Ramai menganggap proses kelahiran secara cesarean tidak sesukar dan sesakit bersalin secara normal. Ini kerana proses kelahiran secara cesarean tidak memerlukan banyak tenaga manakala ibu yang bersalin secara normal terpaksa melalui proses kontraksi dan meneran dan sesetengah ada yang terpaksa melalui episiotomi.
Walaupun begitu luka bersalin secara normal megambil masa yang lebih singkat untuk sembuh berbanding luka bersalin secara cesarean. Tempoh penyembuhan luka cesarean bergantung kepada individu dan dipengaruhi rawatan berpantang. Proses kelahiran secara cesarean harus dibuat sekiranya ia lebih selamat untuk ibu dan bayi berbanding bersalin secara normal. Ini selalunya boleh ditentukan sebelum sakit bersalin bermula dan pembedahan boleh dijadualkan sebagai pembedahan elektif
Faktor-faktor Untuk Pembedahan Cesarean
Ibu-ibu dijadualkan/ditetapkan untuk bersalin secara cesarean disebabkan faktor berikut:
- Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
- Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
- Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
- Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu.
- Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
- Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
- Uri yang berada pada kedudukan bawah.
- Keadaan bayi songsang atau melintang.
- Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.
- Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.
- Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera.
- Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.
- Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.
- Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.
- Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.
Tempoh Merancang Sebelum Hamil Selepas Cesarean
Kebiasaannya selepas bersalin secara cesarean, ibu-ibu dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan antara satu hingga dua
tahun. Namun begitu ada juga ibu yang hamil lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan. Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan.
Namun jika luka bersalin cesarean belum pulih sepenuhnya akan memberikan risiko pada ibu dan anak. Antaranya rahim pecah
Sukar Hamil Lagi Selepas Pembedahan Cesarean
Ramai ibu-ibu yang bersalin secara cesarean mengalami masalah kesukaran untuk hamil lagi. Ada yang beranggapan pembedahan cesarean menganggu sistem peranakan wanita dan menyebabkan ketidaksuburan.
Ketidaksuburan selepas cesarean berpunca disebabkan masalah berikut:
- Parut di rahim menghalang penempelan embrio
- Pendarahan yang keterlaluan sehingga menyebabkan rahim terpaksa dibuang (hysterectomy)
- Terdapat jangkitan dibahagian pelvik menyebabkan tiub fallopio tersumbat dan menganggu proses persenyawaan sperma dan ovum
- Parut sekitar ovari atau tiub fallopio yang menghalang ovulasi atau persenyawaan jika ada ovulasi
- Kejutan anestetik (ubat bius) atau komplikasi yang memerlukan pembedahan lain atau perlu buang rahim
- Keguguran kerana plasenta tidak mampu membenam dengan selamat dan tumbuh di dinding rahim yang berparut
- Rahim pecah semasa hamil atau pecah semasa bersalin
Disebabkan faktor-faktor diatas, penjagaan ibu-ibu yang bersalin cesarean merangkumi penyembuhan rahim sangat dititikberatkan.
Untuk memyembuhkan luka pembedahan cesarean secara OPTIMUM, ibu-ibu sangat-sangat disarankan mengamalkan VIVIX. Malah dalam masa yang sama VIVIX terbukti juga membantu masalah ketidaksuburan.
VIVIX pilihan ibu-ibu bersalin CESAREAN
VIVIX terbukti membantu dalam masalah KETIDAKSUBURAN
BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?
Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Email: lovemama2707@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Instagram: Welcome Motherhood
Comments
Post a Comment