Skip to main content

ENDOMETRIOSIS: Penyebab GAGAL Hamil?

 
 

 
Wanita yang akil baligh akan mengalami kitar haid setiap bulan. Haid yang dialami bukan sahaja menyebabkan wanita merasa tidak selesa malah menyebabkan kesakitan pada bawah abdomen iaitu sengugut. Ramai menganggap sakit sengugut ketika haid adalah perkara biasa. Namun jika sakit sengugut itu yang dialami itu agak teruk dan keterlaluan ia mungkin petanda wanita  tersebut mengalami Endometriosis.
 
 
 
 
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Fertiliti KL, Dr Natasha Ain Mohd Nor, secara saintifik, endometriosis adalah salah satu punca lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Ia dikatakan berlaku ke atas tujuh peratus daripada wanita dalam lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dan menjadi sebab utama mengapa wanita gagal hamil.
 
Endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim iaitu pada usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopia dan bahagian lain di luar kawasan pelvik.  Ia berlaku apabila selaput endometrium menebal dan berdarah sewaktu kitaran haid, tetapi ia tidak mengalir keluar daripada tubuh.
 
Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut. Apabila ini terjadi, kilang telur mula membengkak dan darah kotor terkumpul di dalamnya manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.
 
Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan saiz luar biasa pada dinding dan otot rahim menyebabkan dinding rahim menjadi besar dan membengkak. Namun, bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat yang luar biasa, tidak diketahui dengan tepat.
 
Ada beberapa teori yang cuba menjelaskan bagaimana keadaan ini berlaku seperti kemungkinan darah kotor tumpah ke belakang rahim melalui tiub fallopia. Mungkin juga disebabkan kedudukan rahim yang tidak normal iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongkeng.
 
“Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan jarang mendapat endometriosis. Ada juga menyatakan bahawa tisu endometrium ini dibawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar ,”  jelasnya lagi.
“Bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan tahap serius penyakit yang dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit yang keterlaluan, tetapi endometriosis mungkin masih dalam peringkat awal. Ada juga wanita yang tiada gejala atau sakit yang ringan, tetapi endometriosisnya sudah berada pada tahap teruk.
 
“Namun dalam kebanyakan kes, endometriosis gagal didiagnos pada peringkat awal sehinggalah wanita bertemu doktor disebabkan kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala,” katanya.
 
Dr Natasha berkata, dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim saja manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu ini akan dijumpai pada kawasan badan yang lain terutama di dalam pelvis seperti ovari, tiub fallopia, di permukaan rahim, di ruangan pelvis, sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuk paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang berlaku.
 
“Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon semasa kitaran haid. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid.
 
“Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit terutama sebelum dan semasa haid. Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ lain yang berhampiran akan melekat antara satu sama lain,” terangnya.
Sekiranya tidak dikesan lebih awal dan tiada rawatan diberikan, ini akan menyebabkan struktur organ di pelvis beralih dari kedudukan asal.
Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, apabila ovari melekat pada uterus ia akan menyebabkan tiub fallopia berjauhan dari ovari. Sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh tiub fallopia dan persenyawaan tidak akan berlaku.
Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada tiub fallopia menyebabkan ia tersumbat, rosak menyebabkan ketidaksuburan. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah sista ovari yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.
Ovari yang diselaputi endometriosis tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada permukaan ovari. Ini akan mengurangkan tahap kesuburan wanita dan sekiranya mereka boleh mengandung dikhuatiri akan menyebabkan masalah keguguran,” katanya.
sumber: Harian Metro
 
Tanda-tanda Seseorang Itu Mengalami Endometriosis
  1. Sakit pada bahagian pelvik dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula,
  2. Sakit semasa haid
  3. Sakit semasa melakukan hubungan seks.
  4. Sakit ketika membuang air kecil atau besar.
  5. Pendarahan vagina yang tidak normal
 
 
Rawatan Endometriosis
Rawatan endometriosis bergantung kepada umur pesakit, simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu masih mahu mengandung atau sebaliknya. Jika tujuan mendapatkan rawatan adalah untuk mengandung, doktor akan memeriksa bahagian peranakan dan membetulkannya.
  • Rawatan secara konservatif
Kaedah konservatif bersesuaian untuk pesakit yang menghidapi hanya pada tahap ringan dengan simptom yang sedikit.
Rawatan ubat saja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit, tetapi tidak akan menghalang endometriosis daripada merebak.
  • Rawatan dengan ubat hormon
Ubat hormon pula sesuai diberikan untuk wanita yang mengalami senggugut yang teruk atau hormon tidak seimbang. Ini kerana lapisan endometrium yang ektopik boleh dikawal menerusi cara menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam tubuh pesakit. 
Hormon seperti pil perancang, progesteron dan Gonadotrophin-Releasing hormone (GnRH analog) dapat diberikan sebagai rawatan endometriosis. Hormon ini biasanya diberikan selama beberapa bulan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dapat dikurangkan.
Rawatan hormon pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.
  • Rawatan dengan pembedahan
Jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, doktor menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat bahagian dalam ruang pelvis. 
Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui pembedahan laparoskopi diagnostik iaitu menerusi kamera yang dimasukkan melalui tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan.
Bagaimanapun, pesakit harus sedar proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan sepanjang hidup selagi wanita mempunyai haid. Jadi risiko untuk mendapatkan penyakit ini semula adalah tinggi.
Oleh itu dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu yang baru terjadi akan dibakar menggunakan alat khas.
Beberapa penyelidikan menunjukkan kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang menghidap endometriosis yang serius, kadar kehamilan adalah sekitar 38 peratus.
  • Rawatan dengan tanpa pembedahan
Kandungan reservatrol dalam VIVIX mengandungi bahan anti-radang. Ia membantu mengecutkan mengurangkan saiz fibroid. VIVIX juga mengurangkan rasa bengkak dan sakit.
 

Selain itu reservatrol juga bertindak sebagai bahan antioksidan yang mampu menghalang radikal bebas, mengaktifkan dan menyahaktifkan enzin, gen, hormon dan bahan kimia dalam badan yang berkaitan dengan ketumbuhan.
VIVIX menyekat penyerapan estrogen sekaligus membantu mencegah ketumbuhan yang dipengaruhi hormon. VIVIX juga merencat pertumbuhan sel yang abnormal dan menghalangnya tumbuh semula.
 
  
 

 
Untuk kesuburan, VIVIX bertindak melindungi ovum yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oksidatif damage/rosak. Ini memberi peluang untuk telur itu hidup lebih lama dan disenyawakan sekaligus meningkatkan kualiti telur. VIVIX juga membantu menyuburkan kawasan peranakan. 
 
Bukti VIVIX membantu dalam masalah kesuburan. Mereka berjaya Hamil Selepas Ikhtiar Dengan VIVIX
 
 
 
 

BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood


Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem