Skip to main content

Dari Kecil Menderita SLE Akhirnya Sembuh..Kisah Ibu Anak Dua dan Juga SLE Survivor

 

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut.
Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut. Penyakit SLE ini boleh merebak ke organ lain dan menagkibatkan kematian.
 
Namun bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza. Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama.
Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.
 
SLE mengancam wanita ini kerana terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun. Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini dan bilangan ini semakin bertambah.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.
Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun. Kecelaruan dan kegagalan sistem immune atau sistem ketahanan tubuh adalah kesan sakit SLE ini.
 
Simptom-Simptom SLE
1. Di peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:
  • Keletihan yang amat sangat.
  • Demam yang tidak menentu. 
  • Ulser/pecah-pecah di kawasan mulut. 
  • Selsema. 
  • Sakit bahagian kepala. 
  • Sakit sendi-sendi dan otot. 
  • Gangguan urat saraf. 
  • Kiraan darah putih yang rendah. 
  • Kiraan platelet yang rendah
 

2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung.
3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak.
4. Kulit
  • Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash). 
  • Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin.
  • Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis). 
  • Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi
5. Rambut
  • Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan
6. Sendi-sendi
  • Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan
7. Jantung dan paru-paru
  • Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis.
  • Merasa sakit dada ketika menarik nafas.
8. Otak
  • Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk.
9.Buah pinggang
  • SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik.
  • Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik


Komplikasi Masalah Kesihatan Lain Akibat SLE
Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE:
  1. Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah.
  2. Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak di leher dan bahu.
  3. Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh.
  4. Badan menjadi lebih berbulu.
  5. Jerawat.
  6. Lemah-lemah otot.
  7. Katarak.
  8. Kemurungan.
  9. Gastritis.
  10. Garam dan air akan berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak.
  11. Tanda-tanda jangkitan pneumonia akan hilang.
  12. Tekanan darah tinggi.
  13. Osteoporosis terutama pada tulang belakang dan sendi pinggang


Langkah Pencegahan Kepada Pesakit SLE:
  1. Elakkan terkanan (stress) kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa berfikiran positif.
  2. Merokok meningkatkan risiko SLE.
  3. Pengubahsuaian gaya hidup - diet yang bersesuaian, banyakkan senaman.

 

Kisah Seorang SLE Survivor
Salah seorang pesakit SLE/Lupus yang akhirnya boleh menjalani kehidupan normal setelah beliau pernah bertarung sehabis daya melawan SLE yang dihidapinya. Beliau ketika itu sedang bercuti sakit akibat SLE (sebelum itu beliau kerja di sebuah syarikat minyak terkenal negara).


Master Iffah Anuar dahulunya pernah melalui fasa yang sangat sukar dalam hidupnya. Bagaimana beliau berjuang untuk hidup. Malah Doktor pun cakap keadaan beliau ketika tu adalah 50-50 sahaja tapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Hari ini Iffah ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya (itu kata doktor sains).
Sedikit latar belakang tentang Iffah dan sakit Iffah: 
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka dan kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffah nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun dan ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dan lain-lain... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffah peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
  • Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.

Rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. seperti plaquenil untuk MCTD dan lain-lain..(hampir lupa sebab sudah hampir setahun Iffah tak ambil ubat-ubat ini - ubat-ubat itu terlalu banyak kesan sampingan, I'd like to stay healthy but with natural ways).

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffah kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection)..dan yang penting, Iffah mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffah bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT.

 
Bagaimana VIVIX Bertindak Merawat SLE?
 
Resveratrol iaitu bahan semula jadi yang terdapat pada anggur merah yang dikenali mempunyai sifat-sifat anti radang dan kebaikan lain. Vivix Shaklee mengandungi resveratrol. Vivix ialah jus anti oksida yang mempunyai kesan anti inflamasi.
 
Kombinasi unik resveratrol dan bahan asas di dalam Vivix menjadikannya 10 kali ganda berkuasa daripada resveratrol semata-mata. Kombinasi unik Vivix ini tidak terdapat dalam produk kesihatan lain. Ianya kombinasi 4 bahan semulajadi iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan knoteed Jepun.
 
Cukup dengan 4 bahan ini sahaja di bawah penyelidikan hampir 30 saintis, telah berjaya menunjukkan kesan baik sebagai anti inflamasi atau anti radang, anti kanser dan anti oksida. Penyelidikan yang sangat teliti untuk mencari bahan utama Vivix dan akhirnya kombinasi 4 bahan di atas menjadikannya 'breakthrough' invention.



Lagi Kisah SLE Survivor
 

 
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?

Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood

Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng