Diabetes (Kencing Manis) merupakan salah satu penyakit
kritikal yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Dianggarkan setiap
seorang daripada tujuh orang dewasa menghidapi Diabetes. Walaupun begitu
Diabetes menyerang pesakit tanpa mengira umur. Diabetes dikesan pada pesakit
yang lebih muda, pada ibu mengandung malah ada juga kes pesakit Diabetes
dihidapi oleh kanak-kanak.
Apa itu Diabetes?
Diabetes atau lebih tepat Diabetes Mellitus (Kencing Manis)
merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia
iaitu tinggi kandungan glukosa dalam darah . Hiperglisemia disebabkan oleh
masalah apabila tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilan insulin, atau
insulin yang dihasilkan oleh tubuh tidak mencukupi atau juga insulin yang
dihasilkan tidak bekerja dengan baik.
Diabetes terdapat beberapa jenis dan yang utamanya ialah :
Mellitus Jenis l : Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)
Diabetes jenis ini memerlukan sokongan suntikan insulin
sepenuhnya disebabkan tubuh badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin
sendiri.
Diabetes jenis ini terjadi dikalangan kanak kanak dan diawal remaja.
10% dari jumlah penghidap diabetes adalah dari Jenis 1 ini.
Diabetes jenis ini
sangat merbahaya jika tidak diberikan perhatian dan pesakit mudah mengalami
hipoglasemia.
Kebiasaannya insulin semulajadi tidak dapat dihasilkan oleh
penghidap diabetes jenis 1 ini adalah kerana faktor genetik ataupun kerana
penyakit autoimunne yang menyerang sel2 yang menghasilkan insulin.
Diabetes
jenis ini boleh membawa maut jika dibiarkan. Boleh baca selanjutnya di sini Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)
Mellitus Jenis ll :
None Insulin Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM)
Diabetes jenis ini merangkumi 90%-95% dari jumlah pesakit
diabetes.
Diabetes ini biasanya terjadi sejajar dengan peningkatan usia,
penambahan berat badan atau obesiti, keturunan atau genetik dan juga gaya hidup
yg kurang aktif.
Biasanya diabetes jenis ini tidak memerlukan suntikan insulin
tetapi perlu dikawal dan pemakanan perlulah dijaga.
Gestational Diabetes Mellitus (Diabetes ketika hamil)
Diabetes jenis ini hanya terjadi kepada wanita hamil.
Tidak
semua wanita hamil akan melaluinya, hanya wanita yang mengalami alahan terhadap
glukosa atau yang tidak menjaga pemakanan sewaktu hamil mempunyai risiko
menghidapinya.
Keturunan atau genetik juga mempengaruhi risiko menghidapi
gestational diabetes.
Ujian kadar gula dalam darah ke atas wanita hamil akan
dilakukan bagi mengenal pasti wanita terbabit berisiko atau tidak.
Diabetes ketika hamil membahayakan kedua ibu dan bayi yang dikandung. Boleh baca selanjutnya di sini Gestational Diabetes Mellitus
Diabetes ketika hamil membahayakan kedua ibu dan bayi yang dikandung. Boleh baca selanjutnya di sini Gestational Diabetes Mellitus
Pesakit Diabetes mempunyai risiko yang tinggi menghidap beberapa masalah kesihatan yang serius.
Paras glukosa (gula) darah yang tinggi untuk suatu tempoh masa yang lama boleh meyebabkan komplikasi penyakit berikut:
- Penyakit Jantung: Penyakit Diabetes meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami Sakit Jantung, Serangan Angin Ahmar, dan Saluran Darah Tersumbat.
- Kerosakan Urat Saraf: Gula yang berlebihan boleh mencederakan dinding saluran darah kecil ( kapilari ) yang membekalkan nutrisi dan bekalan keperluan saraf anda , terutamanya di bahagian kaki. Hal yang demikian boleh menyebabkan simptom-simptom ( situasi / keadaan ) kebas, pedih atau sakit yang biasanya bermula di hujung jari kaki atau jari dan secara beransur-ansur merebak ke atas. Jika tidak dirawat , anda boleh kehilangan semua deria untuk merasa di bahagian kaki. Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan sistem penghadaman boleh menyebabkan masalah loya , muntah-muntah , cirit-birit atau sembelit. Bagi lelaki, ia boleh membawa kepada mati pucuk.
- Kerosakan Buah Pinggang: Buah pinggang mengandungi berjuta-juta kecil kelompok saluran darah ( glomeruli ) yang penapis bahan-bahan sisa dari darah anda. Diabetes boleh merosakkan sistem penapisan yang halus ini. Kerosakan yang teruk akan membawa kepada kegagalan buah pinggang yang menyebabkan seseorang itu perlu menjalani prosedur dialisis atau melakukan pemindahan buah pinggang.
- Kerosakan Mata (retinopati): Diabetes boleh merosakkan salur darah retina ( retinopati diabetes) , yang berpotensi menjadi sebab kepada buta. Diabetes juga meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap masalah penglihatan serius yang lain, seperti katarak dan glaukoma.
- Risiko Pemotongan Kaki: Kerosakan saraf di kaki atau aliran darah yang lemah ke bahagian kaki meningkatkan risiko pelbagai kesan yang tidak baik. Jika tidak dirawat , luka dan melecet boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang serius , di mana proses penyembuhannya berlaku dengan amat perlahan sekali. Jika keadaan yang sedemikian berlarutan, maka langkah rawatan yang terakhir adalah memotong bahagian kaki yang terkena jangkitan tersebut untuk mengelakkannya daripada merebak dengan lebih meluas lagi
Apapun, jika anda berusia lebih 30 tahun, buatlah
permeriksaan kesihatan terutama ujian kadar gula dalam darah.
Ujian2 ini boleh
dibuat diklinik2 kesihatan mahupun buat sendiri dirumah sekiranya mempunyai
glucometer.
Ketahui bacaan normal kadar gula dalam darah supaya anda dapat
berhati2 dan menjaga pemakanan.
Bebas Diabetes Dengan VIVIX
Jika ada dikalangan ibu bapa atau saudara anda atau anda
sendiri yang menghidap Diabetes, ingin saya mengesyorkan VIVIX sebagai salah
satu rawatan kepada pesakit Diabetes. Banyak maklum balas dari penghidap
Diabetes yang yang berjaya mengawal atau menurunkan kadar gula dengan VIVIX
Dalam erti kata lain, pesakit-pesakit Diabetes telah sembuh selepas mengamalkan
VIVIX.
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Email: lovemama2707@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Instagram: Welcome Motherhood
Comments
Post a Comment