Skip to main content

Tips Bersihkan Dapur Dan Bilik Air Tanpa Perlu SENTAL


Selamat berhujung minggu!
Bilik air siapa macam kat atas tu? Huish tak lalu nak melepas hajat kan?
Nak cerita saya dulu xsuka sangat nak mencuci ni tapi sejak terjebak dengan set Get Clean Home Shaklee terutama Basic H. Tak perlu tunggu weekend, kalau nampak lantai bilik air kotor sikit atau dapur berminyak..zup..zap terus cuci. 
Bilik air & toilet ni memang kena cuci kerap sikit rumah saya ni. Kalau orang lain ada sesetengah tu cuci sebulan sekali. Tapi tak bagi family saya sebabnya kami masing-masing heavy user. Tiap-tiap hari kami membuang dengan jayanya...opps..hehe. Penangan Shaklee juga ni. Semua lawas dengan jayanya.
Yang BESTNYA semua kerja-kerja berikut jadi mudah bagi saya. Cara saya senang je. Saya hanya gunakan campuran Basic H2 bersama air (nisbah 1: 7 ).  


Letak dalam botol spray pastu spray je mana-mana tempat yang saya nak cuci. Biarkan seketika baru gosok. Gosok pun bukan tahap sampai lengan jadi sado, xperlu sental kuat-kuat. Gosok ala kadar je.



Kebiasaannya kalau cuci bilik air kena gosok kat celah-celah jubin. Kat situ selalunya ada lumut atau alga. Tu tengok tu, sebelum ketemu Basic H2...nak hilangkan lumut hitam tu kemain susah. Guna pencuci itulah inilah. Ada sometimes tu rasa macam sakit kat hidung ni sebab ada pencuci tu ada bau yang kuat contohnya clorox. Bahaya tau kalau terhidu.Boleh menyebabkan sesak nafas.

 

Basic H2 ni best sebab ianya amat berbeza dengan pencuci biasa di pasaran, Basic H2 ni handal menanggalkan kotoran. Formulasinya tidak terlalu berbuih, tidak mempunyai bau dan yang bestnya permukaan yang dicuci dengan Basic H2 tidak menjadi licin.
Kebanyakkan bahan pencuci ni bersifat banyak berbuih dan menyebabkan permukaan menjadi licin. Kalau cuci bilik air ni bahaya tau lantai yang licin ni..silap haribulan boleh tergelincir sendiri dalam bilik air. Beza kan lantai bilik air sebelum dan selepas cuci dengan Basic H? Siap terpantul lagi cahaya lampu bilik air.
Kalau bahagian dapur pun saya guna kaedah yang sama iaitu spray dulu pastu biarkan sekejap pastu cuci sikit. Gris ke masakan yang tertumpah kat dapur tu memang akan tertanggal. Sebelum ni saya ada didihkan gula merah. Pastu leka buat kerja lain tak sedar gula melaka tu mendidih sampai melimpah keluar dari periuk abis tumpah atas dapur. Bayangkan betapa melekitnya pastu jadi keras sikit sebab dibiarkan (xcuci segera). Apalagi spray Basic H2 kat situ and then biar je. Gosok sikit-sikit je untuk cuci, memang tanggal. Xpayah nak kikis-kikis kotoran gula Melaka tu.



Sebenarnya Basic H2 ni ada 1001 kegunaan. Bukan setakat sesuai di jadikan bahan pencuci untuk bilik air, toilet dan dapur, saya juga gunakan Basic H2 untuk membersihkan lemak ayam, sebagai air rendaman untuk sayuran yang layu, membersihkan peralatan dapur seperti oven atau microwave, menanggalkan kerak pada puting susu, mencuci kasut sekolah, mengemop lantai, menggilap cermin/tingkap dan macam-macam lagi lah.
Tidak hairanlah Basic H2 dikenali sebagai pecuci multifungsi. 


Jangan takut jangan risau rumusan Basic H2 diperbuat dari 100% bahan-bahan semulajadi. Rumusannya sangat pekat tanpa klorin, toksik, pewangi serta bahan-bahan kimia yang berbahaya. Basic H2 bukan sahaja setakat selamat untuk anda dan rumah anda, malah ianya selamat untuk planet kita.
Perbezaan Shaklee Dengan Pencuci Biasa
  • Selamat dan lembut pada tangan.
  • Hipoalergenik.
  • Tanpa Klorin.
  • Tanpa bahan kimia berbahaya.
  • Berkesan.
  • Berkepekatan tinggi.
  • Ramuan semulajadi yang mesra alam: Surfaktan bersifat biorosot. Tanpa fosfat, borat dan nitrat. Tanpa bahan perwarna. 
  • Bungkusan yang boleh kitar semula.
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Nampak jer kecik, tapi orang kata kecik-kecik cili padi. Sebotol Basic H2 tu saya guna dah lebih 2 tahun. Memang berbaloi-baloi. Sebotol Basic H2 perlu ada di setiap rumah. Tak perlu dah pencuci yang lain.

Wow! Macam-macam Fungsi Basic H




Basic H2 ni merupakan salah satu pencuci dari rangkaian set Get Clean Home Shaklee. Antara ite-item lain dalam Set Get Clean Home ialah:
  • Dish Wash Concentrate.
  • Fresh Laundry Concentrate.
  • Soft Fabric Concentrate


BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN BASIC-H?

Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya

Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707

Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Instagram: Welcome Motherhood


Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng