elakkan sembelit. 
  • Minum air secukupnya. Sukatan air yang diperlukan oleh badan ialah 1 liter untuk setiap 25kg.
  • Amalkan pengambilan supplemen Shaklee seperti OsteMatrix atau Herb-Lax (untuk masalah sembelit yg amat serius). Terbukti dapat mengatasi masalah sembelit.
 
 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Cara 1 - Belian sendiri di website Shaklee. Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Pilihan pembayaran sama ada kad kredit/kad debit. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
Cara 2 - Belian terus dengan saya di http://tipsibu.wasap.my untuk mendapatkan konsultasi supplemen yang tepat dan bersesuaian  dengan keperluan anda, tips dan cara pengambilan yang betul. Pilihan pembayaran adalah melalui pemindahan wang (bank transfer)
Cara 3 - Belian sendiri/walk in di cawangan Shaklee yang berdekatan menggunakan ID saya; 886980. Pilihan pembayaran di kaunter ialah cash atau kad kredit/kad debit. Sila hubungi saya http://tipsibu.wasap.my untuk mengetahui lokasi cawangan Shaklee yang berdekatan dengan tempat anda dan langkah-langkah pembelian.
Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Selayang, Batu Caves dan berdekatan. Penghantaran bagi kawasan-kawasan ini adalah PERCUMA. Pengeposan seluruh Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Al-Fatihah

RAHSIA AL-FATIHAH​ 1. Al fatihah - ​Seringkali di baca untuk arwah.​ 2. Al fatihah - ​Tanpa membacanya solat kita tidak sah​ 3. Al fatihah - ​Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.​ 4. Al fatihah - ​Jika merindui seseorang, maka bacalah.​ 5. Al fatihah - ​Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.​ 6. Al fatihah - ​Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.​ 7. Al fatihah - ​Terjemahannya indah, hafalnya mudah.​ 8. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.​ 9. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.​ 10. Al fatihah - ​Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.​ ​ FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH​ Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa...

TIBI: Simptom dan Tips Merawat Dengan Cepat

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit. Tanda Penyakit Tibi 1. Batuk berlarutan lebih dua minggu 2. Kahak mengandungi darah 3. Mudah letih 4. Hilang selera makan dan susut berat badan 5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang 6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam TESTIMONI VIVIX. Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix Puan Salasiah mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss b...

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? L...