'MERUANG’ adalah istilah BM baru yang saya pelajari minggu ini. Sudah hampir 15 tahun saya bekerja dalam bidang O&G, tapi memandangkan 14 tahun darinya di luar negara menyebabkan saya kurang arif tentang terma perubatan dalam Bahasa Malaysia (malu sendiri). Terima kasih kepada netizen yang bertanya, dan abam ezzy Muhammad Izzat yang menjawab S.O.S saya di twitter. Dapat ilmu baru saya minggu ini (kita ini sentiasa belajar selagi kita hidup - Lifelong student)
APA ITU MERUANG/DOUCHE?
MERUANG atau dalam istilah English nya VAGINAL DOUCHING adalah perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj. Bagi meruang, ia menggunakan jari, istilah douching menggunakan air/cecair. Selalunya, air yang digunakan dicampur dengan cuka. ‘Douche’yang dijual di dalam botol selalunya mengandungi antiseptic atau/dan pewangi.
KENAPA ORANG MERUANG/DOUCHE?
Katanya untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, menghalang kehamilan (selepas bersama) dan mengurangkan jangkitan kuman. Bila ditanya, ramai rupanya mengamalkan meruang ini.
APA BERLAKU APABILA ANDA MERUANG/DOUCHE?
1. Risiko Jangkitan Kuman
Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor).
Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria2 ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak. Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.
2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim
Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’. PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam system pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia.
PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil - risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy)
3. Bayi Pramatang
JIka meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.
4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim,
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari.
Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.
JADI, PERLUKAH MERUANG/DOUCHE?
Selepas membaca semua risiko yang saya bincangkan di atas, apa pendapat anda?
ADDENDUM:
MERUANG DAN KEHEBATAN MALAM BERSAMA?
Saya terbaca promosi satu produk yang menyatakan meruang dapat mengetatkan dan meningkatkan kemesraan ketika bersama pasangan.
Bila meruang atau douche, lendiran fisioloji (yang mencuci dan menjaga lapisan dalam faraj) dikeluarkan. Ini meninggalkan dinding faraj yg kering (tak bagus ya).
Memanglah akan terasa seolah 'ketat' dan 'best'. tapi ini meninggikan risiko luka dan jangkitan ketika bersama dan risiko2 lain yang disebut diatas. Dan kalau selalu 'korek' (excuse my french), makinlah longgar..nak ketat, rajin2 buat pelvic floor exercise ya!
Wallahualam
Dr Afida Sohana
twitter @afidasohana
Rujukan
MCN Am J Matern Child Nurs. 2010 Mar-Apr;35(2):102-7; An updated review of of evidence to discourage douching.
http://www.webmd.com/women/guide/vaginal-douching-helpful-or-harmful
Sumber: Dr Afida Sohana
Terjebak Dengan Meruang
Saya sendiri akui terjebak dengan amalan meruang selepas membeli produk pencuci wanita. Menurut seller tersebut amalan meruang adalah untuk mengeluarkan lendir keputihan yang terdapat didalam faraj.
Selepas membuat sedikit pembacaan saya dapati meruang menyebabkan masalah keputihan menjadi lebih teruk kerana meruang menyebabkan pH di kawasan intim kita berubah. Selain itu juga membunuh bakteria baik di kawasan intim kita. Patutlah masalah keputihan seperti tiada kesudahan. Tambahan pula saya kini hamil di mana hormon berubah dan keputihan menjadi lebih daripada biasa, saya pun makin kerap meruang. Akibatnya dari masalah keputihan bertambah, lagi satu masalah iaitu gatal-gatal pada kawasan intim.
Setelah mendapati meruang ini TIDAK PERLU sebenarnya malah pencuci wanita juga faktor kepada masalah keputihan saya terus STOP meruang dan mengurangkan mencuci bahagian intim dengan pencuci wanita. Jika saya guna pencuci wanita pun hanya sedikit sahaja yang digunakan.
Saya memilih untuk merawat secara dalaman dengan mengamalkan supplement Shaklee iaitu Alfalfa Complex dan Garlic Complex. GLA Complex juga bagus untuk mengatasi masalah keputihan namun tidak sesuai untuk saya yang kini hamil. Alhamdullilah masalah keputihan berkurangan dan masalah gatal-gatal pada bahagian intim langsung tiada. Kalau sebelum ini kena kerap tukar panty liner sekarang dah tak pakai.
Bukan saya seorang sahaja yang gembira masalah keputihan berkurangan. Ini testimoni mereka yang mengalami masalah yang sama.

BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Email: lovemama2707@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Instagram: Welcome Motherhood
Comments
Post a Comment