Skip to main content

Bye 2018. Rise And Shine 2019


Sedar tak sedar dah seminggu kita di tahun 2019. Apa azam tahun baru ni? Bagaimana dgn azam tahun 2018? Tercapai x? Ke carry forward ke tahun 2019 ni?

Sejujurnya tahun 2018 adalah tahun yang agak sukar bagi ibu. Ada yg manis...ada yg pahit...ada yg xdpt dilupakan. Allah uji kita sebab Allah tahu keupayaan kita. Sabar dgn ujian Allah kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya..😊

Meh nak throwback sikit kenangan yg manis2 spjg 2018. 
Alhamdulillah setelah lama menanti..akhirnya Disember lepas kami berpindah ke kediaman sendiri @ my home sweet home. Bersyukur ada mak yg sgt2 membantu walaupun ini kali ke-2 pindah rumah. Packing pindah rumah amatlah memenatkan. 

2009-2016: 7 tahun di Apartment Saujana Ria, Bandar Sri Damansara. Menyewa umah in laws dari awal kahwin smpi anak 2.
2017-2018: 2 tahun di Taman Selaseh Fasa 2, Batu Caves. Menyewa umah in laws juga. Anak pun bertambah sorg..😁
2019 - ....: di Ehsan Residence, Sepang. Kali ni bawa diri jauh sikit. Semoga hijrah kali ni Allah luaskan rezeki buat kami sekeluarga..Amin.


Aktiviti wajib setiap tahun ialah family trip bersama mak abah dan adik beradik. Kalau tahun lepas kami ke Gold Coast Morib. Kali ni akan ke Penang dan Langkawi. Tp adik lelaki xdpt plak join sbb cuti kena beku hujung2 thn utk standby klw2 ada banjir. 

1. 8 - 10 Dec 2018 - Grand Lexis Suites Penang

2. 26 - 29 Dec 2018 - Langkawi


Penghujung 2018 @ cuti sekolah dimanfaatkan dgn aktiviti jalan2 barsama keluarga. Anak2 pun gembira dpt luangkan masa bermain dgn sepupu mereka. 

Welcome 2019.
Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi. Masih bernafas di tahun 2019.
Rumah baru...tempat baru...sekolah baru...azam baru. Jiran baru je xde lagi sbb rumah baru siap..xramai lagi yg pindah masuk.  

Azam tahun 2019 ni nak maintain sihat dan dalam masa nak turunkan berat badan. Gym dah ada kt bawah. So tiada lagi alasan utk mandom@x aktif...hehe

Selain itu azam ibu nak luaskan lagi bisnes Shaklee. Nak bantu lebih ramai lagi pelajar atau surirumah atau mereka yg makan gaji utk buat bisnes part time yg meningkatkan lagi kesedaran kita tentang makanan kesihatan dan nikmat sihat. 

Kos rawatan untuk penyakit setiap tahun semakin meningkat. Bilangan pesakit plak semakin bertambah. Kalau dulu penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan sakit jantung penyakit org2 tua. Sekarang org muda pun byk dpt penyakit2 tu disebabkan gaya hidup terlalu sibuk, pemakanan x jaga, mkn makanan segera, aktiviti merokok, kurang bersenam dll lagi.

Penting kesedaran ttg kesihatan. Sakit itu mahal. Seeloknya cegah daripada merawat.


Jom buat bisnes Shaklee dengan team #tipsibu offline/online coaching pun disediakan. Bayaran keahlian rm65 je. Xperlu melabur ratus2..ribu2 ringgit utk simpan stok. Janji ada smartphone sbb Shaklee bisnes 100% online. 



Ini plak OFFER hebat untuk Januari 2019


Dapatkan dari ibu skrg👉www.wasap.my/60135202707

Ibu doakan tahun 2019 ni anda semua di kurniakan kesihatan dan rezeki yg melimpah ruah. Dan segala impian anda untuk tahun 2019 ini tercapai.

Masa lalu adalah kenangan…
Masa kini adalah kenyataan… 
Masa depan adalah harapan… 
Selamat tahun baru 2019… 
Selamat tinggal kenangan.. 
Selamat datang harapan… 
Mari wujudkan impian…

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Al-Fatihah

RAHSIA AL-FATIHAH​ 1. Al fatihah - ​Seringkali di baca untuk arwah.​ 2. Al fatihah - ​Tanpa membacanya solat kita tidak sah​ 3. Al fatihah - ​Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.​ 4. Al fatihah - ​Jika merindui seseorang, maka bacalah.​ 5. Al fatihah - ​Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.​ 6. Al fatihah - ​Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.​ 7. Al fatihah - ​Terjemahannya indah, hafalnya mudah.​ 8. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.​ 9. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.​ 10. Al fatihah - ​Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.​ ​ FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH​ Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa...

TIBI: Simptom dan Tips Merawat Dengan Cepat

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit. Tanda Penyakit Tibi 1. Batuk berlarutan lebih dua minggu 2. Kahak mengandungi darah 3. Mudah letih 4. Hilang selera makan dan susut berat badan 5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang 6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam TESTIMONI VIVIX. Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix Puan Salasiah mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss b...

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? L...