Skip to main content

Penyusuan SUSU IBU: Pilihan atau Kewajipan?




Ibu kucing saya yang beranak empat ekor,sudah sebulan lebih,gigih menyusu anak siang malam,tidur melentang membiar anak menghisap susu hingga dirinya nampak kurus. Maha Besar Allah yang mengirim susu bersama anak kucing yg dilahirkan.
Kagum melihat kucing yang bertubuh kecil anak 4 ekor ini terus taat pada hukum dan peraturan Allah bahawa anak yang dilahirkan kena diberi susu sendiri, tetapi ada manusia yang kebiasaannya melahirkan hanya seorang anak,membina seribu alasan untuk tidak menyusu anak sendiri.
Allah Ta’ala berfirman,“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” (Al-Baqarah: 233).Perintah dalam quran begitu jelas agar para ibu menyusukan bayi mereka.
 
Bahkan nabi menceritakan ancaman kepada ibu yg tidak menyusukan bayi. Dari Abu Umamah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tatkala aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawaku ke gunung yang curam. Kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapan para perempuan yang payudara-payudara mereka dipatuk oleh ular-ular. Aku bertanya, ‘Kenapakah mereka itu?’ Dia menjawab, ‘Mereka adalah para perempuan yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”(HR. Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Al-Hakim, lihat Ash-Shahihah). Jelas hukuman yang menanti bagi para ibu yang tidak menyusukan bayinya.
Mungkin ada yang memberi alasan, tetapi alasan mestilah bersifat yang diharuskan seperti masalah penyakit.Allah berfirman memberi jalan keluar dengan mengupah menyusu dengan perempuan lain. “Jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (At-Thalaq: 6)
Perhatikan pilihan yang diberi adalah tetap susu manusia, bukan susu haiwan, lembu, kambing. Ini menunjukkan betapa ditekankan supaya bayi diberi susu manusia. Mungkin ada yang nak menghujah; zaman nabi tak ada susu tepung, tetapi telah ada susu segar yang diperah, jadi kenapa tidak timbul suruhan supaya diberi susu binatang.
 
Fikirlah sendiri,sehebat mana susu gantian,tidak akan dapat menyaingi susu yang Allah kirim bersama anak yang dilahirkan. Sesungguhnya tidak menyusukan anak ibarat menafikan rezeki yang Allah kirim kpd anak kita sendiri, kerana susu hadir bersama kelahiran, sebaliknya mencari sesuatu yang kurang baik. Janji Allah bahawa setiap mulut yang dijadikannya, ada rezekinya, maka setiap bayi, Allah jadikan susu pada ibunya, Patuh pada satu ayat ini adalah lebih besar dari seribu alasan yang kita bina dengan akal kecuali alasan yang bersifat syarie.
Jomlah kita jadi seperti para sahabat yang berpegang kepada prinsip kami dengar dan kami patuh. Apa juga alasan yang kita beri, ingatlah jangan alasan itu sekedar untuk halwa telinga manusia, tetapi biarlah Allah redha menerimanya.
Wallahu a'lam...

Sumber: Abd Ghani Haron

Pengalaman sendiri menyusukan anak.
Kali pertama menyusu saya memang kurang ilmu tentang meyusu dan disebabkan itu saya hanya mampu menyusukan anak pertama secara eksklusif selama 3 bulan sahaja. Saya dimomokkan bahawa bayi sentiasa lapar dan susu badan saya tak mencukupi. Akhirnya saya terpaksa mencampurkan susu badan dengan susu formula untuk anak pertama. 


Namun untuk anak kedua saya memang tanamkan azam untuk menyusu sepenuhnya seboleh-bolehnya sehingga 2 tahun. Saya amalkan segala doa dan zikir Ya Matin untuk memperbanyakkan susu badan.



Proses penyusuan untuk anak kedua saya ini juga dibantu dengan pengambilan supplemen menyusu Shaklee iaitu ESP & Alfalfa.






Alhamdullilah susu badan mencukupi malah banyak sampai terpaksa beli peti ais baru untuk simpan stok susu (ebm).


Kali ni berjaya menyusu anak kedua sepenuhnya sehingga setahun lebih. Bukan mudah tau sebab terkejar-kejar dengan kerja lagi, tambah-tambah kerja bahagian operation memang xleh tinggal kerja. Kadang-kadang waktu lunch saya hanya ambil ESP sebagai meal replacement je sebab waktu lunch itulah waktu untuk saya pam susu untuk anak dan solat zohor. Demi anak, xsanggup turun lunch pun takpe..janji stok susu ebm mencukupi.


Testimoni Set Menyusu Shaklee


 
 
 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?


Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Al-Fatihah

RAHSIA AL-FATIHAH​ 1. Al fatihah - ​Seringkali di baca untuk arwah.​ 2. Al fatihah - ​Tanpa membacanya solat kita tidak sah​ 3. Al fatihah - ​Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.​ 4. Al fatihah - ​Jika merindui seseorang, maka bacalah.​ 5. Al fatihah - ​Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.​ 6. Al fatihah - ​Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.​ 7. Al fatihah - ​Terjemahannya indah, hafalnya mudah.​ 8. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.​ 9. Al fatihah - ​Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.​ 10. Al fatihah - ​Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.​ ​ FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH​ Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa...

TIBI: Simptom dan Tips Merawat Dengan Cepat

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit. Tanda Penyakit Tibi 1. Batuk berlarutan lebih dua minggu 2. Kahak mengandungi darah 3. Mudah letih 4. Hilang selera makan dan susut berat badan 5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang 6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam TESTIMONI VIVIX. Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix Puan Salasiah mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss b...

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? L...