Skip to main content

UMMU SIBYAN: Wanita Yang Suka Datang ke Rumah Pada Waktu Maghrib


Memang siapa yang hendak bertamu ke rumah orang pada waktu maghrib? Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat  Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.

Siapakah wanita itu? Apa yang dia lakukan di dalam rumah kita? Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.

Mungkin ada yang pernah dengar nama *Ummu Sibyan* atau pun tidak sebelum ini, *Ummu Sibyan* ini adalah kaum jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil. Sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

Apa Kerja Jin *Ummu Sibyan?*

Kerja dia tak lain tak bukan adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil. 
Jin *Ummu Sibyan* memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak , *Ummu Sibyan* juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang di ceritakan dalam kisah “jin *Ummu Shibyan* Dengan *Nabi Sulaiman*”, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Sungguh mengerikan bukan? Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin *Ummu Sibyan*, diantaranya adalah.

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu)
2.  Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas hanya setelah Asar  sampai sebelum Subuh

Akibat gangguan di atas akan mengakibatkan hal seperti ini.

1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal dan keras kepala
4. Malas

Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering)

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak

1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.
2) Halau dengan bahasa sendiri seperti _"wahai *Ummu Sibyan* pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku"_, 
InsyaAllah....
*Ummu Sibyan* akan pergi......

#CopyPaste
#SharingIsCaring

Kredit: FB Info Hamil

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem