Skip to main content

Gestational Diabetes Mellitus (GDM): Risiko Kencing Manis Ketika Hamil

Pernah dengar "Gestational Diabetes Mellitus"?
Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau bahasa melayunya ialah kencing manis ketika hamil. Pelik kan time tak hamil tiada sebarang penyakit, tetapi bila hamil tetiba plak ada kencing manis. 


Kencing manis ketika hamil berlaku apabila paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Kencing manis ketika hamil adalah bersifat sementara, ia boleh dikesan di antara minggu ke 24 hingga ke 28 kehamilan dan biasanya ia akan hilang selepas kelahiran bayi.



Perubahan Metabolisma Badan Punca GDM


Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, dimana tugasnya ialah membantu gula dalam darah (glukos) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan.

Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi.

Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin.

Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu.

Bagaimana pula jika persediaan pankreas adalah terhad? Maka penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat setrusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.

Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.



Simptom-simptom GDM
Pada kebiasaannya penyakit ini dapat dikesan melalui ujian air kencing dan ujian darah ketika hamil. Sekiranya anda sudah mempunyai kencing manis daripada sebelum hamil, maka ianya menjadi lebih sukar dikawal semasa hamil.
Sekiranya anda mempunyai simptom – simptom seperti berikut, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera.
  • Sentiasa dahaga
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kuantiti banyak
  • Kerap kencing
  • Keletihan tanpa sebab

 

Bagaimana saya boleh tahu sekiranya saya berkemungkinan menghidap GDM?



Anda berisiko tinggi menghidap diabetes gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • Anda menghidapi diabetes gestasi sebelum ini;
  • Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • Keturunan anda mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana GDM boleh dikesan?

GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula. Pemeriksaan ini digelar OGTT ( Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.
  • Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L)
  • Puasa < 6.0
  • 1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
  • 2 jam selepas mengambil glukosa < 7.0

Risiko GDM

1) Risiko Pada Ibu

  • Mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing)
  • Jangkitan vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
  • Jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
  • 50% boleh menghidap diabetes tahap kedua di kemudian hari

2) Risiko Pada Bayi

  • Bayi mati dalam kandungan
  • Saiz bayi terlalu besar
  • Berisiko untuk hipogliseme (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
  • Bayi kuning (jaundice)
  • Bayi sukar bernafas
  • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan
  • Lebih mudah mendapat obesiti atau kencing manis ketika dewasa.

Bolehkah saya buat sesuatu untuk mengelakkan GDM?


Anda boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes gestasi dengan cara:
  • Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.
  • Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, Pilates, berenang dan berjalan.
  • Mengawal peningkatan berat badan.
  • Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetes gestasi. Ini adalah sebab yang bagus untuk berhenti.
  • Mengamalkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee.
Kenapa Set Kehamilan Shaklee Menjadi Pilihan Ibu-Ibu Hamil


1. VITA-LEA
Mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.
Membekalkan zinc yg mampu membantu penghasilan lebih banyak insulin.
Juga mengandungi 19 multivitamin dan multimineral yg sgt baik utk ibu dan perkembangan bayi.

2. B-COMPLEX
Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.
Menyokong dalam proses metabolisma gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan.
Juga membekalkan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yg penting utk perkembangan saraf bayi.

3. VITAMIN C
Memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah

4. OSTEMATRIX
Membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin.
Ostematrix juga mengandungi 100% keperluan harian kalsium dan boleh digunakan untuk menggantikan susu yang anda ambil sepanjang kehamilan yang sangat tinggi gula.
5. ESP
Sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.
 
6. OMEGAGUARD
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
 
 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE?
Cara 1 - Anda boleh terus klik ke Set Hamil SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
 
Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
 
Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem