Wanita yang akil baligh akan mengalami kitar haid setiap bulan. Haid yang dialami bukan sahaja menyebabkan wanita merasa tidak selesa malah menyebabkan kesakitan pada bawah abdomen iaitu sengugut. Ramai menganggap sakit sengugut ketika haid adalah perkara biasa. Namun jika sakit sengugut itu yang dialami itu agak teruk dan keterlaluan ia mungkin petanda wanita tersebut mengalami Endometriosis.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Fertiliti KL,
Dr Natasha Ain Mohd Nor, secara saintifik, endometriosis adalah salah satu
punca lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Ia
dikatakan berlaku ke atas tujuh peratus daripada wanita dalam lingkungan usia
18 hingga 35 tahun dan menjadi sebab utama mengapa wanita gagal hamil.
Endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di
luar rahim iaitu pada usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopia dan
bahagian lain di luar kawasan pelvik. Ia berlaku apabila selaput endometrium menebal dan berdarah
sewaktu kitaran haid, tetapi ia tidak mengalir keluar daripada tubuh.
Ini boleh
mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu
parut. Apabila ini terjadi, kilang telur mula membengkak dan darah kotor
terkumpul di dalamnya manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan
tersumbat.
Ada beberapa teori yang cuba menjelaskan bagaimana keadaan
ini berlaku seperti kemungkinan darah kotor tumpah ke belakang rahim melalui
tiub fallopia. Mungkin juga disebabkan kedudukan rahim yang tidak normal iaitu
jatuh ke belakang ke arah tulang tongkeng.
“Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit
endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan
jarang mendapat endometriosis. Ada juga menyatakan bahawa tisu endometrium ini
dibawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar ,” jelasnya lagi.
“Bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya
tidak berkait dengan tahap serius penyakit yang dialami. Sesetengah wanita
mungkin mengalami sakit yang keterlaluan, tetapi endometriosis mungkin masih
dalam peringkat awal. Ada juga wanita yang tiada gejala atau sakit yang ringan,
tetapi endometriosisnya sudah berada pada tahap teruk.
“Namun dalam kebanyakan kes, endometriosis gagal didiagnos
pada peringkat awal sehinggalah wanita bertemu doktor disebabkan kegagalan
untuk hamil. Ini kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan
gejala,” katanya.
Dr Natasha berkata, dalam keadaan normal, lapisan
endometrium cuma ada pada dinding rahim saja manakala bagi kes endometriosis,
lapisan tisu ini akan dijumpai pada kawasan badan yang lain terutama di dalam
pelvis seperti ovari, tiub fallopia, di permukaan rahim, di ruangan pelvis,
sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian yang
lebih jauh pada tubuh termasuk paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang
berlaku.
“Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak
sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon semasa kitaran haid.
Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang
sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid.
“Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit terutama sebelum
dan semasa haid. Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan
menyebabkan parut dan organ lain yang berhampiran akan melekat antara satu sama
lain,” terangnya.
Sekiranya tidak dikesan lebih awal dan tiada rawatan
diberikan, ini akan menyebabkan struktur organ di pelvis beralih dari kedudukan
asal.
Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, apabila ovari
melekat pada uterus ia akan menyebabkan tiub fallopia berjauhan dari ovari.
Sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh tiub fallopia
dan persenyawaan tidak akan berlaku.
Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada tiub
fallopia menyebabkan ia tersumbat, rosak menyebabkan ketidaksuburan. Ovari yang
ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan
berlakulah sista ovari yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat
cair di dalamnya.
“Ovari yang diselaputi endometriosis tidak dapat lagi
berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel
terperangkap oleh parut pada permukaan ovari. Ini akan mengurangkan tahap
kesuburan wanita dan sekiranya mereka boleh mengandung dikhuatiri akan
menyebabkan masalah keguguran,” katanya.
sumber: Harian Metro
Tanda-tanda Seseorang Itu Mengalami Endometriosis
- Sakit pada bahagian pelvik dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula,
- Sakit semasa haid
- Sakit semasa melakukan hubungan seks.
- Sakit ketika membuang air kecil atau besar.
- Pendarahan vagina yang tidak normal
Rawatan Endometriosis
Rawatan endometriosis bergantung kepada umur pesakit,
simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu masih mahu mengandung atau
sebaliknya. Jika tujuan mendapatkan rawatan adalah untuk mengandung, doktor
akan memeriksa bahagian peranakan dan membetulkannya.
- Rawatan secara konservatif
Kaedah konservatif bersesuaian untuk pesakit yang menghidapi hanya pada tahap ringan dengan simptom yang sedikit.
Rawatan ubat saja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit, tetapi tidak akan menghalang endometriosis daripada merebak.
- Rawatan dengan ubat hormon
Ubat hormon pula sesuai diberikan untuk wanita yang mengalami senggugut yang teruk atau hormon tidak seimbang. Ini kerana lapisan endometrium yang ektopik boleh dikawal menerusi cara menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam tubuh pesakit.
Hormon seperti pil perancang, progesteron dan Gonadotrophin-Releasing hormone (GnRH analog) dapat diberikan sebagai rawatan endometriosis. Hormon ini biasanya diberikan selama beberapa bulan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dapat dikurangkan.
Rawatan hormon pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.
- Rawatan dengan pembedahan
Jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis,
doktor menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat bahagian
dalam ruang pelvis.
Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui
pembedahan laparoskopi diagnostik iaitu menerusi kamera yang dimasukkan melalui
tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan
organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan.
Bagaimanapun, pesakit harus sedar proses yang menyebabkan
endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan sepanjang hidup selagi
wanita mempunyai haid. Jadi risiko untuk mendapatkan penyakit ini semula adalah
tinggi.
Oleh itu dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi
pilihan utama dan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi,
tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu yang baru terjadi akan
dibakar menggunakan alat khas.
Beberapa penyelidikan menunjukkan kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang menghidap endometriosis yang serius, kadar kehamilan adalah sekitar 38 peratus.
- Rawatan dengan tanpa pembedahan
Kandungan reservatrol dalam VIVIX mengandungi bahan anti-radang. Ia membantu mengecutkan mengurangkan saiz fibroid. VIVIX juga mengurangkan rasa bengkak dan sakit.
Selain itu reservatrol juga bertindak sebagai bahan antioksidan yang mampu menghalang radikal bebas, mengaktifkan dan menyahaktifkan enzin, gen, hormon dan bahan kimia dalam badan yang berkaitan dengan ketumbuhan.
VIVIX menyekat penyerapan estrogen sekaligus membantu mencegah ketumbuhan yang dipengaruhi hormon. VIVIX juga merencat pertumbuhan sel yang abnormal dan menghalangnya tumbuh semula.
Untuk kesuburan, VIVIX bertindak melindungi ovum yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oksidatif damage/rosak. Ini memberi peluang untuk telur itu hidup lebih lama dan disenyawakan sekaligus meningkatkan kualiti telur. VIVIX juga membantu menyuburkan kawasan peranakan.
Bukti VIVIX membantu dalam masalah kesuburan. Mereka berjaya Hamil Selepas Ikhtiar Dengan VIVIX
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Email: lovemama2707@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Instagram: Welcome Motherhood
Comments
Post a Comment