Skip to main content

MASALAH HATI - 9 Tanda Hati Anda Rosak Atau Sakit.


 
Penyakit hati ialah sebarang gangguan terhadap fungsi (hepa) yang menyebabkan sakit atau hati gagal berfungsi dengan normal. Selalunya lebih 75% kerosakan tisu hati barulah ia gagal berfungsi.

Hati sebagai organ yang penting

Hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia atau haiwan lain. Hati juga adalah satu-satunya organ yang mudah diganti apabila tisunya rosak.

 


 
Ia terletak di bahagian atas abdomen dan dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Hati mempunyai 2 lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik (membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung) dan vena portal.
 
Di antara fungsi vena portal di hati ialah:
  •Membekalkan hati dengan nutrien dari usus dan limpa. 
  •Membenarkan bahan kimia dari saluran penghadaman memasuki hati untuk dinyahtoksikkan dan ditapis sebelum ia memasuki sistem peredaran darah ke seluruh badan. 
  •Menghantar bahan kimia dan protein yang diperlukan oleh sel hati bagi menghasilkan protein, kolesterol dan glikogen untuk keperluan badan.


Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar kerana ia menghasilkan air hempedu.

 


Fungsi Hati 
  1. Menghasilkan air hempedu yang diperlukan bagi penghadaman makanan berlemak.
  2. Menyimpan glukosa atau gula berlebihan dalam badan dalam bentuk glikogen dalam sel hati, dan glikogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga.
  3. Menghasilkan faktor pembekuan darah.
  4. Menghasilkan asid amino (struktur asas protein).
  5. Memproses dan menyimpan zat besi (ferum) yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah.
  6. Menghasilkan kolesterol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak.
  7. Menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisma badan menjadi urea.
  8. Menukarkan ubat-ubatan yang diambil kepada bahan aktifnya semasa di dalam badan.

 


 
Jenis-jenis Penyakit Hati

Sirosis Hati - Cirrhosis merupakan penyakit hati tahap akhir yang menyebabkan parut kekal pada hati. Ini disebabkan sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang menyebabkan keradangan hati dan akhirnya hati gagal berfungsi

Hepatitis - Hepatitis bermakna keradangan sel hati disebabkan jangkitan.

Kanser Hati - Kanser hati primer berasal daripada sel dan struktur hati sendiri (contohnya, hepatocellular carcinoma). Kanser hati sekunder atau kanser metastatik pula bermula dari organ lain dan kemudian berjangkit ke hati melalui saluran darah. Kanser yang biasa berjangkit ke hati ialah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser kolon, kanser perut, kanser pankreas, leukimia dan Hodgkin lymphoma.

Hati Berlemak - Pengumpulan lemak dalam hati yang boleh menyebabkan keradangan hati dan perlahan-lahan akan mengurangkan fungsi hati.

Hemochromatosis (terlebih zat besi)- Hemochromatosis ialah gangguan metabolik yang menyebabkan banyak zat besi disimpan dalam badan. Zat besi yang berlebihan akan berkumpul dalam tisu hati, pankreas, jantung dan akan menyebabkan keradangan, cirrhosis, kanser hati dan kegagalan hati berfungsi. Hemochromatosis ini adalah penyakit keturunan.

Penyakit Wilson - Penyakit Wilson merupakan satu lagi penyakit keturunan yang mengganggu metabolisma kuperum (copper). Penyakit ini boleh juga menyebabkan cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.

Penyakit Gilbert - Penyakit Gilbert ialah ketidaknormalan dalam metabolisma bilirubin di dalam hati yang merupakan penyakit biasa. Penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa simptom tetapi ia boleh didiagnosis dengan kenaikan paras bilirubin dalam darah. Penyakit ini tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Sindrom Budd Chiari (Aliran darah tidak normal) - Sindrom ini adalah disebabkan oleh darah beku yang terbentuk di dalam vena hepatik dan menghalang darah keluar dari hati. Ini akan meningkatkan tekanan dalam saluran darah di dalam hati, terutamanya dalam vena portal. Tekanan ini boleh menyebabkan sel hati mati atau cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi. Di antara penyebab kepada sindrom ini ialah polycythemin (kiraan sel darah merah naik secara abnormal), penyakit sel sabit, dan kehamilan.



Tanda-tanda Hati Rosak

1.Kejang dan sakit di bahagian kanan dada.
2.Sembelit akibat pengeluaran hempedu terganggu. Keadaan ini boleh berterusan sehingga beberapa minggu.
3.Kurang selera makan akibat masalah hati. Pengeluaran hempedu terhad mengakibatkan metabolisme menjadi lambat dan menyebabkan rasa kenyang lebih lama.
4.Rasa loya dan muntah.
5.Warna urin dan najis berubah menjadi kekuningan kerana bilirubin yang dihasilkan oleh ginjal tidak dapat ditapis oleh hati.
6.Masalah hati yang kronik menyebabkan perut menjadi kembung dan mengembang disebabkan oleh pengumpulan cecair hati di dalam perut.
7.Kaki dan tangan membengkak kerana cecair hati yang terkumpul di perut telah merebak ke kaki dan tangan.
8.Mudah lelah akibat metabolisme yng semakin terhad
9.Kulit menjadi sensitif, gatal-gatal, kemerahan dan urat-urat lebih menonjol

 
Vitamin Untuk Kesihatan Hati
Selalu kita dengar orang buat detox untuk bersihkan usus dan sistem pencernaan dari toksik tapi pernah tak kita terfikir selama kita hidup ni kita tak pernah pun bersihkan hati kita dari toksin-toksin sedangkan hati banyak bekerja untuk tubuh badan kita.
 
Mulakan penjagaan hati hari ni dengan DTX Complex
 
 
 



Testimoni DTX Complex

 

BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?

Cara 1 - Belian sendiri di website Shaklee. Anda boleh terus klik DTX Complex dan membeli terus dengan Shaklee. Pilihan pembayaran sama ada kad kredit/kad debit. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 - Belian terus dengan saya di http://tipsibu.wasap.my untuk mendapatkan konsultasi supplemen yang tepat dan bersesuaian  dengan keperluan anda, tips dan cara pengambilan yang betul. Pilihan pembayaran adalah melalui pemindahan wang (bank transfer)

Cara 3 - Belian sendiri/walk in di cawangan Shaklee yang berdekatan menggunakan ID saya; 886980. Pilihan pembayaran di kaunter ialah cash atau kad kredit/kad debit. Sila hubungi saya http://tipsibu.wasap.my untuk mengetahui lokasi cawangan Shaklee yang berdekatan dengan tempat anda dan langkah-langkah pembelian.

Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Selayang, Batu Caves dan berdekatan. Penghantaran bagi kawasan-kawasan ini adalah PERCUMA. Pengeposan seluruh Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem