Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Cara Elakkan KEJANG KAKI ketika Hamil

Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang. Cara Merawat Kekejangan Kaki Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau joging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung. Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat. Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi. Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah. Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki. Mengamalkan OsteMatrix supplemen kalsium Shaklee atau dikenali sebagai pil kalsium. Kepentingan Supplemen Kalsium S uplemen kalsium penting unt

Tidur Lewat Punca Hati ROSAK?

Tidur lewat merupakan salah satu punca UTAMA penyebab hati rosak. Kenyataan ini dibuktikan lagi dengan banyak kajian saintifik. Salah satunya ialah kajian oleh http://www.eurekalert.org mendapati, orang yang melakukan kerja shift lebih banyak yang menghidap obesity, insulin resistance, diabetes, sakit jantung, dan masalah metabolik sindrom yang lain: disebabkan oleh hati mereka tak dapat memproses lemak secara efficient, menjadikan lemak terkumpul di hati dengan banyak.  Bila ini terjadi, segala jenis toksin dan bahan kimia yang kita dapat dari persekitaran dan pemakanan yang tak sihat, akan tetap ada dalam tubuh badan kita tanpa boleh dikeluarkan melalui sistem perkumuhan kita. Fahami proses dan bagaimana tubuh kita berfungsi:⠀ Malam (9pm – 11pm) Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar m

PROMOSI! Tambang MRT 50% Sehingga 31 Ogos 2017

  Dah naik MRT ke belum? Kalau belum, better cepat-cepat sebelum promosi 50% diskaun tambang MRT berakhir. Kali pertama MRT beroperasi ialah pada akhir tahun lepas. Time tu promosi Free Ride dari Stesen Sungai Buloh sehingga Stesen Semantan saja. Itu kali pertama kami naik MRT dari Sungai Buloh ke Bandar Utama (kalau x promo x naik kot). Throwback sikit gambar 1st time naik MRT   Untuk fasa kedua MRT laluan dan stesen MRT bertambah Sungai Buloh sehingga ke Kajang. So hari ni plan kami nak naik dari Sungai Buloh ke Stadium Kajang sebab sebelah Stesen Stadium Kajang ada Restoran Satay Kajang Hj Samuri (HQ rasanya). Kira jalan-jalan cari makan.      Perjalanan kami dari Sungai Buloh ke Stadium Kajang mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Lama la kan sebab kena tempuh 30 stesen. Tapi tambangnya sangat berpatutan RM3.10 untuk dewasa (selepas diskaun 50%). Refer sini untuk lebih jelas >> http://www.mymrt.com.my/my/sbk/travel-info Sebab stesen

INFO WANITA: Ketahui SEBAB Kenapa Doktor Melarang Amalan MERUANG/VAGINAL DOUCHING?

  'MERUANG’ adalah istilah BM baru yang saya pelajari minggu ini. Sudah hampir 15 tahun saya bekerja dalam bidang O&G, tapi memandangkan 14 tahun darinya di luar negara menyebabkan saya kurang arif tentang terma perubatan dalam Bahasa Malaysia (malu sendiri). Terima kasih kepada netizen yang bertanya, dan abam ezzy Muhammad Izzat yang menjawab S.O.S saya di twitter. Dapat ilmu baru saya minggu ini (kita ini sentiasa belajar selagi kita hidup - Lifelong student) APA ITU MERUANG/DOUCHE? MERUANG atau dalam istilah English nya VAGINAL DOUCHING adalah perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj. Bagi meruang, ia menggunakan jari, istilah douching menggunakan air/cecair. Selalunya, air yang digunakan dicampur dengan cuka. ‘Douche’yang dijual di dalam botol selalunya mengandungi antiseptic atau/dan pewangi. KENAPA ORANG MERUANG/DOUCHE?   Katanya untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, menghalang kehamilan (selepas

Masalah Faraj Berbau, Gatal dan Keputihan...Perlukah Meruang?

  Sekarang ni melambak produk female / femine hygiene di pasaran. Macam-macam brand dan macam macam gaya pengiklanan, sampai aku ada nampak satu billboard tepi highway iklankan produk nya. Utk miss v la, untuk kuntum bunga la. Soalnya, perlu ke guna produk sebegini? Sebab area faraj tu berbau? Sebab gatal? Sebab ada discharge? Kalau tanya pengeluar produk, kalau baca testimoni..memang la di tulis 1001 kebaikan guna produk mereka. Dan our society kan memang obses nak wangi la..ketat la...nak kulit putih la... Membasuh intimate area di panggil douching, dari kata asal douche . Douche ni berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud basuh. Yang timbul masalah ialah bila over douching. Terlalu nak bersih. Terlalu obses nak wangi. Di bahagian faraj tu ada bakteria baik & bakteria jahat. Tuhan dah cipta keseimbangan antara 2 jenis bakteria ini. Over douching menyebabkan bakteria baik mati. Dan menjadikan bahagian faraj itu mudah terkena jangkitan bakteria, contoh

Cuti-cuti Raya di Gold Coast Morib International Resort (GCMIR) Dengan Voucher MURAH

Assalammualaikum & Salam Hujung Minggu. Kalau ikuti post saya sebelum ni, raya kali ni saya beraya di Kuala Terengganu, rumah mertua saya. Memang tak sempat nak balik beraya di Sungai Petani (SP) Kebetulan adik saya yang tinggal di Temerloh pun xdapat balik beraya di SP juga so kami plan nak bercuti dengan seluruh keluarga penghujung Syawal ni di GCMIR. Konon-konon macam plan bercuti & beraya sama2 honeymoon adik sambut birthday adik, abah & saya (1, 25 & 27 Julai). Sebelum sampai ke GCMIR, sempat dulu berkelah kat Pantai Morib. Pantai ni tak sesuai untuk mandi yer setakat nak berkelah bergambar boleh la. Angin bayu pantai ni memang mengasyikkan.     Lepas puas bergambar terus gerak ke hotel untuk check in.  Kami check-in menggunakan voucher yang dibeli daripada seorang kenalan adik ipar. 1 voucher Weekday Special bernilai RM150 dan 3 voucher Crazy Super Deal bernilai RM108/each. Kesemua voucher ini untuk WEEKDAY sahaja. Kalau weekend sa