Skip to main content

INFO Wanita: Menorrhagia (Pendarahan Keterlaluan Atau Terlalu Panjang) Ketika Period





Haid Yang Normal

Kedatangan haid dialami wanita sihat berusia belasan tahun hingga mereka mengalami menopaus kecuali ketika hamil dan menyusukan anak. Kitaran haid bermula dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid berikutannya bermula.


Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).


Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, kitaran mungkin lebih pendek iaitu 21 hari dan sebilangannya pula boleh mencecah sehingga 35 hari. Tempoh haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari.


Apa Itu Menorrhagia?

Kitar Haid yang tidak normal ialah apabila berlaku pendarahan yang banyak setiap bulan, ia dinamakan "menorrhagia"

Menorrhagia menyebabkan kekurangan darah di dalam badan akibat terlalu banyak kehilangan darah semasa haid.






Gejala-gejala Menorrhagia adalah:
  • Kerap menukar pakaian dalaman atau pad kerana darah yang terlalu banyak melekat pada pakaian dalam.
  • Darah haid yang keluar berketul-ketul.
  • Haid melebihi 7 hari
  •  
Punca-punca Menorrhagia




  1. Hypothyroidism atau paras hormon tiroid yang rendah
  2. Komplikasi daripada penyakit kencing manis
  3. Berat berlebihan atau obesiti
  4. Ketidakseimbangan hormon, iaitu hormon estrogen dan progesteron. Iini sering berlaku pada remaja yang baru saja datang haid ataupun pada wanita yang berumur yang sudah hampir mencapai tahap menopaus.
  5. Fibroid iaitu sejenis ketumbuhan pada rahim yang tidak berbahaya. Fibroid sering terjadi pada wanita pada pertengahan usia.
  6. Adenomiosis iaitu keadaan di mana tisu-tisu di bahagian luar rahim tumbuh dan membesar di bahagian dalam rahim iaitu di tempat yang mempunyai otot.
  7. Kanser rahim, ovari atau pangkal rahim.
  8. Keguguran atau kehamilan di luar rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
  9. Penggunaan ubat cair darah seperti warfarin.
  10. Masalah dengan penggunaan alat yang diletakkan di dalam rahim bagi mencegah kehamilan iaitu IUD (intrauterine device). 
  11. Jangkitan kuman pada bahagian rahim, tiub fallopian dan organ2 peranakan yang lain.

Kesan Akibat Menorrhagi
  • Anemia.
  • Kelemahan atau keletihan.
  • Pening dan rasa seperti hendak pitam. 
  • Sesak nafas.
  • Sakit dada.
  • Rasa jantung berdegup kencang.

Sekiranya anda mempunyai salah satu gejala di atas semasa anda mengalami menorrhagia, dapatkan rawatan di hospital dengan segera!!


Rawatan Menorrhagia
  1. Ujian Darah untuk menentukan sama ada menorrhagia menyebabkan kekurangan darah atau tidak. Ujian darah juga dilakukan untuk melihat samada ada masalah pada hormon thyroid ataupun tidak. paras hormon throid yang rendah boleh menjadi punca menorrhagia.
  2. Ujian Spekulum untuk yang dah berkahwin, iaitu memasukkan alat untuk melihat ke dalam kawasan faraj bagi mengenalpasti abnormaliti pada bahagian pangkal rahim. Ujian spekulum tidak sesuai untuk yang belum berkahwin kerana akan mengakibatkan selpautn dara pecah.
  3. Ultrasound scan untuk melihat samada terdapat abnormaliti pada rahim seperti fibroid. Ujian ini dapat dijalankan ke atas mereka yang hamil kerana ia dapat membantu untuk melihat samada janin berada di dalam rahim ataupun di luar rahim. 
  4. Menorrhagia yang menyebabkan anemia (haemoglobin di bawah paras 8 )berserta dengan gejala2 kurang darah harus dimasukkan ke dalam wad untuk transfusi darah ke dalam badan.


 Alternatif lain Untuk Merawat Menorrhagia










 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?

Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood 

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem