Siapa kat sini suka makan Shellout? Macam saya dan suami memang peminat makanan laut. Yang paling famous sekarang tentulah makanan laut yang dimasak ala-ala Shellout.
Shellout ni campuran makanan laut yang dimasak dengan sos tersendiri, disajikan bersama sayuran atau jagung beserta nasi putih panas-panas. Yang menariknya shellout ni dihidangkan di atas lapik plastik..jimat pinggan. Nak makan pun senang rasanya.
Untuk penggemar Shellout, meh saya share gerai atau restoran yang menyajikan Shellout yang pernah saya makan. Lokasi Shellout ni semuanya yang berdekatan dengan tempat tinggal saya.
Mamom Shellout ni terletak di Sri Rampai Bazaria. Untuk malam minggu yang happening, nak lepak-lepak, makan-makan memang best port ni sebab konsepnya ala2 uptown gitu. Selain gerai Mamom Shellout ada juga gerai makan lain. So banyak pilihan untuk mereka yang alergi seafood...hehehe
Kalau xnak makan shellout, no worries menu lain ada. Goreng-goreng pun ada. So far shellout dia rasa ok, rasa pedas-pekat sikit. Portionnya ok, consider banyak kalau 3 plate tu boleh empat orang makan siap ratah-ratah lagi.
Ada udang, sotong, lala, kepah dan ketam.
Harga Single RM20 Free Nasi 1.
2. Ciqna Corner
Yang ni terletak kat area Selayang. Lokasinya kat area shoplot yang bertentangan dengan Hospital Selayang
Dekat Ciqna Corner ada set shellout couple, RM50 FREE 2 Nasi 2 Sirap/Teh O Ais. 1 set shellout ni ada 2 sajian. Sotong, lala, kepah dan siput buluh (siput yang panjang2 sikit) di masak dengan sos pedas. Manakala udang pula di masak dengan sos mentega yang creamy.
Portion Shellout dia memang puas hati. Memang banyak walaupun untuk couple. Rasa sos dia pun sedap. Husband dengan adik suka.
2 kali juga kitaorang datang makan kat Ciqna Corner ni. So far owner memang peramah.
Dengarnya Ciqna Corner dah ada menu baru. Dah ada set Western la...yang boleh makan ramai-ramai. Apa lagi..jom la try
Shellout kat sini memang yang paling kerap sekali kitaorg makan. Rasa dah lebih 5 kali. Sebabnya dekat sangat dengan rumah. Dalam 200-300 meter mana xkerap pergi. Kalau ada tetamu pun bawak pergi sini juga..hehe
Harganya sangat-sangat berpatutan RM27 untuk set couple dapat FREE 2 nasi dan 2 air sirap. Air sirap saja yg ada tau. Portion dia okla, bagi kami cukup la 2 orang makan. Sos pun ok, pekat-pekat pedas sikit tapi sedap
4. Hase Seafood & Lobster
Restoran Hase Seafood & Lobster terletak di Damansara Damai. Restoran ini juga pernah viral suatu ketika dulu di FB sebab ada menyediakan hidangan pelbagai lobster dengan harga yang agak berpatutan. Memang rare kan nak cari restoran yang ada lobster. Kitaorang pun pulun juga nak try dia punya lobster. Sejam lebih gak beratur baru dapat. Tapi kitaorg amik hidangan slipper lobster. So far puas hati. 2 kali juga mai makan lobster kat sini
Tapi sekarang diorang dah ada menu baru tau. Diorang ada Hase Shellout. Ada pelbagai jenis Hase Shellout tapi ini pilihan kitaorang; Set Couple RM30 je.

Shellout set couple ni ada pelbagai jenis sos. Bukan 1 je macam shelout yang biasa-biasa tu. Hase Shellout ni ada 3 jenis hidangan; sotong dan lala dimasak dengan sos pedas, ketam dimasak dengan sos butter creamy manakala udang dimasak dengan sos sweet sour. Macam biasa FREE 2 nasi dan 2 air
Okay ini hidangan tambahan encik suami saya, slipper lobster masak 3 rasa RM25 kalau xsilap harganya.
Ni aktiviti akhir selepas kenyang makan. Apalagi bergambarla. Bila lagi la nak datang sini lagi? huhu
5. Ej Dreamika
Ej Dreamika ni konsep dia macam vendor and boutique cafe. Lokasinya terletak di Prima Sri Gombak, tingkat 1 bangunan shop lot. Dekat dengan kedai buku Pustaka Rakyat. Kitaorang order shellout dulang couple dan western dulang.

Kitaorang time tu memang lapar sangat-sangat. Xsempat nak amik gambar dah terus ngap. Sebab kitaorang ini memang peminat seafood. So sekejap je abis shellout dulang...haha gelak kekenyangan. Kalau xsilap saya harga shellout dulang ni RM30.
Ini plak set western dulang RM35. Portionnya ok. Rasa banyak sebab xmampu nak habiskan sebab dah kenyang lepas makan shellout dulang. Ej Dreamika ni juga ada hidangan minuman yang ala2 hispter gitu.
Sambil-sambil makan korang boleh juga usha-usha barang-barang yang ada kat kedai. Ada kasut, handbag, perfume, kosmetik wanita dan lain2.
Okay ini saja review saya untuk shellout yang saya pernah try. Semuanya yang dekat-dekat je dengan rumah. Korang dah decide ke nak try shellout yang mana?
Comments
Post a Comment