Skip to main content

Masalah SUKAR Hamil Lagi Selepas Bersalin Ceaseran

 
 
 
Ramai menganggap proses kelahiran secara cesarean tidak sesukar dan sesakit bersalin secara normal. Ini kerana proses kelahiran secara cesarean tidak memerlukan banyak tenaga manakala ibu yang bersalin secara normal terpaksa melalui proses kontraksi dan meneran dan sesetengah ada yang terpaksa melalui episiotomi.
 
 
 
Walaupun begitu luka bersalin secara normal megambil masa yang lebih singkat untuk sembuh berbanding luka bersalin secara cesarean. Tempoh penyembuhan luka cesarean bergantung kepada individu dan dipengaruhi rawatan berpantang. Proses kelahiran secara cesarean harus dibuat sekiranya ia lebih selamat untuk ibu dan bayi berbanding bersalin secara normal. Ini selalunya boleh ditentukan sebelum sakit bersalin bermula dan pembedahan boleh dijadualkan sebagai pembedahan elektif
 
 
Faktor-faktor Untuk Pembedahan Cesarean
 
Ibu-ibu dijadualkan/ditetapkan untuk bersalin secara cesarean disebabkan faktor berikut:
  • Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  •  Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu.
  • Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
  • Uri yang berada pada kedudukan bawah.
  • Keadaan bayi songsang atau melintang.
  • Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.
 
Pembedahan Kecemasan Cesarean Semasa Bersalin 
Ada juga ibu-ibu yang pada awalnya melalui proses bersalin secara normal namun disebabkan faktor kecemasan atau komplikasi maka ibu tersebut terpaksa melalui pembedahan cesarean. Sebab-sebab pembedahan caesarean semasa bersalin
  • Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.
  • Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak  dilakukan dengan segera.
  • Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya. 
  • Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi. 
 
  • Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi. 
  • Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.
Tempoh Merancang Sebelum Hamil Selepas Cesarean
Kebiasaannya selepas bersalin secara cesarean, ibu-ibu dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan antara satu hingga dua tahun. Namun begitu ada juga ibu yang hamil lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan. Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan.
Namun jika luka bersalin cesarean belum pulih sepenuhnya akan memberikan risiko pada ibu dan anak. Antaranya rahim pecah
 
Sukar Hamil Lagi Selepas Pembedahan Cesarean
Ramai ibu-ibu yang bersalin secara cesarean mengalami masalah kesukaran untuk hamil lagi. Ada yang beranggapan pembedahan cesarean menganggu sistem peranakan wanita dan menyebabkan ketidaksuburan.
 
Ketidaksuburan selepas cesarean berpunca disebabkan masalah berikut:
  • Parut di rahim menghalang penempelan embrio
  • Pendarahan yang keterlaluan sehingga menyebabkan rahim terpaksa dibuang (hysterectomy)
  • Terdapat jangkitan dibahagian pelvik menyebabkan tiub fallopio tersumbat dan menganggu proses persenyawaan sperma dan ovum
  • Parut sekitar ovari atau tiub fallopio yang menghalang ovulasi atau persenyawaan jika ada ovulasi
  • Kejutan anestetik (ubat bius) atau komplikasi yang memerlukan pembedahan lain atau perlu buang rahim
  • Keguguran kerana plasenta tidak mampu membenam dengan selamat dan tumbuh di dinding rahim yang berparut
  • Rahim pecah semasa hamil atau pecah semasa bersalin 
Disebabkan faktor-faktor diatas, penjagaan ibu-ibu yang bersalin cesarean merangkumi penyembuhan rahim sangat dititikberatkan.
 
Untuk memyembuhkan luka pembedahan cesarean secara OPTIMUM, ibu-ibu sangat-sangat disarankan mengamalkan VIVIX. Malah dalam masa yang sama VIVIX terbukti juga membantu masalah ketidaksuburan.
 
 
VIVIX pilihan ibu-ibu bersalin CESAREAN

 
 




 
VIVIX terbukti membantu dalam masalah KETIDAKSUBURAN
 
 
 
 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?

Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood
 
 
 
  
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

NGERI!!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Dengan Betul

  Berpantang merupakan proses membaik pulih keadaan tubuh badan si ibu secara dalaman atau luaran selepas proses bersalin. Selepas 9 bulan melalui fasa mengandung dan seterusnya bersalin di mana banyak urat-urat yang putus, sememangnya proses berpantang WAJIB bagi ibu. Antara tujuan berpantang selepas bersalin: Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak. M emberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin. Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat. Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. Proses berpantang perlu dilakukan dengan teliti seperti bertungku, mengurut, berbengkung, memakai stokin dan memakan makanan pantang yang betul. Waktu berpantang juga tidak digalakkan untuk si ibu melakukan kerja-kerja rumah apatah lagi keluar rumah sekiranya tiada keperluan seperti ke klinik untuk pemeriksaan. Namun begitu ada sesetengah wanita memandang rem