Skip to main content

BENTAN: 6 Fakta Untuk Wanita Elak Bentan Semasa Berpantang.


Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. 

Apakah sebenarnya bentan? 
Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.


Tanda dan sebab bentan:
*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis bentan:

1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu bersalin terpaksa jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

4. Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

5. Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

6. Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Kredit: PAMA

Rawatan lain untuk masalah BENTAN
Tahu tak VIVIX ni memang special sangat untuk wanita-wanita selepas bersalin. Selain mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, VIVIX juga membantu merawat masalah bentan. 

Rasa tak lengkap berpantang kalau tiada VIVIX ni. Insha Allah selepas saya bersalin nanti, saya pun nak amalkan VIVIX.




Apa yang best sangat dengan VIVIX ni?
VIVIX™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan


BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN VIVIX?

Cara 1 - Anda boleh terus klik BUY NOW dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Email: tipsibu2u@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Tips Ibu
Instagram: tipsibu2u


Comments

Popular posts from this blog

Baby Boy Atau Girl? Jom Check SENDIRI!!

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. Pilihan yang paling mudah dan senang ialah menjalankan ujian ultrasound xkisahla 2D ke 3D ke 4D ke.   Tapi ada tak yang macam saya? walaupun pergi check up dan scan baby berkali-kali, baby still xnak tunjuk jantina dia. Penat tau doktor pujuk-pujuk, goyang-goyangkan perut saya tapi baby tetap juga silang kaki dia tutup terus alat sulit dia. Scan 4D nak tengok muka pun baby tutup muka dia dengan kedua-dua belah tangan dia. Betul-betul baby ni nak bagi SURPRISE kat saya dan suami ni. Redho jela..hehe   Tujuan utama saya dan suami nak tahu jantina supaya senang nak buat preparation untuk bayi kami yang ketiga ni, macam nak beli baju atau aksesori bayi. So bila 50-50 tentang jantina bayi..baju dan aksesori pun terpaksa pilih yang kaler neutral/putih kan?   Nasib baik ada cara lain untuk ketahui jantina bayi lelaki ke perempuan. Ada macam-macam kaedah juga rupanya. Ada yang kita boleh cuba sekadar suk

ECO SHOP: Bijak Belanja di Kedai Eco RM2.12

  Pernah dengar Eco Shop @ Kedai Eco? Rugi kalau tak tahu Eco shop. Adeh..rugi sesangat kalau ada yang tak tahu atau tak pernah jejak kedai Eco ni.  Kedai Eco ni ialah kedai serbaneka dengan setiap barang dijual dengan harga RM2.12 (termasuk GST) je. Tapi ada juga Eco shop Premium Outlet iaitu kedai eco yang terletak di dalam mall macam di Aeon Big Wangsa Maju. Harga barang jualan sedikit berbeza iaitu RM2.33. Naik sikit harganya tapi masih lagi murah. Terkini cawangan Eco shop yang ke-95 baru sahaja dibuka di USJ.   Waktu perniagaan Eco shop bermula dari 11am-11pm . Tapi yang bestnya Eco shop berdekatan tempat tinggal saya ni iaitu Eco shop cawangan Selayang di buka 24jam. Haa...amik ko..kalah 7 Eleven. Hari tu lepas hantar anak sekolah saya pergilah Eco shop. Sampai depan kedai tu ngam-ngam pukul 8am. Memang takde orang langsung. Seronok pergi awal-awal pagi ni sebab stok pun baru masuk (staff tengah susun stok). Nak jalan-jalan pusing-pusing dalam kedai tu banyak kali pun takpe. Da

LECITHIN: Bukan Setakat Memecahkan Lemak.

APA FUNGSI LECITHIN? 👉Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. APA KANDUNGAN LECITHIN? Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. APA FUNGSI KOLINA? Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.  Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas. APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN? 👉 Ia boleh melindungi hati kita  ~ Bagaimana? Lecithin  boleh meng