Dah naik MRT ke belum?
Kalau belum, better cepat-cepat sebelum promosi 50% diskaun tambang MRT berakhir.Kali pertama MRT beroperasi ialah pada akhir tahun lepas. Time tu promosi Free Ride dari Stesen Sungai Buloh sehingga Stesen Semantan saja. Itu kali pertama kami naik MRT dari Sungai Buloh ke Bandar Utama (kalau x promo x naik kot).
Throwback sikit gambar 1st time naik MRT
Untuk fasa kedua MRT laluan dan stesen MRT bertambah Sungai Buloh sehingga ke Kajang. So hari ni plan kami nak naik dari Sungai Buloh ke Stadium Kajang sebab sebelah Stesen Stadium Kajang ada Restoran Satay Kajang Hj Samuri (HQ rasanya). Kira jalan-jalan cari makan.
Perjalanan kami dari Sungai Buloh ke Stadium Kajang mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Lama la kan sebab kena tempuh 30 stesen. Tapi tambangnya sangat berpatutan RM3.10 untuk dewasa (selepas diskaun 50%). Refer sini untuk lebih jelas >> http://www.mymrt.com.my/my/sbk/travel-info
Sebab stesen Sungai Buloh ni stesen yang pertama so memang senangla dapat seat. Sementara xramai orang lagi, kita bergambar dulu sikit-sikit.
Okay akhirnya dah sampai pun Stesen Stadium Kajang. Dari stesen MRT tu sendiri dah nampak Restoran Satay Kajang Hj Samuri yang memang besar dari cawangannya yang lain.
Jalan kaki sikit saja depan tu dah sampai. Orang memang ramai, pelbagai bangsa. Rasanya diorang pun sama macam kami. Naik MRT semata-mata nak makan satay kajang kat sini. Kena beratur panjang tau nak buat pesanan. Kat sini juga ada menu ala carte untuk nasi. Ada nasi goreng, nasi ayam, mee bandung, hailam dll. Memang lain dari cawangan Satay Kajang Hj Samuri yang saya biasa pergi kat Selayang Mall.
Okay dah kenyang makan. Jom balik! Lagipun ramai orang menunggu meja kosong. Dari tadi non stop orang datang. Sebelum balik singgah ke toilet dan solat Zohor dulu kat stesen MRT. Facilities dia sangat puas hati.
Dalam kul 3:30pm tadi kami sampai semula Sg Buloh. Kuar rumah tadi 9:45am. Total perjalanan kami xsampai 6 jam. Yang penting tak perlu menempuh jem, xperlu membazir petrol dan bayar tol nak makan satay kajang Hj Samuri. Suasana dalam MRT agak sejuk, aircond tu buat kita mengantuk je. Ke sebab over makan? Hehe.
Stesen MRT beroperasi seperti berikut:
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang laluan Sungai Buloh ke Kajang refer je website rasmi MRT Malaysia ➡️ http://www.mymrt.com.my/my/sbk/travel-info
Malam ni sebelum tidur WAJIB detox dengan Herb-Lax sebab siang tadi melampau naw..naw makan. Nasi Ayam & Satay Daging Hj Samuri siap dengan ABC lagi. Walaupun preggy ini bukan alasan untuk gemuk dan over makan..huhu
Comments
Post a Comment