Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman. Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini? "Maaflah doktor, saya malu sebenarnya." ujarnya lemah. Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai. Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya. Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat. "Produk apa, yang cik pakai?" soalku spontan. Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini. "********", jawabnya ringkas. Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan m...
Informasi dan tips berkaitan kesihatan, kecantikan, keibubapaan, motivasi dan lain-lain. Surirumah bekerjaya. Pengedar Shaklee Sepang. Peluang untuk menjana income dengan Shaklee. Hubungi 013-5202707