Assalammualaikum & Salam Hujung Minggu.
Kalau ikuti post saya sebelum ni, raya kali ni saya beraya di Kuala Terengganu, rumah mertua saya. Memang tak sempat nak balik beraya di Sungai Petani (SP)
Kebetulan adik saya yang tinggal di Temerloh pun xdapat balik beraya di SP juga so kami plan nak bercuti dengan seluruh keluarga penghujung Syawal ni di GCMIR. Konon-konon macam plan bercuti & beraya sama2 honeymoon adik sambut birthday adik, abah & saya (1, 25 & 27 Julai).
Sebelum sampai ke GCMIR, sempat dulu berkelah kat Pantai Morib. Pantai ni tak sesuai untuk mandi yer setakat nak berkelah bergambar boleh la.
Angin bayu pantai ni memang mengasyikkan.
Lepas puas bergambar terus gerak ke hotel untuk check in.
Kami check-in menggunakan voucher yang dibeli daripada seorang kenalan adik ipar.
1 voucher Weekday Special bernilai RM150 dan 3 voucher Crazy Super Deal bernilai RM108/each. Kesemua voucher ini untuk WEEKDAY sahaja. Kalau weekend sah-sah mahal.
Sebelum check-in, 2 minggu sebelum tu dah kena call GCMIR untuk buat booking bilik
1 voucher Weekday Special bernilai RM150 dan 3 voucher Crazy Super Deal bernilai RM108/each. Kesemua voucher ini untuk WEEKDAY sahaja. Kalau weekend sah-sah mahal.
Sebelum check-in, 2 minggu sebelum tu dah kena call GCMIR untuk buat booking bilik
Pakej Weekday Special RM150
- 2D/1N stay in Studio Suite with Private Jacuzzi for 2 persons
- Breakfast for 2 persons
- Water Theme Park for 2 persons + FREE Additional for 2 persons
Pakej Crazy Super Deal!!! RM108
- 2D/1N stay in Studio Suite with Private Jacuzzi for 2 persons
- Water Theme Park for 2 persons + FREE Additional for 2 persons
- FREE Flying Fox & High Rope Obstacles for 2 persons
Adik saya yang baru kahwin tu amik pakej weekday special (kasi can lah kat pengantin yang xberapa nak baru tu..hehe). Manakala family saya, family kakak dan mak abah serta adik bongsu amik pakej yang crazy super deal. Total semua 4 bilik.
Check-in pukul 3pm tapi kul 2.30pm dah boleh masuk sah since weekday tak ramai orang..hehe. Okay ini lah rupa bilik Studio Suite dan semestinya Jacuzzi. 3 bilik menghadap water theme park manakala 1 bilik menghadap pantai (bilik mak, abah & adik bongsu)
Anak-anak dah xsabar2 nak main air. Dari dalam kereta pun dah bising, so kemas barang-barang, tukar baju dan terus gi main air la.
Dah puas main air, masing-masing balik bilik jadi lapar semacam semua jajan yang di bawa licin dikerjakan. Dah makan tu, rehat sekejap sebelum cari makan malam atau kudap-kudap untuk makan dalam bilik karang..haha makan lagi.
Untuk makan malam ada 2 pilihan iaitu boleh ke Dataran Pantai Morib (tempat kami bergambar siang tadi) tapi kalau nak lebih banyak pilihan untuk makan malam atau nak ke kedai runcit atau nak isi petrol bolehla waze ke Kanchong Darat. Saya tak ingat berapa jauh dari GCMIR ke Kanchong Darat tapi rasanya lebih daripada 8km kot.
Banyak jugalah gerai makan dan restoran di Kancong Darat, ada supermarket kecil serta stesen minyak Pteronas kat situ. Lepas makan, borong plak biskut, air mineral, maggi dll kat supermarket kecil kat situ. Oh ya...dari Kanchong Darat nak ke pekan Banting kena lajak lagi la 4km. Tapi since semua yang kami nak dah dapat kat Kanchong Darat cukuplah kat situ.
Dah sampai hotel bergambar lagi kat ruang lobi hotel plak. Ada 2 orang budak dah terkulai layu sebab penat main air siang tadi. Siapa lagi kalau bukan si Dania dan Naufal (nephew).
Hari Kedua...
Dari subuh tadi hujan lebat sampai la pukul 9 lebih. Fuh...nasib baik berhenti juga hujan, kalau tak rosakla aktiviti pagi ni nak berflying fox dan high rope obstacles.
Iya..iya je nak beraktiviti padahal mak buyung macam saya ni tak boleh join ye. Jadi photographer diorg ni jela. Tiket saya, husband yang guna. Kiranya dia buat dua2 aktiviti tu 2 kalilah.
High Rope Ostacles
Flying Fox
Diorang ni cakap flying fox lagi best daripada high rope obstacles. High rope obstacles tu susah tambah takut sebab gayat.
Selesai aktiviti outdoor sambung main air lagi kat Water Theme Park. Budak-budak ni macam tak puas-puas main. Kul 12pm baru naik bilik hotel mandi, tukar baju dan kemas barang untuk check out. Nasib baik tak kena bayar extra charges sebab check-out lambat. Check out kul 12pm tapi kul 12:30pm baru kami check out.
Lepas check-out sambung beraya (last day raya) kat rumah sedara kat Tanjung Sepat kemudian gerak ke Selayang Mall plak untuk makan malam steamboat Johnny's sempena sambut birthday abah. Johnny's dah naik harga la..huhu. Nak buat macam mana kan? Ekonomi kita sekarang teruk.
Selesai makan steamboat mak, abah, adik bongsu dan family kakak bergerak pulang ke Sungai Petani. Manakala adik lelaki pulang ke Temerloh esoknya, malam tu dia tidur umah saya dulu.
Walapun singkat percutian kami, tapi rasa happy dan bersyukur dapat juga berkumpul semua adik beradik. Sedih tau tahun ni tak dapat balik beraya langsung kat SP...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Comments
Post a Comment