Skip to main content

IBU MENYUSU: Kesukaran Penyusuan Susu Ibu Dan Tips Menghadapinya


  
Penyusuan susu ibu tidaklah begitu sukar. Tetapi tidak seharusnya dipandang ringan oleh ibu-ibu yang baru pertama kali nak menimang cahaya mata. Sentiasa lengkapkan diri dengan pelbagai bahan bacaan sebelum melahirkan anak. 

Pastikan anda tahu yang susu tak semestinya akan terus keluar sebaik bayi dilahirkan. Bagaimana pun, jangan panik kerana perut bayi adalah sangat kecil dan ia mempunyai bekalan yang mencukupi sehingga 10-13jam. Sementara itu, pastikan anda berusaha untuk menyusukan bayi.  

Berikut merupakan masalah atau kesukaran yang biasa dialami oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak.
Kurang susu/susu tak keluar.
Kebanyakan ibu mengalami isu susu keluar lambat ataupun susu takde di peringkat awal penyusuan. Ini adalah mitos semata-mata. Bukannya susu tiada, tapi pada peringkat awal, memang hanya ada kolostrum. Kolostrum ini penting untuk pertahanan antibodi bayi kita. Susu hanya akan keluar selepas 3-4 hari.
Jalan penyelesaian:
  1. Kerap beri bayi susu badan. Ini adalah supaya bayi kita akan terima kolostrum yang sangat penting untuk imun sistem badan mereka melawan bakteria dan virus.
  2. Kerapkan mengepam setiap 3 jam jika anak tidur lama sangat.
  3. Power pumping untuk mengeluarkan dan meningkatkan penghasilan susu.
  4. Pengambilan Set Menyusu Shaklee boleh membantu untuk meningkatkan penghasilan susu dan menjadikan susu lebih pekat dan berkhasiat.
Bengkak susu
Bengkak susu berlaku terutamanya di fasa awal lepas kelahiran bayi. Ia berlaku apabila susu dalam payudara sudah terlalu penuh sehingga menyebabkan saluran pengeluaran susu itu tersumbat, tapi pada masa yang sama, susu terus menerus terhasil. Ia akan menyebabkan payudara kita terasa seakan membengkak dan amat memedihkan. Kalau teruk sangat, boleh sampai demam.
Jalan penyelesaian:
  1. Kerap menyusu anak ataupun mengepam untuk pastikan yang payudara sentiasa kosong.
  2. Urut dengan menggunakan kain panas supaya susu yang mengeras di saluran susu itu boleh cair dan keluar.
  3. Petua orang dulu2 letak kobis sejuk di atas payudara yang bengkak.
  4. Amalkan pengambilan Lecithin untuk melancarkan bengkak susu.
Kekeliruan puting
Kekeliruan puting boleh berlaku apabila kita perkenalkan puting botol susu terlalu awal. Mungkin ia terjadi apabila ibu masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan czer. Apabila bayi terlalu awal sudah diperkenalkan dengan puting botol, mereka akan keliru apabila sering bertukar antara puting ibu dan juga puting botol.
Jalan penyelesaian:
  1. Pakailah syringe/picagari ataupun sudu jika ibu tidak boleh nak menyusukan anak pada masa itu. Ini untuk mengelak kekeliruan puting.

Puting merekah dan luka
Pada masa awal penyusuan, puting kita masih belum ‘lembut’ untuk anak. Itu adalah salah satu sebab mengapa puting kita boleh luka. Selain itu, ia boleh juga disebabkan oleh lekapan yang tidak betul. Puting yang luka boleh menyebabkan kita rasa kurang selesa dan takut untuk menyusukan baby terlalu sakit.
Jalan Penyelesaian:
  1. Pastikan lekapan mulut bayi kita betul, iaitu mengelilingi areola (bahagian gelap di keliling puting payudara.
  2. Sapukan susu ibu setiap kali selepas menyusu. Ia boleh memulihkan luka puting dengan cepat.

Inverted nipple/puting tenggelam
Ada sesetengah ibu mengalami isu puting tenggelam. Ia akan menyukarkan proses penyusuan kerana susah untuk bayi kita melekapkan bibir mereka pada payudara.
Jalan Penyelesaian:
  1. Mengepam susu dan beri anak minum dalam botol/guna sudu/syringe.
  2. Menggunakan nipple aspirator untuk mengeluarkan puting yang tenggelam itu.

Baby tolak direct feeding
Ada juga bayi yang tak mahu menyusu secara terus/direct.  Ia mungkin kerana anak mulutnya sumbing, ataupun ibu tiak pandai untuk menyusukan bayi lagi (kes pertama kali menyusukan anak), ataupun ada sebab-sebab lain.
Jalan Penyelesaian:
  1. Cuba pujuk anak perlahan-lahan untuk menyusu direct
  2. Mengepam dan beri anak minum guna botol.


Lenguh-lenguh badan
Ibu akan merasa lenguh-lenguh badan apabila kerap kali menyusukan anak, terutamanya di waktu malam. Ini adalah kerana kita tidak cukup rehat dan juga tidak cukup tidur demi menyusukan anak.
Jalan penyelesaian:
  1. Apabila anak kita tidur, pastikan kita pun tidur sekali. Rehatlah sementara anak kita tidur walaupun sekejap.
  2. Tak perlulah fikir kerja-kerja rumah sangat kalau badan dah penat.
  3. Susukan anak secara baring. Dengan cara ini, kita pun boleh rehat juga walaupun anak kita menyusu. Tapi, perlu berhati-hati supaya anak kita tidak lemas.
  4. Amalkan Set Berpantang & Menyusu Shaklee, set menyusu Shaklee membantu ibu-ibu menyusu mendapatkan nutrisi secukupnya sekaligus menjadikan ibu-ibu menyusu lebih bertenaga dan kurang stress sepanjang menyusukan bayi. Selain itu ia juga membantu dalam menggalakkan penghasilan susu ibu dan mengelakkan bengkak susu.

Leaking
Leaking berlaku apabila payudara dah terlalu penuh sebab kita tidak mengosongkannya dengan cara mengepam ataupun menyusukan anak. Contohnya, kalau biasanya kita mengepam 3 jam sekali, tapi satu hari kita termiss mengepam, mesti baju kita basah kan? Itulah yang dipanggil leaking. Segan kalau tetiba orang perasan baju kita basah kan?
Jalan penyelesaiannya:
  1. Pakai washable/disposable nursing pad. Ini adalah untuk menyerap susu yang meleleh. Sekurang-kurangnya, baju kita tak basah. Takde la malu sangat.
  2. Pastikan kita mengepam/menyusukan anak mengikut masa dan demand mereka. Kena pastikan yang payudara kita sentiasa kosong supaya tidak berlaku sebarang leaking.

Persediaan pengetahuan adalah penting. Bagi hospital rakan bayi, biasanya jururawat akan mengajar cara cara lekapan yang betul. Proses penyusuan susu ibu tidak sepatutnya menyakitkan malah penyusuan susu ibu membantu mengecutkan rahim, mengelakkan tumpah darah dan melangsingkan badan si ibu.
 
Set Berpantang & Menyusu Shaklee
 
Ibu-Ibu Yang Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu Dengan Set Menyusu Shaklee

BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?


Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Al-Fatihah

RAHSIA AL-FATIHAH​ 1. Al fatihah - ​Seringkali di baca untuk arwah.​ 2. Al fatihah - ​Tanpa membacanya solat kita tidak sah​ 3. Al fatihah - ​Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.​ 4. Al fatihah - ​Jika merindui seseorang, maka bacalah.​ 5. Al fatihah - ​Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.​ 6. Al fatihah - ​Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.​ 7. Al fatihah - ​Terjemahannya indah, hafalnya mudah.​ 8. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.​ 9. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.​ 10. Al fatihah - ​Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.​ ​ FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH​ Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa...

TIBI: Simptom dan Tips Merawat Dengan Cepat

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit. Tanda Penyakit Tibi 1. Batuk berlarutan lebih dua minggu 2. Kahak mengandungi darah 3. Mudah letih 4. Hilang selera makan dan susut berat badan 5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang 6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam TESTIMONI VIVIX. Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix Puan Salasiah mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss b...

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? L...