Skip to main content

Cara Elakkan KEJANG KAKI ketika Hamil


Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.

Cara Merawat Kekejangan Kaki
  1. Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau joging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
  2. Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
  3. Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi.
  4. Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
  5. Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.
  6. Mengamalkan OsteMatrix supplemen kalsium Shaklee atau dikenali sebagai pil kalsium.

Kepentingan Supplemen Kalsium
Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika anda tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan “mencuri” kalsium daripada ibunya. Ini menyebabkan tulang anda mengalami kehausan kalsium.
Ibu juga perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.
Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 – 1200mg kalsium sehari.
'Namun elakkan mengambil kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.
Kenapa OsteMatrix Supplemen Kalsium Pilihan UTAMA Ibu Hamil
Kalsium sinonim dengan untuk kebaikan tulang. Namun hakikatnya, kalsium berperanan jauh lebih besar dari sekadar kebaikan tulang untuk tubuh kita terutama bagi ibu-ibu hamil.

  • Tidur lebih lena. Ibu-ibu hamil biasanya mengalami kesukaran untuk tidur kerana keadaan badan yang kurang selesa dek perubahan demi perubahan yang dialami sepanjang hamil. Antaranya perut yang makin besar, kejang kaki, sakit pinggang dan lain-lain. Pengambilan OsteMatrix membantu memberikan tidur yang lena. Dan juga membantu bangun pagi dengan cergas!
  • Tiada masalah sembelit. Masalah sembelit biasanya dialami oleh ibu-ibu hamil. Ini kerana perut yang kian membesar menekan bahagian usus. Ostematrix  bertindak dengan cara melembutkan najis sekligus melawaskan perkumuhan ibu-ibu hamil.
  • Tiada masalah kejang kaki, sakit pinggang, sakit sendi dan lenguh-lenguh. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur  akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis. Ini pengalaman sendiri, hamil kali ketiga baru saya mula mengamalkan OsteMatrix. Sehingga kini (usia kandungan 7 bulan) saya mampu tidur dengan lena tanpa masalah kejang kaki, sakit pinggang atau lenguh-lenguh. Malah OsteMatrix sememangnya membantu saya bangun pagi dengan mudah.
  • Membantu memudahkan bersalin. Hasil maklum balas pengguna-pengguna OsteMatrix, rata-rata tidak mengalami kejang kaki ketika bersalin dan membolehkan proses bersalin lancar. Pengalaman saya sendiri yang mengalami kejang kaki ketika proses kelahiran kedua-dua anak sebelum ni amat menyeksakan. Ketika itu saya belum lagi mengenali OsteMatrix Shaklee

Manfaat Lain Ostematrix
  • Menguatkan Tulang. Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Meringankan Stress. Ianya mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki Masalah Haid. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian Tubuh. Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Vitamin D. Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Juga bagus untuk mereka yang  vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.
  • Magnesium. Magnesium merupakan antara ion positif yang penting  didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan  komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf,  mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum. Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.
Bagaimana Memilih Kalsium Yang Bagus?
  1. Pilih kalsium yang turut mengandungi Vitamin D dan Magnesium.
  2. Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral. 
Perbezaan Ostematrix Shaklee
Kalsium yang paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.
Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

 
 BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?

Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng