Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Tips Bersihkan Dapur Dan Bilik Air Tanpa Perlu SENTAL

Selamat berhujung minggu! Bilik air siapa macam kat atas tu? Huish tak lalu nak melepas hajat kan? Nak cerita saya dulu xsuka sangat nak mencuci ni tapi sejak terjebak dengan set Get Clean Home Shaklee terutama Basic H. Tak perlu tunggu weekend, kalau nampak lantai bilik air kotor sikit atau dapur berminyak..zup..zap terus cuci.  Bilik air & toilet ni memang kena cuci kerap sikit rumah saya ni. Kalau orang lain ada sesetengah tu cuci sebulan sekali. Tapi tak bagi family saya sebabnya kami masing-masing heavy user. Tiap-tiap hari kami membuang dengan jayanya...opps..hehe. Penangan Shaklee juga ni. Semua lawas dengan jayanya. Yang BESTNYA semua kerja-kerja berikut jadi mudah bagi saya. Cara saya senang je. Saya hanya gunakan campuran Basic H2 bersama air (nisbah 1: 7 ).    Letak dalam botol spray pastu spray je mana-mana tempat yang saya nak cuci. Biarkan seketika baru gosok. Gosok pun bukan tahap sampai lengan jadi sado, xperlu sental kuat-kuat. Gosok al

Risiko Buta, Kudung, Sakit Jantung Dan Kerosakan Ginjal Akibat Diabetes.

Diabetes (Kencing Manis) merupakan salah satu penyakit kritikal yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Dianggarkan setiap seorang daripada tujuh orang dewasa menghidapi Diabetes. Walaupun begitu Diabetes menyerang pesakit tanpa mengira umur. Diabetes dikesan pada pesakit yang lebih muda, pada ibu mengandung malah ada juga kes pesakit Diabetes dihidapi oleh kanak-kanak.     Apa itu Diabetes? Diabetes atau lebih tepat Diabetes Mellitus (Kencing Manis) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia iaitu tinggi kandungan glukosa dalam darah . Hiperglisemia disebabkan oleh masalah apabila tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilan insulin, atau insulin yang dihasilkan oleh tubuh tidak mencukupi atau juga insulin yang dihasilkan tidak bekerja dengan baik. Diabetes terdapat beberapa jenis dan yang utamanya ialah : Mellitus Jenis l : Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)   Diabetes jenis ini memerlukan sok

Kebanjiran PATI Punca Penyakit Batuk Kering (TIBI) Menular. Hati-hati Berada Di Tempat Awam

    Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.   Di Malaysia, penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.  Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.   Walaupun begitu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI

Fibroid Sebesar 10cm Ketika Hamil....Namun Akhirnya Mengecut

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 TESTIMONI 16: NURHAYATUL NIRA [ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL] . Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas. .   Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna. . Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di

INFO Wanita: Menorrhagia (Pendarahan Keterlaluan Atau Terlalu Panjang) Ketika Period

Haid Yang Normal Kedatangan haid dialami wanita sihat berusia belasan tahun hingga mereka mengalami menopaus kecuali ketika hamil dan menyusukan anak. Kitaran haid bermula dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid berikutannya bermula. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, kitaran mungkin lebih pendek iaitu 21 hari dan sebilangannya pula boleh mencecah sehingga 35 hari. Tempoh haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari. Apa Itu Menorrhagia? Kitar Haid yang tidak normal ialah apabila berlaku pendarahan yang banyak setiap bulan, ia dinamakan " menorrhagia " Menorrhagia menyebabkan kekurangan darah di dalam badan akibat terlalu banyak keh