Skip to main content

AWET MUDA: Rahsia NENEK 55 Tahun Tampak Muda Dari Usia.

 
Percaya tak kalau saya katakan wanita di atas ni telah pun berusia 55 tahun dan sudah pun mempunyai cucu. Ya..cucu..dah bergelar nenek pun. Tapi dari riak wajah wanita ni tak kelihatan lansung seperti seorang nenek. Nenek atau Puan Khadijah Binti Mohd Zin ni merupakan seorang pengguna tegar Shaklee selama 20 tahun. Ye..20 tahun. Jangkamasa yang memang lama.

Mesti ramai yang tertanya-tanya
Tak bahaya ke makan vitamin lama-lama? Tak effect buah pinggang ke?

Untuk pengetahuan semua sehingga sekarang ni Puan Khadijah BEBAS dari sebarang penyakit keturunan yang paling famous kat Malaysia ni iaitu kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, sakit jantung dll.

Cerita Puan Khadijah,
Kenapa beliau memilih Shaklee dan setia sehingga kini selama 20 tahun
Saya adalah seorang ibu kepada lima anak terdiri dari 3 lelaki dan 2 perempuan. My eldest merupakan anak bujang kini berumur 27 tahun and my youngest perempuan berumur 15 tahun. Sebenarnya beranak 5 adalah sesuatu yang hebat buat diri saya kerana saya adalah  seorang yang sangat alah (hyperemesis gravidarum) ketika mengandung, mengikut Dr Suhaimi, myGyne di Pusrawi pada tahun 1986, kes saya 1 dalam 10000.
Setiap kali mengandung mulai kandungan berusia 1.5 bulan saya mulai tidak lalu makan dan minum langsung. Pada masa yang sama tetap mengalami loya dan muntah, so tidak ada apa yang keluar melainkan cecair kuning yang pahit. Pusrawi ketika itu merupakan rumah kedua saya, ini berlarutanlah sehingga kandungan menjangkau 4.5 bulan.
Berat saya terus menurun semasa mengandung sehingga kandungan berusia 8 bulan, tetapi mengikut doktor kandungan saya normal cuma lemak lama-lama yang pecah untuk energy. Selepas beberapa bulan melahirkan anak pertama, muka masih pucat…dan iuga gelap dibawah mati. Pada ketika ini saya merasa betul-betul seperti mayat bernyawa…baring sampai paha melecet kerana terlalu lama dan badan pun kurus sangat.
Setelah melahirkan anak keempat, saya telah membuat keputusan untuk tidak akan mengandung lagi kerana tak sanggup lagi menjalani proses mengandung yang memang sama patern nya. Saya tidak mengambil sebarang rawatan doktor untuk mengelakkan kandungan cuma mengira waktu kesuburan berdasarkan waktu haid.

Umur Tiga Puluhan Terasa seakan Lima Puluhan

Ketika itu saya berumur dalam lingkungan 34 tahun dan mungkin disebabkan kekurangan zat yang teruk saya mengalami masalah sakit badan yang serius dan amat kurang bertenaga. Selalu akan pergi kepada tukang urut mencari penyelesaian masalah,tapi lepas urut sakit semula. Mula merasakan semua tukang urut tak pandai…hehe..
Saya mula terfikir, kalau pada umur begini saya merasakan energi saya seperti 50an, bagaimana apabila saya berumur 50an nanti yer…tapi apa yang harus saya lakukan? Tiba-tiba saya teringat seorang kakak yang saya rapat masa diofis lama dulu…dia ada 4 anak lelaki, dia saja perempuan dirumahnya dan dia jenis berfikiran walaupun bekerja, dirumah dia tetap kena jadi isteri dan ibu terbaik, dia uruskan semuanya, tapi tetap bertenaga dan saya selalu perhatikan dia mengambil banyak jenis vitamin setiap lepas makan tengahari.
Maka saya mula terfikir untuk buat kajian tentang vitamin. Dipendekkan cerita saya dipertemukan dengan sesaorang ejen vitamin yang menyatakan Pemilik syarikat yang dia wakili adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan…STATEMENT tersebut terus memberi saya satu keyakinan untuk mencuba produk dan untuk mendapatkan harga ahli, saya mendaftar sebagai ejen.

Saya diberikan Checklist Kesihatan untuk mengetahui jenis-jenis kekurangan zat yang saya alami dan saya pun bersetuju untuk membuat pembelian. Setelah mendapat produk saya mula mencuba tetapi kurang berdisiplin sehingga saya diajak untuk mendengar penerangan produk dan sains dibelakang produk-produk shaklee. Setelah mendengar taklimat produk saya merasa sungguh yakin dan hilang rasa EGO terhadap bidang ini. Saya mula faham vitamin adalah sebenarnya satu bidang ilmu yang luas dan tersendiri. Sangat perlu diketahui oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga secara semulajadi.
Rupanya bersama penemuan produk vitamin saya ini saya juga telah dikurniakan rezeki seorang lagi cahayamata yang tidak saya sangka, mungkin disebabkan berlaku perubahan waktu subur setelah mengambil produk Shaklee. Walaupun tidak dirancang saya tetap bersyukur dan mengharapkan kalau boleh biarlah seorang anak perempuan. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan  seorang anak perempuan yang comel (di mata si ibu) yang panjang ie 51 cm,kebiasaan panjang bayi 47-49 cm,  long and slim, sampai besar  tall and slim.

Pengalaman saya menggunakan set berpantang Shaklee sangat lah Fantastik, menyebabkan kesihatan saya pulih dengan begitu cepat sekali berbanding sebelum-sebelum ini. Yang ketaranya dalam masa 2 minggu kawan-kawan yang ziarah mengatakan muka saya dah merah semula tidak seperti wanita dalam pantang anak kelima berbanding dulu dua bualan masih pucat lagi.
 

Yang paling istimewa dan mengujakankan sekali,  pertama kalinya saya mampu menyusukan bayi saya dengan susu badan sepenuhnya. Ke empat-empat baby sebelum ni, susu memang tak berapa ada dan tak lancar dan amat menyakitkan, so memang dikira gagal dan susu kering semasa dalam pantang. Sebelum ini saya mengira saya memang tidak mampu menyusukan, tetapi ternyata saya adalah normal cuma disebabkan kekurangan kalsium yang ketara dan lain-lain zat menyebabkan terjadinya masalah tersebut.

Kesihatan baby pula kali ni memang berbeza, kalau dulu membesar guna susu lembu, banyak sekali masalah-masalah seperti demam, cirit birit, kembung dsb, maka si ibu pun kerap lah MC, ubat pun bermacam-macam warna yang doktor akan preskrip, tapi anak kelima ni Alhamdulillah tak pernah ke klinik sehingga berumur 2 tahun dimana satu nurseri dijangkiti chicken pox, my baby paling lambat kena dan paling cepat sembuh, dalam masa 4-5 hari sahaja dan tak banyak..kalau setakat selsema siang hari, sepanjang malam menyusu, keesokkan pagi kering dengan sendirinya, dengan syarat si ibu which is me..tidak mengabaikan my supplemen. This is really my success story about set berpantang Shaklee.

Kesimpulannya, Alhamdullilah sehingga hari ini saya dapat mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dirumah, kerana agak kurang masalah kesihatan, walaupun kedua ibu dan bapa saya penghidap pelbagai jenis penyakit, akhir sekali my late mother mengalami masalah kegagalan buah pinggang kerana kesan sampingan ubat-ubatan kuat yang diambilnya. lnsyaa Allah penyakit keturunan mengikut statistis cuma 20% sahaja, selebihnya ialah penyakit gaya hidup, sekiranya gaya hidup kita sama seperti kedua ibu bapa kita maka penyakitnya juga seakan-akan sama


Aging Gracefully Cara Puan Khadijah



Proses penuaan sememangnnya tidak dapat dihentikan dan dibalikkan. Setiap orang akan mengalami proses penuaan cuma yang berbeza sama ada seseorang itu mengalami penuaan secara sihat atau proses penuaan sebelum usia. Ramai yang xsuka terutama sekali kaum wanita...ada yang cepat sentap kalau dipanggil makcik kan? Lagi sentap kalau orang nampak suami lagi muda daripada isteri...aduh.

Macam PuanKhadijah ni, beliau mengamalkan Set Keperluan Harian Shaklee untuk mengekalkan kesihatan beliau. Tapi bonus plak, selain sihat wajah Puan Khadijah tampak awet muda lagi. Rata-rata yang pernah bersua muka (face to face) dengan Puan Khadijah kagum melihat penampilan beliau...kalah anak dara oii.

Jangan ingat Set Keperluan Harian Shaklee ni untuk wanita usia emas saje, ianya ni sesuai untuk semua peringkat usia sama ada remaja, dewasa atau warga emas tidak kira lelaki atau wanita.

Setiap supplemen mempunyai fungsi khusus seperti berikut



BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?


Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya www.wasap.my/60135202707 untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem